Tips untuk tingkatkan traffic blog.
Ini untuk permulaan, kiranya adalah asas sahaja dalam menaikkan traffic , sebab baru part1. part 2 dan seterusnya (kalau ada sambutan) mungkin akan lebih berat pemahamannya, dan kita akan buat tutorial kemacam macam mana apa kejadahnya semua ini. (haha). Untuk pertama kali ini gua cincai -cincai jerla, haha.
Kalau carian engine untuk keyword cara tingkatkan traffic dengan blog (BM),memang banyak.(English lagilah banyak) Rugi juga aku tak tulis entri ini dari awal. So untuk permulaan aku akan ceritakan pengalaman macam mana nak tingkatkan traffic blog step by step. Hasil dari google, hampir semua di page pertama ialah laman blog dari Indonesia. Ya udah, ini tidak boleh sih. Kita harus kejarin traffic juga dong.
Sebenarnya bukan mudah untuk tingkatkan traffic blog kalau betul-betul kita main hentam jer. Mungkin boleh berjaya atau sebaliknya. Semuanya itu memerlukan masa dan juga beberapa strategi yang mantap diperlukan. Apa yang penting ialah kita dapat traffic yang sekata itu lebih baik dari tidak konsisten susah juga untuk menyakinkan para advertiser yang berminat untuk beriklan di blog kita contohnya. Boleh jadi akan naik bila ada satu kejadian (viral). Tapi itu tidak ada konsisten dari segi traffic,
Untuk permulaan, bagi blogger baru yang baru jer buat blog. Kadang-kadang blur, kenapa traffic macam takda langsung. Semuanya itu proses pembelajaran. Pada mula-mula aku start blogging, aku macam takda apa-apa nak fikir. Cuma nak update blog jer. Pasal kehidupan harian. Bilamana kita dapat tahu, dengan traffic blog kita boleh menjana pendapatan, baru lah aku fikir pasal traffic.
Dari blog diari, kepada blog niche. Dari blogspot ke blog self hosted (wordpress).
Berbayar atau tidak berbayar.
Kalau nak cepat semestinya jalan yang mudah, cuma kadang-kadang teknik kalau tak betul susah juga nak naikkan traffik tambah dengan nak konsisten tuh. Kita cerita yang pasal tak berbayar dululah. Berbayar senang, tapi tak mudah untuk kita laksanakannya kalau takda duit, hehe.
Tidak berbayar.
- 1. Blogwalking (tinggalkan jejak)
Merupakan cara yang paling tradisional. tetapi ianya berkesan dengan baik. Apa itu blogwalking. Ia berkaintan dengan kita meninggalkan jejak kita di blog yang lain dengan meninggalkan komen. Lagi-lagi blog yang kita datang itu ada comment luv. Sebab ai akan memaparkan link terbaru kita. Yang penting rss blog kita tak rosak. jangan jadi macam blog aku, rss rosak, dia tak detect rentri terkini. Tapi itu tak berapa penting pun.
Yang penting ialah cara kita meninggalkan jejak kita di blog rakan kita tuh perlulah komen yang bernas, tepat dengan entri yang ditulis oleh rakan blog, jangan merapu, atau komen yang ringkas sekadar hanya mahu tinggalkan jejak tapi takda kesan yang mendalam buat penulis untuk jejak balik ke blog kita.
Tetapi .
Janganlah nak kita mengharapkan semua blog yang kita komen itu, akan kembali ,menjejak ke blog kita. Mungkin ambil masa untuk blogger yang kita komen tuh, untuk datang kembali balik. Atau mungkin tak akan datang jugak ke blog sebab dia blogger misteri kot.. haha. Dia lebih kurang nisbah 1:10. Kebarangkalian untuk blogger datang tuh mungkin sikit bila kita dah komen banyak dekat blog-blog yang lain.
Sebab semua style blogger malaysia kita tak boleh nak jangka, dan semuanya berlatar belakang yang berbeza-beza. Ada yang penoreh getah (amboi). Ada yang mungkin dari prefession perguruan, dari doktor, bukan dr jijan tuh (haha), mungkin engineer, ada yang website developer,mak mak ker. Semua ada kerjaya sendiri masing-masing. Kita jangan terlalu expect yang semua blogger akan komen dan tinggalkan jejak. Mungkin ada datang, tapi dia baca jer, tapi tak tinggalkan komen.
