• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Akademik / Bandingan/Perbezaan Masyarakat Feudal England dan Jepun

Bandingan/Perbezaan Masyarakat Feudal England dan Jepun

Zik · Jul 30, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

masyarakat feudal,

Soalan: Bandingkan masyarakat Feudal England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17 ?

Pengenalan :

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki. Negara Jepun dan England mengamalkan sistem feudal pada abad ke 16 dan 17 . Pemerintah Jepun pada abad ke 17 berada di bawah kekuasaan Keshogunan Tokugawa. Di England pula berada di bawah pemerintahan monarki baru. Amalan sistem feudal di kedua-dua pemerintahan ini mempunyai keunikan tersendiri.

Isi-isi :

  • Dalam susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke 17, raja mempunyai kedudukan yang tertinggi. Raja pada masa itu sangat dihormati dan merupakan lambang perpaduan. Raja juga sering dikaitkan dengan agama dan kepercayaan. . Raja England merupakan ketua gereja Kristian. Manakala Maharaja Jepun merupakan Tuhan Matahari. Malahan pada masa itu, Raja England merupakan pemerintah berkuasa mutlak. Sebaliknya Maharaja Jepun hanya memerintah dari segi teori sahaja. Ini kerana Maharaja Jepun telah menyerahkan tanggungjawab memerintah kepada Shogun sejak tahun 1192. Menjelang abad ke- 17, Shogun Tokugawa memerintah Jepun bagi pihak Maharaja. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana.
  • Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan pembesar. Golongan bangsawan di England dikenali sebagai Lord . Di negara Jepun, pembesar dikenali sebagai daimyo. Kedudukan bangsawan di England terbahagi kepada beberapa lapisan seperti bangsawan kelas pertama, bangsawan kelas kedua dan bangsawan kelas ketiga. Pembahagian berkaitan dengan keluasan tanah yang dimiliki.
    Manakala di Negara Jepun terdapat seorang ketua daimyo yang dikenali sebagai Shogun. Daimyo-daimyo pula dibahagi kepada 3 golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat. Mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. Oleh itu sistem pembesar feudal di Jepun sangat berbeza dengan sistem pembesar feudal di England.
  • Di Negara Jepun, daimyo memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang pentadbiran. Golongan daimyo menguasai dan mentadbir daerah-daerah yang diberikan oleh Shogun kepada mereka. Manakala kedudukan bangsawan di England mengalami kemerosotan dengan kemunculan monarki baru. Raja monarki baru mampu mengawal golongan bangsawan. Ini kerana mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada ketenteraan yang dibekalkan bangsawan kerana raja mempunyai tentera upahan. Namun begitu Raja masih lagi memerlukan sokongan golongan bangsawan . Raja telah memberi gelaran-gelaran kepada golongan bangsawan seperti Lord , Earl dan Duke justeru k esetiaan bangsawan terhadap raja dapat dikekalkan. Di Jepun pula, Shogun telah member tanah kepada daimyo untuk mendapatkan sokongan dan kesetiaan.
  • Kedua-dua sistem feudal ini mempunyai golongan ketenteraan. Di England golongan tentera dikenali sebagai Knight. Di Jepun golongan tentera dikenali sebagai Samurai. Knight dan Samurai ini berkhidmat kepada pembesar. Golongan Knight di England mempunyai hak untuk mengutip cukai daripada penduduk di bawah penguasaan mereka. Sebaliknya golongan samurai Jepun tidak mempunyai tanah. Oleh itu, kekayaan golongan Knight diukur berdasarkan jumlah tanah yang dimiliki tetapi kekayaan golongan samurai diukur berdasarkan jumlah beras yang dimiliki. Satu lagi perbezaan antara Knight dan Samurai ialah golongan Knight di England adalah buta huruf dan hanya menawarkan perkhidmatan mereka dalam bidang ketenteraan. Sebaliknya golongan Samurai merupakan golongan yang paling berpendidikan dalam sistem feudal. Pemilikan ilmu dianggap perkara mulia dalam kalangan pahlawadi Jepun. Semasa zaman keamanan Tokugawa, samurai melibatkan diri dalam aktiviti kesenian seperti tarian Kabuki.
  • Masyarakat petani merupakan golongan yang penting dalam sistem feudal di Jepun dan England. Di England golongan petani dikenali sebagai Freeman dan Villein, manakala golongan petani Jepun dikenali sebagai nomin. Di England golongan petani tidak mempunyai tanah dan hanya mengusahakan tanah milik tuan tanah. Sebagai balasannya , tuan tanah akan memberi mereka perlindungan dan jaminan keselamatan. Sebaliknya petani di Jepun mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam kalangan rakyat jelata. Mereka memiliki tanah sendiri . Golongan petani akan membayar sewa kepada tuan tanah dengan menyerahkan sebahagian daripada hasil pertanian. Di samping itu, petani juga diperlukan untuk menawarkan khidmat buruh kepada tuan tanah. Manakala petani di Jepun terpaksa membayar cukai yang tinggi. Kebiasaannya petani Jepun menyerahkan 50% daripada hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada daimyo. Petani juga memberi beras kepada Samurai untuk mendapat jaminan keselamatan.

MASYARAKAT_FEUDAL_DI_ENGLAND_DAN_JEPUNMASYARAKAT_FEUDAL_DI_ENGLAND_DAN_JEPUN

Kesimpulan :

Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat perbezaan dan pesamaan dalam system feudal yang menjadi amalan di Jepun dan England. Keduan-dua sistem feudal mempunyai keunikan masing-masing.

Masyarakat feudal from HerRmah SYoyozz

Bacaan yang lain :

Perbandingan Masyarakat Eng… by Felicia Paya Francis on Scribd

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.

Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman Kamakura.

Isi-Isi Penting :

  1. Peralatan Perang

Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.

Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai sama seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan oleh samurai diperbuat daripada logam atau sutera.

  1. Penyatuan Negara

Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari dinasti Tudor yang memerintah England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa di England.

Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima tentera memainkan peranan dalam memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.

  1. Perkongsian Kuasa

Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa dalam pemerintahan. Raja berkongsi kuasa dengan badan perwakilan.

Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian kuasa dengan badan perwakilan. Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

  1. Kewajipan Peribadi

Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang Rom. Sistem feudalisme menekankan hak, undang-undang, dan kewajipan peribadi antara lord dan vassal.

Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China. Kewajipan peribadi feudal di Jepun menekankan aspek moral berbanding undang-undang.

  1. Pemilikan Tanah

Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.

Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah. Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo (tuan tanah).

Penutup  :

Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di England dan Jepun.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Akademik Bandingan/Perbezaan Masyarakat Feudal England dan Jepun, pengertian sistem feudal, peta minda perbandingan masyarakat feudal england vs jepun abad 16 dan 17, Soalan: Bandingkan masyarakat Feudal England dan Jepun pada abad ke-16 dan 17 ?

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Manchester city vs Manchester united 8.3.2021
  • Live Score Badminton Swiss Open (final) 7.3.2021
  • Live streaming Perak fc vs Petaling jaya fc liga super 7.3.2021
  • Keputusan terkini dan carta liga super 6.3.2021
  • Live streaming penang fc vs kuala lumpur city liga super 6.3.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Akademik

Cerita pasal slang

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ada apa dengan slang nie? Slanga ialah penggu…

Akademik

Panduan peperiksaan online UJIAN PSIKOMETRIK 2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMET…

Akademik

Teknik belajar yang ringkas dan padat

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Belajar adalah satu proses untuk kita memahir…

%d bloggers like this: