Apa itu Move on??
Move on itu dari perkataan english, Pindah. Kalau mengikut dari kamus Oxford. Senang cerita , maksudnya ialah putus cinta. (kecewa dowh, frust menonggeng orang kata).
Move on ini dari bahasa English pulak tuh. Sebab ramai yang cakap macam tuh “Move on” Banyak orang cakap , eh si polan si polan tuh tak move on lagi ke?? Duk meroyan sana sini. Bahaya sebenarnya kalau tak move on nih. Silap haribulan boleh merana , takut efeknya kepada orang lain. Kita sebagai ibu bapa, abang, kakak , atau kawan-kawan, perlu beri sokongan yang padu. Sebab benda ini tak boleh cepat sembuh (lupa) dengan cepat.
Move on bukan hanya untuk putus cinta. Tapi move on ini lebih kepad akita lupakan benda yang dah lepas dah berlaku. Banyak benda kita boleh kaitkan dengan move on ini lebih-lebih lagi dalam politik.Tak habis-habis dengan kekalahan BN tuh ha, masih duk canang BN terbaik. Masuk politik pulak, tetapi fokus kita ialah move on dalam percintaan gitu.
BUKAN SENANG UNTUK MOVE ON.
Cakap senanglah, bagi yang tak pernah hadapi situasi ini. Dung dang sembang babi pun boleh terbang. Tidak semua kisah cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang kecundang di tengah jalan.
Siapa yang tidak sedih apabila terjadinya perpisahan dengan yang tersayang. Bukan mudah hendak melupakan semua kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.
Dan juga sebab itu ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana baginya tiada lagi erti hidup tanpa yang tersayang.
Namun, itu bukanlah jalan yang terbaik kerana agama kita sendiri melarang perbuatan itu.
9 tips +22 tips untuk move on.
9 TIPS PUTUS CINTA DAN TERUS MOVE ON
1. BERI MASA PADA DIRI
Sepert yang telah dinyatakan diatas , kedua-dua sama ada baik lelaki atau perempuan,hal ini kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan. Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
2. SIBUKKAN DIRI ANDA
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on. Sibuk tuh mungkin kita kena buat aktiviti yang lasak, atau main game ke apa.
Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
3. SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu. Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan. Mungkin satu hari nanti nak ingat balik, boleh cari balik kotak tuh. Kalau tak boleh juga, pergi je buang kenangan tuh, bakar sekali dalam satu kotak tuh.
4. LUASKAN KENALAN BARU
Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru. Kawan baru tak mungkin pengganti baru, mungkin cari kawan-kawan yang dimaksudkan disini ialah peneman dikala kita berduka lara.
Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.
5. DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa. Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda. Mungkin selama ini kita tak ambil pusing pun keadaan sekeliling, duk sibuk bercintan bagai.
6. ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA
Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan. Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.Travel, (on cost pulak) main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.
7. MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia. Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah dengan pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.
8. ELAK SIMPAN MARAH ATAU DENDAM
Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on. Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.
9. JANGAN HUBUNGI SI DIA
Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya. Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan cara apa jua pun.
AMBILLAH SEBERAPA BANYAK MASA PUN,
Kerana memang sukar untuk melupakannya si dia yang tersayang namun dengan kesabaran dan masa, anda boleh melupakan semua kenangan dan si dia sedikit demi sedikit. Seterusnya bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda.
22 cara untuk move on