• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA DUNIA / Live streaming MALAYSIA VS INDONESIA 19.11.2019 kelayakan piala dunia2022

Live streaming MALAYSIA VS INDONESIA 19.11.2019 kelayakan piala dunia2022

Zik · Nov 17, 2019 · 3 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

malaysia vs indonesia, live streaming malaysia vs indonesia, indonesia, malaysia,

RECAP PERLAWANAN YANG LEPAS: 

  • INDONESIA 2-3 MALAYSIA
  • MALAYSIA 1-2 UNITED ARAB EMIRATES
  • VIETNAM 1-0 MALAYSIA 
  • MALAYSIA 2-1 THAILAND

Perlawanan yang ke 5 pusingan kedua kumpulan G hari selasa ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik untuk pertemuan kali kedua aksi timbal balik. Kita imbas perlawanan yang pertama dimana malaysia telah menang tipis keatas pasukan indonesia 3-2 di stadium keramat mereka, Gelora Bung Karno. Biarpun ramai yang datang menyokong pasukan mereka, tetapi tidak mematahkan semangat pasukan harimau malaya untuk menang ditempat lawan.

Perlawanan kedua, kita tewas ditempat sendiri 1-2 dengan pasukan united arab emirates 1-2. Kalau ikutkan kita boleh seri sekurang-kurangnya perlawanan ini, tetapi beberapa percubaan tersasar sedikit dan taktikal yang diterapkan mungkin sudah dibaca oleh pihak lawan.  Perlawanan ketiga dengan pasukan vietnam kita kecewa sekali lagi bermain ditempat lawan, kita tewas 0-1. Perlawana ini dilihat terlalu defensive mengikut rentak lawan akhirnya memberi kelebihan buat tuan rumah. Kita kehabisan idea dan tak tahu nak buat apa dengan pasukan vietnam. Mereka pun main melengahkan masa, jadikan game jadi lemau. TCH pun ada buat beberapa pertukaran, tetapi tiada juga hasil dapat. Mengecewakan penyokong seluruh rakyat malaysia yang menontonnya. Kenapa perlu masukkan Matyo yang dah lemau tuh. Emosi tol!!

Perlawanan yang keempat, barulah kita ada kebangkitan dengan lawan dengan pasukan Thailand. Thailand yang dilihat pasukan pilihan dijangka tiada masalah untuk menewaskan pasukan malaysia. Mujurlah kita menang 2-1 keatas pasukan Gajah Perang ini. Kalau ikutkan kita boleh dapat lagi 2 gol lagi. Namun tiga mata adalah sangat penting dalam perlawanan ini untuk menghidupkan semula peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Kalau tak layak pun yang penting kita bagi yang terbaik selain, baki game yang akan datang kita kutip 3 mata lagi dan lagi. Takkan nak harap menang lawan indonesia jer. Kena kalahkan vietnam, UAE dan Thailand sekali lagi untuk dapatkan top2 dalam kumpulan sekurang-kurangnya untuk mara ke pentas kelayakan piala dunia seterusnya.

Layak kepusingan seterusnya syarat dia ialah JUARA KUMPULAN dan satu lagi ialah NAIB JUARA, 4 TERBAIK dari A-G KUMPULAN, mata terbanyak no2, kalau sama jaringan dan aggregate jadi penentuan.

Pasukan indonesia kali ini tidak menunjukkan kebangkitan dalam kumpulan G ini. Gagal mengutip sebarang mata perlawanan kali ini, nampaknya tidak memberi kelebihan buat indonesia untuk memberikan saingan. Yang memberi saingan hanyalah tentera physco mereka sahajalah di media sosial.

KEPUTUSAN LIVE PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA 19.11.2019

Misi tiga mata lagi.

Ya, demi merapatkan jurang mata pasukan no3 dan no2. Agak mustahil untuk jadi juara kumpulan. Tetapi kita mahukan pasukan kita sekurang-kurangnya dapat no2 kumpulan G untuk kempen kelayakan piala asia 2023 pun sudah memadai.  Kita tahu kemampuan pasukan kita hanya disitu sahaja buat masa ini.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN G

  1. VIETNAM 10 MATA
  2. THAILAND 7 MATA
  3. UAE 6 MATA
  4. MALAYSIA 6 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Untuk pusingan pertama ini, malaysia hanya menduduki tangga ke 4 dari 5. Tapi jurang mata tak jauh. Cuma kita mahu pasukan malaysia bangkit untuk pusingan kedua dalam peringkat kedua kelayakan piala dunia 2022.  Kalau boleh dapat no2 dan dapat no 4 terbaik dari semua kumpulan. Nak dapat no 1 kumpulan syarat ialah kena menang semua game, dan vietnam kalah 2 game. kalau kita dapat tewaskan vietnam sekali dan thailand kalahkan vietnam sekali pastinya persaingan jadi sengit untuk perlawanan kali ini. Kita harap dapat naik tangga ketiga pada perlawanan malaysia vs indonesia hari selasa ini.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A-G DAN KEDUA TERBAIK DIBAWAH SEKALI.

Bagaimana persiapan pasukan malaysia menentang pasukan indonesia??

Ada harga yang perlu dibayar, untuk kejohanan kali ini, dua pemain yang sudah ada kad kuning kedua iaitu Mathiew Davies dan Ahmad Shafiq. Tetapi kita harap coach tan Cheng Hoe rasanya tiada masalah pemain utama ini tiada sebab ramai lagi pemain untuk backup jika pemain ini tidak boleh diturunkan pada perlawanan hari selasa ini.

Semua harus memainkan peranan, kalau boleh jangan ada bolos untuk pertemuan kali ini. Apepun memang kita mahu kemenangan mutlak ditempat sendiri bertemu dengan pasukan garuda hari selasa ini.

PRESIDEN FAM MAHU MALAYSIA BAHAM GARUDA SEKALI LAGI DI STADIUM BUKIT JALIL. 

Dalam bergembira meraikan kemenangan yang dilakar ke atas Thailand dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Khamis minggu lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan barisan pemain Harimau Malaya agar momentum kemenangan dapat diteruskan apabila berdepan pula dengan Indonesia pada 19 November ini.

Menurut Hamidin, beliau gembira dengan semangat dan perwatakan yang ditunjukkan setiap pemain untuk bangkit daripada ketinggalan dan melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand menerusi jaringan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sekaligus menghadiahkan kekalahan pertama buat skuad gajah perang.

Namun menurutnya, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi menentang Indonesia yang pastinya mahu bangkit selepas tewas kesemua empat perlawanan pertama.

“Perlawanan malam tadi penting, kita wajib menang dan Harimau Malaya berjaya mencapai misi kemenangan demi negara. Apa yang penting kemenangan ke atas Thailand memberi tonik terbaik kepada Harimau Malaya untuk berdepan dengan perlawanan seterusnya

“Jika sebelum ini, saya akui kecewa dengan kekalahan dengan Vietnam dan UAE, tetapi hari ini, saya amat berpuas hati. Apa sekalipun, kita perlu terus fokus, komited dan berjuang dengan semangat tinggi.

“Harimau Malaya telah mempamerkan semangat harimau sebenar meskipun masih ada kelemahan yang perlu kita baiki. Dengan sokongan padu penyokong sebentar tadi, Harimau Malaya ibarat memberi hadiah kemenangan buat mereka dan saya amat berharap kita akan terus berbakti kepada penyokong dan negara.

“Sekali lagi, gunakan peluang beraksi di laman sendiri menentang Indonesia nanti, buktikan sekali lagi anda pemain-pemain negara yang bagus,” katanya selepas perlawanan.

Sebagai rekod, ketika pertemuan antara kedua-dua pasukan di Gelora Bung Karno pada September lalu, Malaysia dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Indonesia 3-2.

Persediaan kita harap pasukan malaysia sudah lakukan yang terbaik dari segi mental dan fizikal.

Dari segi persiapan penyokong yang kita risau nih. Harapnya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Biarlah berlaku di indonesia, jangan berlaku di malaysia. Kalau mereka bagi batu, kita bagi mereka bunga. Kita tak boleh mentaliti mereka , itulah mereka. Kita harus matang dan pandang kehadapan.

Isu tiket.

Tidak cukup itu, PSSI minta tambah kuota penyokong dari 3000 kepada 10000 penyokong. Tetapi kalau ikut jualan, jualan dari pasukan indonesia kita pun tak pasti.

75 ribu tiket telah terjual, jangan jual dengan penyokong indonesia!!

Ketika entri ini sedang ditulis, sebanyak 74038 ribu sudah terjual.

Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia lwn Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini (19 November 2019) dijangka habis terjual dalam masa terdekat ini memandangkan hanya tinggal sedikit kuantiti tiket yang masih boleh dibeli oleh penyokong Harimau Malaya secara online di www.tickethotline.com.my.

