Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Cara daftar dan semak permohonan e-KASIH, secara online.

Cara daftar dan semak permohonan e-KASIH, secara online.

Zik · Aug 9, 2018 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

E KASIH, logo e kasih, apa itu e kasih,

Apa itu E kasih??

E-KASIH

Ia merupakan Satu sistem pangkalan data peringkat nasional telah diwujudkan bagi mengumpul serta merekod maklumat berkaitan keluarga miskin dan dikenali sebagai sistemeKasih. Sistem ini diwujudkan bertujuan untuk membantu merancang, melaksana serta memantau program kemiskinan. Sistem ini diwujudkan setelah mendapat persetujuan dan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 31 Oktober 2007 dan juga Mesyuarat Menteri besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007.

Bagaimana E kasih dibangunkan?  

Sistem ini telah dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan telah mula diguna pakai pada Jun 2008. Ia merupakan sistem pangkalan data yang mengandungi pelbagai maklumat seperti profil peribadi individu, senarai program atau bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan juga Ahli Isi Rumah (AIR), pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima. Maklumat asas individu yang dimasukkan ke dalam sistem ini adalah seperti maklumat peribadi, lokasi tempat tinggal, Pendidikan, kemahiran dan pekerjaan, pendapatan bulanan serta bantuan, pemilikan harta serta tahap kesihatan individu.

Maklumat yang dimasukkan dalam sistem ini adalah berdasarkan Bancian Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM ini merupakan program bancian yang diadakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia di mana hasil bancian telah diserahkan kepada pihak ICU JPM sebagai input sistem ekasih.  So korang mesti ada yang pelik tiba-tiba data dekat e kasih dah ada?? Aik macam mana tuh?? ada link dari brim juga tuh.

CIRI-CIRI UTAMA eKASIH:

1.Semakan status kemiskinan boleh dibuat secara online
2.Maklumat bantuan mudah diselaraskan
3.Maklumat kemiskinan boleh dikemaskini secara online
4.Pengiraan Status Kemiskinan (miskin /  tegar) dapat dilakukan secara automatik berdasarkan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
5.Laporan dan statistik kemiskinan dapat dijana dengan mudah
6. Boleh membuat pemantauan kemiskinan masyarakat dan poverty mapping

Antara modul yang terdapat dalam eKasih adalahseperti Pendaftaran, Modul Semakan, Kemaskini, Pangkalan Ilmu, Laporan, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan.

PENDAFTARAN SECARA ONLINE

Pendaftaran boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web rasmi eKasih iaitu www.ekasih.gov.my (  perlu isi secara manual dahulu) dah register baru boleh login.

CARA PENDAFTARAN SECARA MANUAL

Pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan di Pejabat Daerah dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Boleh muat turun borang disini.

SEMAKAN PENDAFTARAN DALAM eKASIH

Maklumat pemohon seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat emel atau alamat tempat tinggal terkini diperlukan semasa membuat semakan pendaftaran. Semakan boleh dibuat dengan menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan atau ICU JPM.

ICU JPM menggunakan dua kaedah tatacara pendaftaran iaitu pendaftaran terperinci dan juga pendaftaran terbuka. Bagi pendaftaran terbuka, pemohon yang terdiri daripada orang miskin atau wakilnya boleh mendaftarkan diri dalam system eKasih melalui laman web https://ekasih.icu.gov.my/Pages/default.aspx.

Kewujudan bank data eKasih bukanlah untuk memberi sebarang bantuan. Namun, ia telah dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan keluarga miskin dan menjadi bank data kepada agensi yang ingin membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Agensi yang ingin membantu akan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu terhadap keluarga miskin yang memerlukan bantuan supaya bantuan yang disalurkan dapat disalurkan kepada keluarga yang benar – benar layak menerima bantuan. Walaubagaimanapun, sekiranya Ketua Isi Rumah ingin memohon bantuan, perlu memohon bantuan terhadap agensi yang sememangnya telah dipertanggungjawabkan.

KAD IDENTITI eKASIH

Sistem eKasih yang diwujudkan ini turut menyediakan kad identity eKasih yang boleh dimohon melalui PPN bagi agensi di dalam negeri, manakala bagi agensi di kawasan Wilayah Persekutuan, kad tersebut boleh dimohon melalui ICU JPM.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan orang miskin perlu memanfaatkan system eKasih yang telah diwujudkan ini bagi membasmi kemiskinan rakyat dari terus bercambah.

Semakan eKasih dan Daftar bantuan sara Hidup di Portal E-Kasih Online.

Tujuan Penubuhan E kasih. 

Sekarang kos sara hidup di Malaysia terus melambung tinggi. Bagi meringankan beban anda-anda di sini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membangunan satu portal e-kasih yang merupakan pengkalan data dan statistik untuk kalangan rakyat Malaysia yang berada di paras miskin untuk diberikan kemudian hari di bawah program kemiskinan di Malaysia.

Melalui semakan ekasih di portal rasmi mereka, sudah ada paras yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana jikalau anda rakyat Malaysia yang tinggal di bandar tetapi pendapatan anda sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan, anda layak untuk daftar dan hantar permohonan e-kasih.

Selain daripada itu, pendapatan anda kurang daripada RM1000 walaupun pendapatan bulanan di bawah RM1,000 sebulan pun layak untuk dimasukkan dalam pengkalan data ekasih online.

Walaubagaimanapun, jikalau anda tidak pasti boleh terus rujuk kepada kakitangan dan pegawai Pejabat Daerah Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berkaitan. Mereka sedia untuk membantu anda.

Bayaran Bantuan Sara Hidup untuk Penerima eKasih

Ada berita baik untuk anda, jikalau anda tersenarai dalam pengkalan data, secara automatiknya anda akan menerima pembayaran bantuan sara hidup rakyat berdasarkan intipati pembentangan Bajet Malaysia baru-baru ini sepertimana yang diumumkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

E kasih KWSP.

Seperti yang dimaklumkan oleh DR Wan Azizah. TPM dan dalam manifesto 100 hari pakatan harapan. So kwsp untuk suri rumah pada

 

APLIKASI eKASIH MOBILE

Aplikasi Mobile eKasih merupakan sebuah aplikasi mobile yang menjadi frontend kepada Sistem eKasih yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada Perangkawan di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP) ICU JPM membuat pemutihan data eKasih di lapangan secara real-time dengan cepat, mudah dan efisyen.

MODUL eKASIH
  • SEMAKAN

    Semakan maklumat eKasih melalui beberapa jenis carian
  • PENDAFTARAN

    Pendaftaran eKasih iaitu pendaftaran kemiskinan dan bantuan
  • KEMASKINI

    Pengemaskinian maklumat AIR dan bantuan
  • LAPORAN

    Paparan Laporan Dinamik atau Laporan eKasih
MODUL PENYEPADUAN DATA
  • PENDAFTARAN SPB

    Pendaftaran baharu Senarai Penerima Bantuan (SPB)
  • SEMAKAN SPB

    Semakan SPB melalui Carian SPB dan Carian Bantuan Isi Rumah
  • LAPORAN

    Paparan Laporan Dinamik atau Laporan SPB
PAUTAN
  • SEMAKAN PENDAFTARAN

    Semakan pendaftaran kini boleh dibuat secara online
  • BERITA KEMISKINAN

    Paparan berita mengenai kemiskinan
  • ARKIB

    Artikel akhbar dimuatkan untuk dikongsi bersama
  • SOKONGAN

    Menyediakan kemudahan lain kepada pengguna
  • CHIT CHAT KEMISKINAN

    Forum berkenaan kemiskinan
  • BR1M

    Bantuan BR1M
  • AGENSI

    Pautan agensi kerajaan dan NGO
  • CALL CENTRE – 1MOCC
Share this on WhatsApp

Pengumuman apa itu e kasih, cara nak mohon e kasih, cara nak mohon e kasih kwsp, daftar e kasih, data ekasih, e kasih, e kasih kwsp, login e kasih, penubuhan e kasih, permohonan ekasih dalam kwsp wanita, semakan e kasih kwsp

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.