Mesti ada sebab dia tak komen dekat blog kita, sebab kita tutup ruangan komen, atau entri korang tuh terlalu sukar untuk difahami. Bahasa penulisan kau tuh terlalu tinggi sangat tuh. Pada aku, ikut style korang sendirilah macam mana nak blogwalking tuh. Tetapkan dalam sehari 10 komen di blog yang sama kalau blog dia rajin update dalam sehari, atau korang komen dientri yang lain. 10 komen di blog yang sama konsisten. Sebabnya nak wujudkan suasana yang baik antara blogger yang kita cuba dapatkan engagement (ada tindak balas ).
- 2. Submit URL ke search engine (laman pencarian)
Untuk permulaan, korang kena daftarkan blog anda di search engine Google add url,Yahoo dan Bing. Ikutkan memang ada banyak lagi search engine yang ada di dalam internet ini. Tapi yang paling penting google.com tuh paling utama, sebab google adalah no1 search engine dunia bro. Belum ada lagi yang lain dapat tandingi google. Pernah dulu engineer dari google , lepas tuh berenti. Cuba buat search engine, tapi gagal . Mungkin database tak kuat atau support dari sumber-sumber lain agak terhad, ianya jadi gagal.
Banyak lain search engine yang lain dari google iaitu, bing, altavista, dan bayak lagi. Kena rajin explore. Submit seakrang kalau belum buat. Ini penting untuk article kita ini dicrawlkan oleh spider yang akan mencari kata kunci kepada entri yang kita buat.
2. Headline gempak +isi yang gempak.
Kebanyakkan blogger masa kini , (tak tahu siapa blogger ini) tajuk bukan main. 10 Tips jadi jutawan , contohnya. Tajuk dah gempak, sekali isi hampeh.. Tips pun tak sampai 10 , satu dua jer, itupun ceduk dari blog mana-mana jer. Lepas tuh tayang gambar duit kepal-kepal bajet-bajet hot gitu, ala-ala datuk syukri, datuk seri vida, dan sewaktu dengannya.
Kalau boleh tajuk gempak, isi pun gempak. Barulah orang akan datang di blog korang tuh, tanpa nak spam sana sini. Cara nak buat headline gempak mungkin aku akan ajar untuk entri akan datang, tapi aku tak galakkan buat cara ini. Nampak macam kita nih terdesak sangat untuk dapatkan traffik. So lebih baik kita buat cara yang lebih efisien dan teratur.
Aku lebih sarankan, entri biasa jer, tapi lebih ekpada engine pencarian, so disini untuk kita berada dalam first page, kenalah dapat yang terbaik. So kenalah kita ada isis yang gempak, bukan isi hanya sekadar cukup syarat jer.
3. Update blog setiap hari.
Bilamana blog kita update setiap hari dengan fresh content lagi, ditambah dengan konten yang padat dan penuh informasi aku percaya korang akan ada pembaca yang setia tanpa kau rasa tertekan pun. Semua orang akan tertunggu-tunggu bila blog kau nak update nih. Mereka seakan laparkan sesuatu di dalam blog kau nih. (ketagihla orang kata tuh).Blog yang macam ini memang susah nak ada. Update setiap hari tak semestinya ianya jadi wajib, tapi ianya sebenarnya baik untuk SEO, sebab spider akan crawl kau punya entri tuh, bila kita rajin update ada kebarangkalian untuk naikkan pencarian dalam google akan bertambah hari demi hari.
Entri yang korang update tuh tak perlulah berat dan perlu ada guideline yang korang kena ikut 100%. Blog korang bukan blog suratkhabar, tak perlu formal dan juga perlu ada ikut terma dan syarat. Yang penting ialah kita tahu macam mana nak update blog. Melainkan korang ada blog rasmi, atau blog syarikat yang memang korang nak develop dengan baik sekali. Lebih kurang blog niche, keformalan itu perlu untuk menjadi blog kita itu nampak profesional. Untuk blog biasa-biasa atau blog peribadi cukuplah hanya kita menaip dengan santai dan juga tak perlu panjang-panjang berjela sepert entri ini.
Tapi pencarian search engine seperti google,memang sukakan entri yang panjang sebab ianya ada markah untuk blog kita dapat tempat pertama dalam carian search engine. Sebab tuh kadang-kadang korang napak blog si polan , so polan tuh taip bukan main berjela jer. Mesti dia akan dapatkan dalam 1500 patah perkataan. Mesti ada sebab tuh, walaupun entri biasa-biasa jer. Tapi dia punya penceritaan dan semua apa yang di tulis cukuplah semua ada, garam , gula, manis, masam secukup rasa beb.
4. Media sosial.
Bersosial
Tidak cukup jika Anda hanya membuat sebuah konten blog yang cukup bagus dan berharap kalau orang-orang akan cari dari search engine, serta membaca konten tersebut. Disini korang kena menjadi proaktif. Salah satu cara yang jitu untuk meningkatkan traffic website/blog ialah menggunakan media social. Anda menggunakan channel social media untuk mempromosikan blog korang tuh. Biasa seakrang ini sudah ada media sosial no1 iaitu facebook. Untuk promote biasa kita akan gunakan fan page untuk promosikan link blog kita tuh. Ada juga yang promosi bagai nak gila, duk spam group sana sini. Itu tidak beretika sebenarnya. Nampak sangat terdesak nak dapatkan traffic blog. Biasalah budak baru nak up kan. Aku perati jer tuh. Nak tengok sampai bila dia boleh bertahan. Hanya bermatlamatkan traffic dari facebook ianya tidak sihat sebenarnya. Namun ianya boleh jadi penting juga. Sebab ianya satu alternatif untuk kita tingkatkan traffic blog. Cuma cara mahu betul, bukan membabi buat jer. Gunakan teknik copywriting yang lebih soft, dan kena paham agoritha facebook sekarang dah berubah.
Twitter pun ok jugak kalau pandai cara dia. Kalau follower ramai, boleh tingkatkan traffic blog. Kena pandai tahu guna hastag tuh. Sebab twitter nih limit patah perkataan setiap post adalah pendek 150 jer . So, disini kita sebagai twitter user kena pandai nak tweet dengan ringkas dan gunakan hikmat ayat promosi yang pendek, tajam dan menggoda. Sedangkan promosi melalui Google+ pun juga dapat membantu blog korang agar muncul di pencarian google dan kita nampak ianya sesuatu yang efektif sebenarnya. Google plus kalau kita pandai guna, memang ianya boleh tarik traffik sebenarnya.
5. Exchange link
Exchange boleh juga untuk tingkatkan traffic blog. Ia kiranya win -win situation. Tapi kadangang iaya tidak meguntungkan bagi blog yangtak femes, kiranya menumpang populariti di blog yang femes tuh. Bila mana blog kita ada kat bloglist blogger lain. Bagi yang tak tahu kewujudan blog kita mereka akan tahu dengan ada nya bloglist blogger lain. Kena deal memalui contact form. Atau korang aga gathering blogger tuh boleh jer bila jumpa , bincang-bincang jom apa salahnya kita exchange link. Huhu..
Bonus.
6. Theme yang mesra seo.
Kalau korang berani melabur baik dari blogspot mahu pun wordpress. Korang boleh jer beli theme premium yang betul-betul mesra seo. Boleh jer google, yang power-power boleh beli di codecanyon.net, mythemeshop dan sewaktu dengannya. Kalau nak harapkan theme yang sedia ada mungkin boleh juga pergi jauh, cuma kena harapkan theme tuh kena tweak sikit kasi lebih cantik, elegant dan lebih terusun blog kita tuh.
Themeshop dan lain lain lagi. ada Banyak
Kalau boleh kurangkan widget-widget yang tak penting yang boleh menyebabkan blog kita jadi berat dan markah seo kita akan jatuh disebabkan bendalah ini lah. So , better kasi clean, cantik kosong jer lagi bagus. Yang penting ialah konten blog kita tuh jer lagi bagus.
Benda nih jadi pada diri sendiri sebenarnya. Masa awal penubuhan blog dulu , aku letak macam-macamlah, letak radiolah, letak screen led bergeraklah, letak header besar-besar gedabak, letak widget ikanlah, itulah inilah. Hurm jadinya loading satu blog mahu dekat 5 minit.haha..
Theme yang mobile responsive.
Selain itu juga, dapatkan theme yang responsisve mobile friendly, sebab sekarang ini ramai yang online banyak guna phone . Lebih kurang 90peratus yang online guna handphone jer sekarang ini. Kelebihan mobile responsive ini, loading lebih cepat, dan susunan lebih ringkas dan yang penting isi korang tuh. Ini menjadikan faktor blog korang berada di page pertama dalam engine pencarian.
Berbayar.
Satu jerla dulu.aku pun macam malas pulak nak cerita panjang-panjang . Hehe
- Buat contest,
Macam-macam kontest korang boleh buat untuk tingkatkan traffic blog korang tuh. Peraduan mencari harta karun ke apa ke di laman blog korang tuh. dah semua peserta duk bongkar, cari apa benda yang korang sorokkan dalam entri .Sedikit sebanyak meningkatkan traffic blog tambah dengan pageviews lagi akan mencanak naik.
Kontest seo sangat mujarab untuk tingkatkan traffik blog, apabila korang pandai buat topik berkaitan dengan blog kita jer. Pastinya akan naik traffic. Tapi pastikan pemilihan keyword itu dan juga syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta kita kena bagi win-win situation.
Bersambung…
terima kasih ada panduan. semua kat atas tu dah buat kecuali anjurkan kontest.. ehehe
yeke.. terima kasih sudi datang kesini.. nanti saya datang sana… kontest cari burger dalam blog.. haha
Kalau tentang yang blogwalking tu rasa kita tak payah nak harap sangat, pasal kita kena sedar mereka ni nak tulis artikel baru pun ambil masa.
Lagi nak komen, lagi la parah setakat singah munkin lebih ramai dari nak komen.
Tidak seperti 5tahun dahulu, pantang rakan up entri Baru,kalau boleh nak jadi yang first.
Tapi for sure kalau buat artikel politik berat sebelah pasti ramai yang komen tanpa dipaksa -paksa.
kalau artikel politik itu memang laju jer bro, siap berbalas-balas komen… memang meriah lah.. haha
terima kasih untuk info yg berguna ni π
beres bos , ini pun cincai jer ..hehe
Info menarik. Banyak perkara yang saya tidak tahu. Terima kasih sebab kongsi ilmu ni
Info yang bagus untuk blogger baru macam aku. InsyaAllah akan buat semua nya. Terima kasih bro sudi kongsi ilmu. harap banyak lagi perkongsian untuk panduan blogger baru.
terima kasih atas info yang sangat berguna kepada blogger pemula seperti saya. kalau tak keberatan silalah singgah ke blog saya (baru nak cuba up haha)
terima kasih kembali.. saya pun masih belajar juga dari semasa ke semasa, akan sharing ilmu yang lain untuk akan datang ok.. saya akan datang ke blog tuan.
Singgah sini, nice entry…. sangat berguna utk tingkatkan page view blog saya kelak…
ni aku suka entri tuan zikri ni.. dah panjang berjela padat dgn pengajaran plak tu.. mmg terbaik lah.. i folow u ye..
Terima Khasih Sebab Share Ilmu yg sangat2 berguna untuk blogger yang baru nak belajar ni…
Setuju dengan artikel berkualiti. Sebab lama kelamaan akan naik trafik. Ditambah pula dengan seo. Adunan yang sempurna. Kualiti + SEO.
Terima kasih share artikel no..mantap sangat2 membantu..step by step untuk lakukan..
Assalamualaikum..perkongsian yang sangat menarik dan banyak input yang dapat
Bang, setiap membuat artikel baru di blog apa harus untuk di share di media sosial, dan apakah traffic dari media sosial seperti Facebook disukai oleh google?
aku baca sampai habis taw, dapat hadiah tak? π