FAM, PDRM Mohon Kerjasama Supaya Jangan Jual Tiket Penyokong Tuan Rumah Kepada Penyokong Lawan

Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/S2iuGMF0RZ#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/BGwAtiUaMu

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 16, 2019

Berdasarkan situasi semasa ini, berkemungkinan besar tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket di stadium pada hari perlawanan (Selasa) jika kesemua tiket telah habis terjual secara online ini.

SHAH ALAM, 17 NOV: Peminat bola sepak tempatan diminta tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket diperuntukkan kepada penyokong Harimau Malaya kepada penyokong pasukan pelawat, Indonesia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama dalam perkara itu bagi memastikan tidak berlaku masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam Stadium Nasional, Bukit Jalil pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Selasa ini.

Untuk makluman, isu berkaitan berlaku pada perlawanan antara Malaysia dan Thailand di stadium sama, Khamis lalu, apabila jumlah kehadiran penyokong pasukan pelawat seramai kira-kira 5,000 orang, iaitu melebihi jumlah tiket diperuntukkan FAM sebanyak 2,500.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, ia berpunca daripada sikap segelintir warga bola sepak tempatan yang ‘membantu’ penyokong pelawat membeli tiket menggunakan kuota kawasan tempat duduk penyokong tuan rumah sekali gus menyukarkan pihak keselamatan untuk menempatkan mereka di tempat sepatutnya.

“Bagi mengelak perkara sama berulang pada perlawanan Malaysia melawan Indonesia, FAM dan PDRM sekali lagi ingin menasihatkan warga bola sepak Malaysia supaya tidak menjadi punca kepada masalah ini dengan mengambil sikap bertanggungjawab tidak menjual hak penyokong negara.

“Saya percaya, jika semua pihak memberikan kerjasama dalam menangani masalah ini, sudah pasti tidak timbul masalah berkaitan tempat duduk penyokong Malaysia dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Untuk makluman, beliau berkata, FAM memperuntukkan 4,500 tiket bagi penyokong Indonesia seperti mana dimohon Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi perlawanan berkenaan.

Katanya, semua penjualan tiket itu akan diuruskan sendiri oleh pihak PSSI.

“Bagi penyokong Harimau Malaya, anda masih boleh membeli tiket secara dalam talian di www.tickethotline.com.my tetapi hanya tempat duduk terbuka masih ada manakala bagi tempat duduk Grandstand dan FAM Premium telah habis terjual,” katanya.

Tiket bagi perlawanan itu dijangka habis terjual dalam masa terdekat memandangkan hanya tinggal sedikit kuantiti tiket masih boleh dibeli penyokong Harimau Malaya menerusi kaedah itu.

Selepas game ini!!

Skuad Harimau Malaya akan berehat sehingga 26 Mac 2020 bagi perlawanan seterusnya menentang pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022. Seterusnya, pasukan Malaysia akan bertemu seteru yang kuat iaitu pasukan Vietnam pada 31 Mac 2020 dan perlawanan terakhir pasukan Malaysia dalam Kumpulan G dimana Skuad Harimau Malaya akan menentang pasukan Thailand pada 9 Jun 2020. Semoga skuad bola sepak negara dapat mempamerkan aksi yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Insyallah, Amin.

LIVE STREAMING MALAYSIA VS INDONESIA 17.11.2019

Youtube.com

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA DUNIA, Sukan keputusan terkini malaysia vs indonesia 17.11.2019, live streaming malaysia vs indonesia, live streaming malaysia vs indonesia 17 november 2019, malaysia vs indonesia, siaran lansung malaysia vs indonesia 17.11.2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Beli tiket Online Malaysia Vs Indonesia kelayakan piala dunia 19.11.2019 – Zikri Husaini says:
    November 17, 2019 at 8:41 pm

    […] Tak dapat pergi. Tengok secara online disini  […]

    Reply
  2. Live streaming MALAYSIA VS INDONESIA kelayakan piala dunia 19.11.2019 says:
    November 19, 2019 at 2:02 am

    […] Live streaming MALAYSIA VS INDONESIA 17 NOVEMBER 2019  […]

    Reply
  3. Live streaming malaysia vs indonesia 19.11.2019 says:
    November 19, 2019 at 10:45 am

    […] Siaran langsung live streaming malaysia vs indonesia 19 November 2019.  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Badminton Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia final Asia Championship 2020

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan terakhir dalam pentas Asia Champio…

Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia separuh akhir piala thomas 23 mei 2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Pasukan manakah yang akan menempah tiket ke f…

AFF Sukan

Keputusan terkini malaysia vs indonesia piala aff u18 17.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Berikut adalah keputusan terkini perlawnan se…

%d bloggers like this: