• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kekeluargaan / 31 Cara Untuk Move on

31 Cara Untuk Move on

Zik · Jul 11, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

MOVE ON, apa itu move on,

Apa itu Move on??

Move on itu dari perkataan english, Pindah.  Kalau mengikut dari kamus Oxford. Senang cerita , maksudnya ialah putus cinta. (kecewa dowh, frust menonggeng orang kata).

Kalimah “move on” ini memang berasal dari bahasa Inggeris. Kalau menurut kamus Oxford edisi terbaru disokong pula dengan Google Translate, Move on boleh ditakrifkan sebagai suatu tindakan untuk bangkit dari kekecewaan. Boleh paling tepat sedar diri selepas putus cinta,  lebih kurang  terima kenyataan dan bangkit  dari kekecewaan.

Move on ini dari bahasa English pulak tuh. Sebab ramai yang cakap macam tuh “Move on” Banyak orang cakap , eh si polan si polan tuh tak move on lagi ke?? Duk meroyan sana sini. Bahaya sebenarnya kalau tak move on nih. Silap haribulan boleh merana , takut efeknya kepada orang lain. Kita sebagai ibu bapa, abang, kakak , atau kawan-kawan, perlu beri sokongan yang padu. Sebab benda ini tak boleh cepat sembuh (lupa) dengan cepat.

Move on bukan hanya untuk putus cinta. Tapi move on ini lebih kepad akita lupakan benda yang dah lepas dah berlaku. Banyak benda kita boleh kaitkan dengan move on ini lebih-lebih lagi dalam politik.Tak habis-habis dengan kekalahan BN tuh ha, masih duk canang BN terbaik.  Masuk politik pulak, tetapi fokus kita ialah move on dalam percintaan gitu.

BUKAN SENANG UNTUK MOVE ON. 

Cakap senanglah, bagi yang tak pernah hadapi situasi ini. Dung dang sembang babi pun boleh  terbang. Tidak semua kisah cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang kecundang di tengah jalan.

Siapa yang tidak sedih apabila terjadinya perpisahan dengan yang tersayang. Bukan mudah hendak melupakan semua kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.

Ada masa kita sudah move on, tetapi keadaan sekeliling tidak membantu untuk kita move on. Sebab itu penting untuk dapatkan sokongan dari rakan-rakan semua.

Dan juga sebab itu ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana baginya tiada lagi erti hidup tanpa yang tersayang.

Namun, itu bukanlah jalan yang terbaik kerana agama kita sendiri melarang perbuatan itu.

Jadi, bagi mereka yang patah hati, bolehlah ikuti tips putus cinta berikut untuk melupakan kenangan bersama dengan secepatnya. Mungkin berkesan, mungkin tidak, dan kita kena ingat benda ini kadang-kadang ambil masa.
Copy paste dari siraplimau.com

9 tips +22 tips untuk  move on. 

 

9 TIPS PUTUS CINTA DAN TERUS MOVE ON

1. BERI MASA PADA DIRI

Sepert yang telah dinyatakan diatas , kedua-dua sama ada baik lelaki atau perempuan,hal ini kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan. Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.

2. SIBUKKAN DIRI ANDA

Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Sibuk tuh mungkin kita kena buat aktiviti yang lasak, atau main game ke apa.

Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!

3. SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH

Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu. Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan. Mungkin satu hari nanti nak ingat balik, boleh cari balik kotak tuh. Kalau tak boleh juga, pergi je buang kenangan tuh, bakar sekali dalam satu kotak tuh.

4. LUASKAN KENALAN BARU

Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru. Kawan baru tak mungkin pengganti baru, mungkin cari kawan-kawan yang dimaksudkan disini ialah peneman dikala kita berduka lara.

Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.

5. DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING

Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda. Mungkin selama ini kita tak ambil pusing pun keadaan sekeliling, duk sibuk bercintan bagai.

6. ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA

Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan. Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.Travel, (on cost pulak) main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.

7. MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN

Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia. Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah dengan pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.

8. ELAK SIMPAN MARAH ATAU DENDAM

Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.

9. JANGAN HUBUNGI SI DIA

Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan cara apa jua pun.

AMBILLAH SEBERAPA BANYAK MASA PUN,

Kerana memang sukar untuk melupakannya si dia yang tersayang namun dengan kesabaran dan masa, anda boleh melupakan semua kenangan dan si dia sedikit demi sedikit. Seterusnya bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda.

22 cara untuk move on

  1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio. Time2 sedih ni la sibuk radio nak keluar lagu2 sedih. Kalautengok bawak kereta, tiba-tiba lagu tangkap jiwa, kau cepat-cepat tukar channel atau tutup jela radio tuh.
  2. Jangan ada gambar dia lagi dalam handphone kau ke purse kau ke wallet kau ke. Kalau sayang buang, simpan dalam tempat yang selamat. Aik sayang?
  3. Buang je no dia. Kalau kau tu penting, lama dah dia cari kau bro. Kecuali dia adalah bisnes partner. hadoi macam mana nak move on kalau masih berurusan dengan dia. Mungkin kita kena profesional.
  4. Kalau perlu block laman sosial dia. Dipersilakan. Untuk elak kau stalk dia beb atau dia stalk kau balik?
  5. Jangan tidur lambat! Sebab masa yang paling kau akan ingat dia adalah lepas pukul 12.00 am. Kalau kerja penat, balik lewat malam, takda masa rasanya, kau akan letih dan tidor awal.
  6. Padam semua conversation kau dengan dia. Sebab satu hari nanti kau akan terindu dia, kemudian apa kau cari? Mesti kau belek-belek mesej lama dekat whattsap/wechat/telegram kan? Jadinya perlu dielakkan.
  7. Sibukkan diri kau dengan pelbagai benda. Kalau kau student, fokus kepada study la , jangan kau pulak gagal dalam percintaan, pelajaran pun kau gagalkan!, ingat pesan mak ayah kau tuh. Kalau kau kerja, lagi la senang kau nak move on.
  8. Banyakkan masa dengan mak ayah kau. Gelak2 dengan dorang hu ha hu ha hu ha. Kalau kau jauh dari mak ayah. Kerap2 la call dorang. Jangan pentingkan sangat perasaan huduh kau tu.
  9. Jangan layan la weh mana2 buaya yang serupa macam dia. Nanti kau kecewa. Kang nangis sedih medih lagi susah. (Untuk perempuan la) untuk lelaki, kau mmg dah buaya. Hahahaha ok gurau2.
  10. Jangan la sibuk2 nak buat diary sedih tulis sampai hati kau tinggalkan aku la, sampai hati kau buat aku kecewa la. Stop it k. Kalau kau penting.. benda semua tu tak jadi pun.
  11. Cari kawan yang boleh dipercayai. Yang boleh buat kau hilangkan rasa gundah gulana kecewa kau tu. Jangan sampai salah pilih kawan ye. Haha
  12. Jangan benci dia. Sebab lagi kau benci dia, lagi la kau akan ingat dia. Time tu jangan sibuk2 kata kau sedih dia buat kau macam tu bagai. Kau yang cari nahas.
  13. CUBA TRY TEST lupakan dia. Jangan terlalu ikutkan perasaan kau. Nanti kang tak pasal2 kau hilang apa yang sepatutnya kau kejar.
  14. GET YOUR LIFE BACK! kalau dulu kau happy2 je bila dia tak muncul lagi. So happy kan la diri kau balik macam dulu sebelum kau kenal dia. Hidup ini indah beb.
  15. Belajar dari kesilapan kau. Jangan diulang lagi semua tu. Buka pintu hati kau tu. Yeah maybe it will take time but at least jangan sampai kau terperangkap dalam kegelapan kau sendiri.
  16. Jangan tunggu dia. Please.. aku paling nak sangat kau jangan tunggu dia. Kalau betul dia sayang kau, dia akan pertahankan hubungan korang tu. Bukan biarkan kau terpaksa move on macam tu. Haish.
  17. Belajarlah erti Redha dengan ketentuan yang Allah dah tetapkanini. Jangan kau perkotak katikkan semua yang Allah beri. Dia bagi ada hikmahnya dan dia tarik balik pun ada sebab. Mungkin kita leka selama ini??
  18. Jangan menyalahkan takdir. Takdir Allah tu indah. Kita je belum nampak hikmah di sebalik semua tu lagi.
  19. Maafkan dia. Sesungguhnya hati kau akan lebih tenang bila kau kata “aku maafkan kau”
  20. Doa la yang baik-baik sahaja. Jangan la kau hina dia ke apa. Kalau kau hina dia.. sebenarnya kau sama je macam dia. Teruk! Tak guna! (Haish aku pulak yang emo) Jangan biarkan hati kau jadi hitam ok.
  21. Banyakkan bersedekah. Amalan tu akan buatkan kau jadi manusia yang lebih baik. Masa itu barulah kau akan sedar, banyak lagi manusia yang lebih sedih dari kau. Masalah dorang lagi berat dari masalah cinta kau.
  22. Bacalah Al-Quran tu. Kalau whatsapp dia hari-hari boleh, kenapa kau tak boleh tengok Al-Quran tu hari2? Perbaiki semula balik hubungan kau dengan Allah.

Jangan terlalu letakkan perasaan kau pada manusia tu satu benda yang menyenangkan dan menggembirakan. Sebab one day bila kau kecewa, habis semua benda kau buat jadi tak tentu hala. Kau kena tolong diri kau tu untuk lebih positif. Yakin pada Allah. Sekarang mungkin kau sedih, tapi akan datang kita tak tau kan. Entah2 kau lebih gembira dari apa yang kau sangka.

 

sumber sirap limau.com confession uuiim.
Share this on WhatsApp

Kekeluargaan apa itu move on, cara move on lelaki, cara nak move on dalam islam, cara nak move on dari kawan, cara untuk move on dalam islam, cara untuk move on dari crush, cara untuk move on dari orang yang kita sayang, cara untuk move on dari suami, pengertian move on, takrif move on, tips move on paling berkesan

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss