Tragedi puting beliung bazar ramadhan, Jasin Melaka

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Salam, kejadian puting beliung yang menimpa di Bazar Ramadhan Jasin melaka tempoh hari (3 ramadhan), telah meragut 3 orang nyawa memberi peringatan kepada diriku sendiri. Mungkin ada hikmah disebalik dari kejadian itu, kepada semua umat islam diseluruh dunia.

Diucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang telah terkorban.

Ikuti, Video youtube ketika kejadian puting beliung, secara langsung (live). Kelihatan 2,3 bumbung kanopi yang terbang keudara.

Mengikut sumber, Ketua menteri Melaka, Datuk Ali Rustam , sumbangan kilat diberi  kepada peniaga bazar sebanyak rm500, dan juga diberi rm3000.00 (betulkan kalau salah)  kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia.

Tiga yang maut ialah peniaga cendol, Abdul Omar, 70, dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau, peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, kelahiran Jerteh, Terengganu yang kini menetap di Batu 15 Ayer Merbau dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, Ayer Keroh.

Untuk lihat video lain sila ke link dibawah ini.

http://www.youtube.com/watch?v=eej8lXta0c0 part 2

http://www.youtube.com/watch?v=6S0OdvChcUs part 3

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

47 Responses to Tragedi puting beliung bazar ramadhan, Jasin Melaka

  1. samdaddycool says:

    Takziah buat keluarga mangsa. banyakkan bersabar dan terima qada dan qadar dengan tenang.

  2. Dila.13 says:

    Siapa sangka benda ni boleh jadi kat tempat kita kan? Sedekahkan Al-Fatihah kepada yang terkorban.

  3. bujang3 says:

    puting beliung ??? Mlang tak berbau … takziah utk keluarga mangsa !!!

  4. suri says:

    den org melaka den sush hati huhu… alhamdulilah smua dah dapt bantun

  5. Nine says:

    Takziah ..tak sangka yer boleh jadi..takut rasa..

  6. tehr says:

    tak ada siapa pun yang dapat meneka apa akan terjadi…
    hanya Allah sahaja Yang aha Mengetahui
    …takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat

  7. Kesian.Kita tak dapat nak jangka semua nie boleh berlaku.Ia boleh berlaku dalam sekelip mata aje.Al-fatihah

  8. kulanz says:

    Peristiwa yang banyak memberikan pengajaran…
    apapun, takziah kepada semua yang terlibat dan kepada mangsa yang terkorban

  9. Al-Fatihah. Memang sedih meninggal dunia dalam usaha memeras keringat mencari rezeki dalam bulan Ramadhan. Namun ketentuan Illahi tak dapat kita hindari. Semoga roh arwah2 ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin.

  10. ibnujusup says:

    innalillahiwainna ilaihirojiun…moga kite semua diberkahi allah…amin….:-) sedih dengar berite ni….

  11. etomyam says:

    takziah kepada keluarga mangsa

  12. Hadi Rofiee says:

    Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

    Semoga kita mengambil pengajaran drpd nya. :neutral:

  13. Al-Fatihah utk 3 mangsa yang meninggal dunia.

    Ada yang belum sempat merasa Ramadan,dijemput Ilahi.Ada yang sedang menghadapi Ramadan dijemput Ilahi.

    Tiap yang bernyawa akan merasai maut…

    p/s:tak jauh dari kampung saya(Teluk Intan),ada kes suami tetak isteri dan anak ketika sahur.

  14. sedihnya…

    nak raya tak lama lagi, ada pula kemalangan begini. namun Allah lebih sayangkan mereka…

    ada tengok lagi satu video, sampai ada orang cedera darah2, kemudian ada orang datang tolong ajarkan syahadah..

    mintak dijauhkan…

  15. ishak says:

    mungkin ada hikmah disebalik kejadian..takziah pada keluarga mangsa

  16. pawaka19 says:

    takziah kepada keluarga mangsa terlibat..hadapi ujian Allah penuh kesabaran

    “Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”

  17. madlut says:

    al fatihah untuk keluarga mangsa…
    rumah aku pun pernah kena puting beliung nie..memang menakutkan..bumbung rumah berterbangan…kayu, dahan poko..semua tercabut!

    cuaca di dunia, juga di malaysia sekarang nie memang semakin buruk..boleh dikaitkan dengan sebab manusia yang tidak menjaga alam sekitar…ataupun bala dari ALLAH S.W.T kerana perbuatan mungkar berlaku secara berleluasa..

    Sekadar pandangan

  18. zezebel says:

    Dah ajal dorang kot.
    Kasian… Al-fatihah untuk yang meninggal dunia.

  19. Nadri says:

    mmg amat mengerikan kejadian ini w/pun terjadi dlm beberapa saat shj..simpati pada nasib para peniaga & mereka yg terkorban..

  20. khairolghani says:

    satu je yang aku yakin,Allah tak kan turunkan bala kalau manusia tak buat kemungkaran..yang penting,bulan puasa ni tambahlah amalan sebanyak yang mungkin..

  21. RasaHatiku says:

    Assalamualaikum
    Ada tengok kat tv malam tadi.
    Takziah untuk keluarga yang ditimpa musibah.
    Segala kejadian atas kuasa Allah dan ada rahsia disebaliknya.
    TQ

  22. acapz says:

    al-fatihah kepada yg meninggal. sedih bce

  23. Takziah kepada ahli keluarga mangsa. Aku dapat memahami ape yang dirasakan. Sangat sedih…

  24. Anak Akhirat says:

    Salam~

    Lagi, maut tu bila-bila masa je datang menjemput kita. Dengan cara baik atau sebaliknya. Sedih. Muhasabah diri.

    Moga kesudahan kita semua dalam kebaikan. =.=

  25. nash says:

    sedih sangat bila melihat tragedi nie..
    amat menyedihkan..
    ucapkan takziah kpd keluarga mereka yg ahlinya telah meninggal dunia..al-Fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge