Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Alam sekitar / Beras cap rambutan palsu? campuran dengan plastic?

Beras cap rambutan palsu? campuran dengan plastic?

Zik · Jun 18, 2017 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MENGENAI ADUAN BERAS PLASTIK DI DALAM KAMPIT BERAS JENAMA RAMBUTAN SUPER SPECIAL TEMPATAN 5%

Merujuk kepada beberapa klip video yang telah viral di media-media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut. 

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut. Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut.

Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.

Cawangan Kawalselia Padi dan Beras,
Bahagian Industri Padi dan Beras,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia

 

Share this on WhatsApp

Alam sekitar

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. atiehilmi dot com says

    June 19, 2017 at 4:03 am

    macam2 sekarang ni.. nak makan pun takut.. em..

    Reply
  2. mrhanafi says

    June 19, 2017 at 6:52 am

    saya ada menonton dua video tersebut..

    apa yang saya fikir ..mereka saja nak buat lawak kot..

    saya tengok pun gelak…

    jadi secara logik dan saintifiknya memang auta la semua tu

    Reply
  3. Azwan says

    June 20, 2017 at 10:45 am

    Kalau betul ada beras tiruan tu, semasa basuh sebelum masak tu, nampak la plastik -plastik tu terapung agakya kan?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.