Banyak perkara sebenarnya nak dibuat pagi-pagi buta nih. Bagi business man, awal-awal pagi macam benda yang nak kena siapkan dari segi cari barang mentah, suratkhabar lah, itulah inilah. Inilah kehidupan seharian yang harus kita tempuhi. Insyallah, doakan aku jadi jutawan, jutawan ilmuwan pun jadilah.
Disenaraikan 5 perkara yang harus kita lakukan sebagai seorang manusia normal yang cemerlang.
1. Cari info Motivasi
Kita ini macam dah biasa sangat dengan bila pagi dekat warong kopi, baca surat khabar pada awal pagi lagi. Perbuatan ini tak berapa bagus sebenarnya. Ini adalah kerana sekiranya kita membaca surat khabar pada awal pagi, mind set otak kita secara tidak langsung telah dibebani dengan permasalahan yang diceritakan.Yelah, baca suratkhabar jer, kemalangan, minyak naik harga, politik sana sini, topup naik 6%, saham turunlah dan macam-macam lagilah. Ini juga akan mempengaruhi komitmen kita terhadap kerja yang kita bakal lakukan.
Kita dinasihatkan untuk baca buku motivasi, ataupun tengok kat tv rasanya ada banyak. Kaset, cd pun ada maa. Kuliah subuh pun ok jer. Lagi bagus.
2.Fikir dan lakukan. (things to do).
Yang rutin harian itu tak mengapa, cuma lagi bagus perancangan itu ditulis dalam nota ataulagi bagus simpan nota dekat handphone canggih (apa guna handhpne mahal tak tahu guna!) . Kenapa waktu pagi?? Sebab masa ini, kepala tengah fresh. Ada juga yang plan waktu sebelum tidur, itupun ok juga. Ini adalah sebagai panduan dan membuatkan kehidupan kita lebih tersusun dan sistematik.
Tujuan untuk kita merancang ialah agar kita tidak terpinga-pinga dalam kepala otak nih, apa aku nak buat hari nie?? macam ada sesuatu yang tertinggal. Bila dah lupa, buat-buat lupa. Oleh yang demikian rujuk semula nota canggih korang tuh. Dah ada?? Bagus. Apa lagi???
3. Berfikiran positif.
Tahukah anda bahawa pemikiran anda pada awal pagi lah yang akan menentukan mutu tahap kerja/prestasi disekolah mahupun universiti yang akan anda tunjukkan pada hari itu. Kalau pagi-pagi dah fikir pasal masalah kerja, kewangan, keluarga, assignment, test, atau sebagainya, adakah anda fikir anda mampu untuk menunjukkan hasil kerja yang terbaik yang boleh anda lakukan??
Anda dinasihatkan untuk membiasakan berfikiran positif sejak awal pagi lagi. Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam. Setiap masalah pasti ada penyelesaianya. Percayalah!
4. Udara segar
Udara segar diwaktu pagi memang sangat segar kerana kenderaan memang tak banyak lagi yang bergerak. Tujuannya adalah untuk terapi, apabila udara segar masuk ke dalam otak, otak dapat berfungsi dengan baik sekali. Udara bersih banyak di taman-taman, dan diakui kita kesuntukkan masa sebelum pergi kerja. Pilihannya ialah sama ada tunggu di kenderaan kereta, atau berjogging.
5. Sarapan
Mengikut kajian memang ramai pihak yang bersetuju bahawa sarapan adalah perkara yang amat penting untuk dilakukan pada awal pagi. Apa yang penting ialah sarapan yang bakal kita ambil itu pastikannya ianya berkhasiat, jangan terlalu berat kang pagi-pagi dah sakit perut.
Tujuannya adalah untuk mengelak dari mengantuk. Bila dah mengantuk, tak berapa nak produktif nak kerja. Ini akan menjejaskan hasil kerja anda nanti. Kalau tak sempat sangat, beli roti dan air kotak satu.
Sumber ilham: top5reason.com
nizamghazi says
Boleh tak cakap skunk ni ak tengah tergelak tgok gambar si
johan tu. Pagi2 dah buat ak ceria. tengs 🙂
Nice tips…
Paling sllu dibuat pagi2 adalah things to do
Next baru udara segar dan bekfas
Zik says
gambar lama dah upload…. mula2 nak upload gambar dtuk fadzilah kamsah… tiba2 teringat johan ada tiru cara dia…. hehe
Esempoi says
hmm… amik nafas jom.. hehe
Zik says
amik udara yang bersih..hehe
anif says
Kalau dapat lakukan sedikit senaman pun bagus juga pagi-pagi ni 😀
Suri says
senam kaki ke sanam gosok gigi heee..
