Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Beli tiket final malaysia vs vietnam aff suzuki 2018

Beli tiket final malaysia vs vietnam aff suzuki 2018

Zik · Dec 6, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

TIKET FINAL aff suzuki cup 2018, tiket piala aff suzuki cup 2018, aff suzuki cup 2018,

Ehh belum confirm malaysia lawan mana, dah confirm lawan Vietnam. Namun kita selaku penyokong tidak kira siapa lawannya nanti, sama-ada vietnam atau filipina. Sama seperti dahulu korang boleh dapatkan tiket secara online di tickethotline.com.my.

Tetapi buat masa ini jualan belum dibuka lagi, kita masih menunggu siapa opponent dan juga dari badan FAM sendiri yang akan buat pengumuman untuk sekian-sekian info tiket dan bagaimana apa dia. Dung-dang lah. 

Mungkin malaysia akan bertemu dengan vietnam, so malaysia vs vietnam final second leg di malaysia pada 15 disember 2018 bersamaan hari sabtu minggu hadapan. 11 haribulan perlawanan akan berlansung di bukit Jalil. 15 haribulan kita akan bertandang di Vietnam pula. Kalau salah mohon beritahu di ruangan komen dibawah ini.

*Tiket grand stand ada, terbuka ada, kanak-kanak pun ada.

*tertakluk kepada pindaan.

Selain itu juga, boleh beli secara offline juga.

Tiket offline, Tiket perlawanan Piala AFF masih boleh dibeli di cawangan Al ikhsan yang terpilih iaitu:

  • MyTOWN
  • Taman Dagang, Ampang
  • AEON Rawang
  • Batu Tiga, Shah Alam
  • NU Sentral
  • Kuala Selangor
  • Jejantas Sg Buloh
  • AEON Shah Alam
  • Plaza Alam Sentral, Shah Alam
  • Melawati Mall
  • Setapak Central
  • Sunway Putra Mall
  • Megastore Bangi
  • Alamanda, Putrajaya
  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Sunway Pyramid
  • The Curve
  • AEON Bukit Tinggi
  • Pertama Complex

dan juga di Football Republic, KLCC dan Sunway.

Dijangka jualan perlawanan ini akan mendapat liputan yang hangat seantero seluruh umat pelusuk dunia. Huhu. Propa jerla kau nih. Buat yang terbaik untuk semua pemain. Coach TCH harap dapat fikir dan cari kelemahan dan perbaiki corak permainan pasukan kebangsaan. Kita taknak pisang berbuah dua kali. Yer, kita kalah dengan vietnam diperingkat kumpulan 0-2. Di peringkat akhir, harapnya kita dapat menang lah!.

All the best buat semua pemain, dan juga pemain no12. Ekor harimau malaya.

Sama seperti aksi Separuh Akhir 1 bertemu Thailand sebelum ini, tiket aksi Final 1 ini hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) selepas keputusan satu lagi aksi Separuh Akhir 2, Vietnam lawan Filipina di Hanoi, malam ini diketahui.

Mengikut jadual, tiket yang telah siap dicetak itu nanti dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Sabtu, 8 Disember 2018, sekali gus ia hanya boleh mula dijual secara fizikal pada pagi Ahad ini (9 Disember 2018), itupun jika tiada sebarang kelewatan penerimaan tiket tersebut.

Bagaimanapun, sama seperti sebelum ini, FAM meneruskan inisiatif untuk memudahkan urusan penyokong membeli tiket lebih awal dengan penjualan secara online di www.tickethotline.com.my yang akan mula dibuka pagi esok (Jumaat, 7 Disember 2018).

Sama juga seperti aksi bertemu Thailand, kuota bagi penjualan tiket secara online untuk Final 1 ini adalah sebanyak 40,000 keping iaitu 20,000 keping akan dijual pada Jumaat bermula 9.00 pagi (sehingga habis) dan 20,000 keping akan dijual pada Sabtu bermula 9.00 pagi (sehingga habis).

Sementara baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini dan lokasi-lokasi penjualannya akan dimaklumkan nanti.

Mengenai penetapan harga tiket pula, jika diimbas empat tahun lalu, harga tiket bagi Final 2 Piala Suzuki AFF 2014, Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil ketika itu adalah RM50 bagi tempat duduk terbuka dan RM10 bagi tiket kanak-kanak.

Mengambil kira semangat yang sama ketika aksi Separuh Akhir 1 bertemu Thailand tempoh hari apabila FAM mengenakan harga tiket lebih rendah daripada edisi 2014, untuk aksi Final 1 pada Selasa ini, FAM sekali lagi mengambil pendekatan sama dengan menetapkan harga tiket yang lebih rendah berbanding empat tahun lalu supaya ia tidak terlalu membebankan para penyokong Harimau Malaya yang akan hadir ke stadium.

Justeru harga tiket bagi Final 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini telah ditetapkan RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding tiket 2014) dan RM5 bagi tiket kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding tiket 2014). Satu lagi kategori tiket yang diperkenalkan untuk Final 1 kali ini ialah tiket RM50 bagi tempat duduk grandstand.

Berita baik buat penyokong Harimau Malaya yang telah hadir ke Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. FAM sememangnya sangat menghargai komitmen dan kegigihan anda semua.

Sila simpan keratan tiket Separuh Akhir 2 bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberikan ‘keutamaan’ kepada anda semua dalam proses membeli tiket Final 1 ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya.

Dalam pada itu, Final 2 akan berlangsung di tempat lawan, sama ada di Hanoi atau Bacolod City pada Sabtu, 15 Disember 2018.

Bagi penyokong Harimau Malaya yang berminat untuk pergi menyaksikan perlawanan tersebut, sama ada di Hanoi atau Bacolod City, sama seperti sebelum ini FAM akan menguruskan urusan pembelian tiket untuk perlawanan di tempat lawan itu dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Stuart Ramalingam
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Share this on WhatsApp

Sukan beli tiket final piala affsuzuki online 2018, info tiket final piala aff suzuki 2018, TIKEL FINAL piala aff suzuki 2018, tiket final malaysia vs vietnam 2018, tiket final piala aff suzuki 2018, tiket piala aff suzuki2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Jun says

    December 7, 2018 at 10:34 am

    Tiket offline dkt al-ihksan boleh beli bila yea?

    Reply
    • Zik says

      December 7, 2018 at 11:00 am

      kita tunggu pengumuman dari fam,

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.