Bukan senang untuk menyenaraikan 5 blog 2011 yang aku kerap lawat, sebabnya terlalu banyak yang aku jenguk. Untuk menilai 5 blog yang aku kerap lawati, tiada unsur paksaan, unsur bodek-bodek, ia datang dari gerak hati ini. Aku memang serius dan akan mementingkan blog terbabit, kerana merupakan blog wajib dilawati dan diantara blog yang disayangi ramai orang sebenarnya. Bukan sebab kerana ingin mendapatkan ranking, tetapi ada aura dan sebab tersendiri mengapa aku harus terjah ke blog mereka ini.
Pemilhan blog ini berdasarkan pemerhatian dan analisis sendiri, sebelum dan selepas menjadi blogger tegar. Jom kita terjah. Siapa agaknya ya?
1. Myjazmanie.com. Diantara blog yang wajib dilawati setiap hari, walaupun tak semua entri aku komen, tetapi mempunyai auranya tersendiri. Berfikiran jauh, matang dan tuan blogger yang sentiasa yang sentiasa mesra, menolong blog aku dalam keadaan kesusahan. Kebanyakkan semua orang akan berebut-rebut untuk menjadi pengomen pertama diblognya (termasuklah aku), apabila entri baru diterbitkan. Korang wajib datang !!
2. Rohaizad.com. Siapa tak kenal sifu blog malaysia kita (full time blogger). Mempunyai berpuluh-puluh niche blog (jangkaan aku). Abang rohaizad, yang sentiasa memberi semangat, motivasi, perjuangan dalam dunia blogging. Juga sentiasa memberi nasihat dalam tips-tips buat duit dengan blog, walaupun bukan top komentator blognya, aku lebih suka menjadi silent reader di blognya. Kadang-kadang tidak layak untuk aku komen (kerdilnya diri ku ini). Blog nie Wajib lawat!!
3. Freelancewriting. Rakan seperjuangan blogger yang lebih kepada penulis tempahan, (pada asalnya dikenali writer4hire) translator, tempahan web design dan sebagainya. Aku anggap, beliau bukan calang-calang orangnya. Lulusan Universiti putra malaysia, Junior kepada abang mijie. Rasanya beliau wanita yang jarang dijumpai, berfikiran jauh nun gitu. Banyak mengisarkan tentang tips-tips penulisan yang boleh aku dan anda semua perbaiki (time to time) dari masa ke semasa. Wajib lawat!
4. Hujan Batu. Diantara blog misteri (hehe) yang seperti sifu rohaizad. Merupakan full time blogger yang optimis dengan menjalankan projek buat secara duit online, sekarang nie agak sibuk dengan projek drift kereta racing nya. Juga mempunyai blog niche yang berbeza-beza, katanya blognya yang paling masyuk adalah niche automotif.
5. Cahaya cinta. Blog yang sama-sama berjuang ketika waktu zikrihusaini.com baru dilancarkan, blog yang padat dengan ilmu-ilmu, tips-tips kekeluargaan, dan macam-macam ada.
Itu sahaja, 5 blog bahasa melayu (english lain kalilah ek) yang aku selalu lepak-lepak lama sikit berbanding dengan blog yang lain untuk tahun 2011. Namun, sebenarnya semua blog masing-masing ada kekuatan tersendiri, ia terpulang kepada individu masing-masing yang menilainya. Kepada semua blogger, jangan kecil hati tak sebut korang semua, sejujurnya semua blog korang aku lebih sayang dari 5 blog atas nih. Jangan merajuk lah k. Hehe..
Semua nie aku sayang korang, ceritatira.blogspot.com, hairilhazlan.com, tengkorakemas.blogspot.com , notakaki, nasslimdiet2, akubiomed, aliridha, suffer8zine, eastbullet, chii, tehr, IsmailN, Notabuku, broery, donnyien, kulanzsalleh, ishakhasimi, aimanjmy, kujie, syarilhafiz, cisdel, ladfeamir, izwanyusof, dan bla-bla (nanti aku update lagi serta link).. hoho Semua tetap mantap bagi aku. (sapa nak link, komen bawah wei).
Merupakan projek dari blogger bro denaihati yang murah hati. Bacalah, untuk keterangan lanjut.
wahhh nk terjah satu2 la
selamat terjah..
heheh thnk u
boleh tak nak buat 30?heh3
Ye ler..susah nak pilih 5 aje… Anyway, nanti ada masa kawe tulis as a support to the campaign. Lagipun dah 3 org tag ni..
sok aku nak terjah la blog dorang. ni dah lewat malam.hehehe
selamat terjah
Tira kenal blog Cahaya Cinta. Cik Suri sangat peramah orangnya π
Salam hormat saudara Zik,
Saya masih baru dalam arena blog. Harap menjadi blog top 2000 pilihanmu. π
insyallah… akan ku terjah ke blog bro.. hehe
salam Zikr…
maintain..
ermmm..selamat
berada dalam senarai
π
ada dalam list lagi bang zul.. huhu
sedihnya..
blog saya tak tersenarai..
jgn sedih2..cuba lg.. π
saya pun hehehe.. xda apala.. usaha lagi k
Salam Zik, kasih banyak atas listing. segan pulak saya sebab jarang berblogwalk ke sini tapi dapat pulak masuk senarai Top 5 Zik. Dan kesemua 4 blog yang Zik senaraikan tu memang saya subscribe. Memang berbaloi-baloi π
beres2x… artikel semua mantap, harus jadi pilihan…
wajib lawat eh…okeh2..
dlm 5 tu..chii penah masuk cahaya cinta je..yg lain mmg masih baru dan langsung x pernah tau..:)
thanks ye coz jd kan umah chii antara yg sering di lawati gak π
beres2… semua power 2 tuh
Best juga kempen yg dianjurkan Denaihati ni…
best juga blog yg disenaraikan..
nanti aku nak join la wat entri cam ni…hehe
selamat membuatnya.. huhu
malunya, kita baruje nak berjinak2 dgn blogni, tak pandai lagi, nanti kita nak tengok2 blog dia orangtu. Tak punya byk masa, baru nak cuba-cuba.. he he..
erm takper2.. belajar sikit2.. nanti lama2 mesti expert nih.. huhu
wow..ade 5 ye..kire orait la tu..hehe…nti sy try tgk plak…
erm kenapa blog dah tak available??
zik,
tak ada ke cara kita nak tahu dengan tepat blog mana yang kita selalu lawati?
macam plugin gitu?
Tehr.. saya rasa memadai dah kalau kita letak blogroll kat sidebar jd list tempat untuk list blog yg kita selalu lawati. hehe π
terjah terjahh..
mcm menarik je blog 1st, n 3rd itu
selamat terjah ya.. huhu
aku igt nk msuk gak tp segan la aku blogger picisan je..uhuhuu
hurm… kalau segan nak buat macam ne kan.. huhu
nampaknya blog zida still ramai lagi tak kenal. haha ingat macam nak join tapi tengok la kalau ada masa nanti..
dah balik mesir ker tuh??
kelima-lima blog di atas langsung tidak pernah ku membaca nya. terima kasih atas perkongsian..
aku buat 10 blog.. π
thanks zik masih mention nama aku..huhu terharu sungguh rasanya.. aku kadang2 byk jadi silent reader je hehe.. kalo mai mood nak komen baru aku komen hehe
Memang blogger dalam ni power-power…. π π