senam dlm rumah ok jagk bro anif heee
yusuf laili says
salam;
Maknanya..ambik angin dululah.kosongkan otak..
ikut jadual kadang2 bagus jugak dan kadang2 merimaskan,
Zik says
ikut mana yang senang… anjal…
chii says
chii setuju sgt..point 1 tu..mmg kalo leh elakkan baca paper awl2 pagi. sebab terlalu byk perkara negatif dlm paper..sedangkan point yg no 3 nak kan kita sentiasa berfikiran positif..
part udara segar..krg ni susah sket sebab dengan keadaan yg tgh berjerebu ni. x berapa nak elok sgt kan..ehehe..
sarapan pg mmg wajib amik..kalo x..camne nak dapat tenaga utk jam2 seterusnya kan…
apa pun..chii sokong dan setuju dengan 5 point di atas.. 😀
Zik says
terima kasih,,, cerita kat tv/suratkhabar banyak sangat yang -ve…
Suri says
sslu sebelum masuk tdo suri akan senarikan keja2 utk disiapkan pagi besok ..
yang lain sllu berdoa bila bagun pas solat smeiga harni lebh baik dr smlm heeee
Suri says
gosok ggi jgn lupa ye heee..pastu kena sarapan baru bertenaga badan nak jana kuasa heeee
Zik says
itu perkara rutin harian
titan says
sarapan itu penting setiap pagi maa. hehe..
Zik says
kalau tak , takda tenaga pagi tuh…
muhammad fakhruddin says
Rasanya solat/meditasi yang penting di pagi hari selepas bersihkan diri.
Zik says
Itu yang terbaik
tehr says
lepas tekan punch card
aku cari sarapan dulu
lepas tu baru senang nak pikir apa2…
hehe
Zik says
hehe… isi perut…
zulkbo says
salam..
ermm..info menarik
bolehlah ikut lepas nih
asyik stress je kerja
sekarang..huhu
😀
Zik says
release tension sekali sekala…. hehe
akuzle ayu says
babs sarapan tuh mmg sy buat. yg lelain ikut mood….ehehehehhe
Pejuang Kesenian Extreme says
Nampak gayanya aq kena tukar habis aq la sebab suka baca surat khabar awal pagi..Pasal bagi aq,aq tak ada masa nak baca semua tu waktu lain…
Zik says
nih dah tahap busy nih… aku ada masa lagilah nak baca surat khabar… aku tak baca pun…. sekali imbas n ikut mood jugak…
nuriz says
lama tak membaca motivasi, memang kalau nak bermulanya hari tu, kalau kita tak berfikiran positif atau baik pd hari tu, memang semua jadi tak ok..biasa la kan kita ni kdg2 tak ok kdg2 hormon tak betul heeee
Zik says
perempuan selalu hormon tak ok…hehe…
kopisoda says
aku akan cuba lakukan tips2 ini. memang berguna untuk diri sendiri 😉
Zik says
Insyallah…sama2 aku pun kena berusaha jugak.
syahrilhafiz says
bagus tip ni, suka yang sarapan tu
kalau tak memang tidur dalam kelas..hehe
Zik says
tidur. buat peta.. hehe
Amirez says
setuju dengan point baca surat khabar awal pagi tu. dalam surat khabar lebih berita masalah daripada hal-hal yang baik. secara tak langsung boleh buatkan kita sedikit atau banyak morale down atau lemah semangat
Zik says
kepala bertambah serabut jadinya.. huhu
bEe says
Alamak zik…
bEe bgn skang ni dah tak sempat nak pikir mcm yg zik list kat atas…
Bgn terus pikir nak buat susu anak, salin pampers anak…. nak kemas brg2 utk suami (kalau sempat nak msk pagi) kuikuikui
Zik says
buat mana yang termampu jerlah sis.. hihi
akubiomed says
Kalau di kolej dahulu saya suka tampal kata semangat di dinding kerana setiap kali bangun dari tidur mata akan tertumpu poster berkenaan. Cara ini dipanggil subconscious mind control(kawalan minda bawah sedar) biasanya kita lebih banyak mengunakan logik tapi ini berlainan sedikit.
Jangan pula yang tampal poster gambar artis di dinding pula 🙂
Zik says
artis tuh nanti lain pulak dibuatnya…hehe… yang kata2 semangat tuh ada jugak buat…
dnoBiz says
aku biasa pikir dan rancang sebelum tidur…
Pagi hanya laksanakan…
Ps : masuk bab motivasi apa yang terbayang di kepala aku hanyalah Dr Fadzilah Kamsah 😀
Zik says
come to mee…
Introducer maybank says
Slmt pagi semua….pagi yg ceria…