• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Beli tiket Online Malaysia Vs Indonesia kelayakan piala dunia 19.11.2019

Beli tiket Online Malaysia Vs Indonesia kelayakan piala dunia 19.11.2019

November 17, 2019 by Zik Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia vs indonesia, live streaming malaysia vs indonesia, indonesia, malaysia,

Kuota Tiket dah tak banyak sebenarnya dalam perlawanan yang cukup kritikal pada hari selasa ini. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Badan FAM , sebanyak tiket 70034 pcs sudah dibeli oleh penyokong secara online. Ini satu pencapaian yang positif kali ini. Tak payahla nak jual tiket secara offline lagi. Kena beratur habis duit minyak. Bergaduh dengan kaunter tiket lagi. Tak dapat tiketlah itulah inilah.

 

INFO PENJUALAN TIKET MALAYSIA vs INDONESIA (AHAD, 17 NOVEMBER 2019)

FAM Premium : Sold Out
Gate B : Sold Out
Gate C : Sold Out
Gate D : Level 3 : 325, 326 & 327
Level 5 : 516 & 517

5 section ini sahaja yang tinggal sehingga sekrang. Dijangka malam ini sold out. Tak pasti 418-422 ada jual or tak oleh FAM.

tiket malaysia vs indonesia,

**update.

tiket telah habis dijual.

Syabas rakyat malaysia.

FAM, PDRM Mohon Kerjasama Supaya Jangan Jual Tiket Penyokong Tuan Rumah Kepada Penyokong Lawan

Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini (19 November 2019) dijangka habis terjual dalam masa terdekat ini memandangkan hanya tinggal sedikit kuantiti tiket yang masih boleh dibeli oleh penyokong Harimau Malaya secara online di www.tickethotline.com.my.

Berdasarkan situasi semasa ini, berkemungkinan besar tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di stadium pada hari perlawanan (Selasa) jika kesemua tiket telah habis terjual secara online ini.

Justeru, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin memohon kerjasama daripada seluruh warga bola sepak negara supaya tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Harimau Malaya itu kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia.

Ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan, Selasa ini.

Untuk makluman, isu ini terjadi pada perlawanan Malaysia lwn Thailand di stadium sama, Khamis lalu apabila jumlah kehadiran penyokong pasukan pelawat, Thailand adalah seramai kira-kira 5,000 orang, melebihi jumlah tiket yang telah diperuntukkan FAM kepada penyokong Thailand iaitu untuk 2,500 orang.

Ia berpunca daripada sikap segelintir warga bola sepak Malaysia sendiri yang telah ‘membantu’ penyokong pelawat membeli tiket menggunakan kuota kawasan tempat duduk penyokong tuan rumah (Malaysia) untuk masuk ke dalam stadium, sekali gus menyukarkan pihak keselamatan untuk menempatkan para penyokong pelawat ini di tempat yang sepatutnya.

Justeru, bagi mengelak perkara yang sama berulang pada perlawanan Malaysia lwn Indonesia, Selasa ini, FAM dan PDRM sekali lagi ingin menasihatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjadi punca kepada masalah ini dengan mengambil sikap bertanggungjawab tidak menjual hak penyokong Malaysia ini kepada penyokong pelawat.

Saya percaya, jika semua pihak memberikan kerjasama dalam menangani masalah ini, sudah pasti tidak timbul masalah berkaitan tempat duduk penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia.

Untuk makluman, FAM telah memperuntukkan sejumlah 4,500 tiket bagi penyokong pasukan pelawat, Indonesia seperti mana yang dimohon oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi perlawanan Selasa ini.

Penjualan tiket bagi penyokong pelawat ini akan diuruskan sendiri oleh pihak PSSI.

Bagi penyokong Harimau Malaya, anda masih boleh membeli tiket secara online di www.tickethotline.com.my tetapi hanya tiket tempat duduk Terbuka masih ada manakala tiket bagi tempat duduk Grandstand dan FAM Premium telah pun habis terjual.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

Pss: Kalau korang nak beli juga, terpaksalah tunggu luar masa dekat stadium, beli dari ulat tiket.

Atau korang search dekat facebook, mudah.my dan shopee manalah ada orang nak jual tuh ok.

Info tiket di tickethotline.com.my

Tak dapat pergi. Tengok secara online disini 

 

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: PIALA DUNIA, Sukan Tagged With: beli tiket online malaysia vs indonesia 17.11.2019, beli tiket online malaysia vs indonesia 2019, info tiket malaysia vs indonesia 2019, keputusan malaysia vs indonesia, malaysia vs indonesia 17.11.2019, tiket malaysia vs indonesia di shopee, tiket online malaysia vs indonesia

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021
  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!
  • Cara mohon i-sinar kwsp kategori2

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Malaysia harus menang, perlawanan akhir pertama menentang indonesia

Share this on WhatsApp KERJA KOSONG Berita sukan terkini!! Agak hangin aku, bila…

%d bloggers like this: