Salam sejahtera. Wahai pembaca yang budiman.
Apakah itu panjang umur?
Jangan tersilap anggap panjang umur ialah diberi kesihatan kita yang masih ada sekarang ini. Tetapi ialah umur kita yang dimanfaatkan dengan amalan kerohanian, untuk kita beramal setiap saat dan detik kita bernafas. Setiap titis darah, nadi yang mengalir adanya roh, zikir ingat kita kepada penciptanya Allah.
Tip-tip panjang umur.
Insyallah, jika kita beramal kepada Allah berpesan-pesan kepada kebenaran, pastinya ada keberkatan dalam umur kita, walaupun hidup kita hanya sementara waktu sahaja. Adanya formula-formula yang boleh kita ambil kira, dengan percaya dengan janji ganjaran Allah s.w.t. kepada hambanya yang ingat ingat, bertakwa dan beriman. Subhanallah.
1. Amal jariah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;’ Apabila meninggal anak cuc adam( manusia) maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya kepada manusia, dan doa anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Riwayat ahmad) .
Selain itu, Rasulullah s.a.w berfirman yang bermaksud:’Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seseorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.” (Riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi)
2. Jihad.
Allah berfirman yang bermaksud, ” dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati. Bahkan sebenarnya mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.” Surah (Al-Baqarah 2:154) Yang dimaksudkan ialah dengan hidup disini ialah hidup didalam alam yang lain bukan alam kita ini, dimana mereka mendapat kenikmatannya disisi Allah. Dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.
3. Lailatulqadar.
Umur umat nabi Muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan umat-umat sebelum kita. Namun usia yang singkat ini merupakan satu rahmat, jika berhasil menemui lailatulqadar. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu tahun. Jadi, hidup sekejap tetapi amalan berganda.
Mengakui banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, namun pahala tetap kita dapat sekiranya berazam untuk mendapatkan malam lailatulqadar ini.
Nantikan sambungan yang lebih lanjut mengenai tips panjang umur nanti, insyallah.
Sumber dan dioalah: Ketua Editor Majalah Solusi, Pahrol Mohamad Juoi. Penulis lirik, skrip, motivator dan Pengurus dan Pengarah Penyelidikan, Fitrah Perkasa.
nice tips bro, nantikan sambungan die π
Terkini : Pengsan 100 kali sehari
insyallah …harap tak sibukla…
maknanya di sini panjang umur itu bukanlah dikira berapa lama dia hidup..tetapi berapa banyak dia beramal…kan?
Beberapa amalan tu yang susah nak jawab!! bak kata orang kubur kata mari rumah kata pergi
taw xper akubiomed…hu3.amalan mmg ntah la terlalu skit…
erm..insaf2…bukan saja panjang umur just makan makanan berkhasiat jerk π
latest entri:
lelaki hensem vs lelaki tak hensem vs lelaki skema vs lelaki aww!
setuju tu bro madlut…taqwa itu yg dikire Allah…:D
yes! amal jariah! bukan amar makruf nahi mungkar. :getlost:
exam? aku lagi 2 minggu. hah! tapi still revamp2 template. gaga~
insyallah.. marilah kita semua beramal…
insya allah aku nak amalkan semua tips tu bro zik..terima aksih kongsi info berkat ni
barakah..insyallah… mudah2han..
Beruntunglah mereka yang ada tiga perkara diatas,
Ps: rasanya aku belum cukup bekal lagi ni
ada lagi 3 perkara yang ingin disampaikan.. insyallah..
moga2 dijauhkan sifat seperti ‘kaduk kena baja’
insyaallah
Ya betul tuh..
nice info-akan cuba sedaya upaya amalkan
berusaha ke arah yang baik pun sudah cukup bagus..
terima kasih zik..
moge kite diberi kekuatan oleh Allah untuk mencapai jalan yang diredhaiNYA..ameen
berblogging juga satu cabang jihad jika kena caranya..betul tak zik?
ada cabang jihadnya tuh… cuma nampak tak nampak jela..huhu
pastinya nak panjang umur…sebab amal tak cukup lagi…
ya samalah kita…
semua tu dengan izin
Yang Maha Berkuasa.
sungguh Agung Insan bernama MUHAMMAD itu….
selagi terdaya ku turuti sunnahnya…
ikuti sunnah pun salah satu cabang untuk memanjangkan usia..
Yang penting hidup mesti selalu happy.
kalau dah selalu fikir masalah jer, otak kita pun rosak.
Bila otak rosak, exercise pun malas. Lepas tu penyakit pun timbul.
happy bila banyak benda dapat diselesaikan… urusan dipermudahkan…
Tips2 yang mendalam maksudnya. :cheerful:
mendalam dan tersirat… π
tula, niat buat baik memang dapat pahala..ada dalam hadis 40, tapi kena berusaha untuk laksanakan niat
niat pun dah dapat pahala… perlaksaannnya dapat lagi bonus….
yer benar…aku ada terdengar khutbah jumaat ntah bila aku pergi ntah…nice info, izinkan saya copy tips ini yer….:)
ya boleh…
salam Zikr..
tips yang menarik
terima kasih perkongsian..
amalan jariah akan selalu
subur hingga hari kiamat..
ya betul akan dibawa ke akhirat…
bro doakan eiichiro oda umur panjng.. bagi die habiskan melukis One Piece
Salam Zik,
Bagus tip tu, Zik! Tapi perlu juga diingat, selain amal ibadat kita perlulah kikiskan perasaan iri-hati dan dengki. Hati yang bersih akan terpancar pada raut wajah yang kelihatan begitu tenang dan ceria. Insya-Allah.
ya hati yang ikhlas senantiasa terpancar di muka yang beriman…
terbaik tips zik..semoga aku panjang umur dengan definisi di atas..shared:)
doa2 semoga kita semua panjang umur… insyallah…
tips yang bagus. tertunggu2 sambungannya π
insyallah harap dapat publish minggu nie…
satu perkongsian yg bagus…
ada yg kata kalau pelihara haiwan spt kucing boleh panjang umur…:)
ya….. pahala yang memanjangkan umur…
Lailatulqadar tu satu yang tak sama untuk setiap orang. Bergantung pada amalan pokoknya.
ya betul tuh… diantara Allah dan kita… sahaja yang tahu…
semoga sisa usia yang ada tdk kita sia2kan begitu sahaja.. :face:
usia yang ada harus dimanfaatkan sebaiknya…
thanks kongsi info ni bro.. kena tingkatkan lagi amalan ni.. huhu
sedar tak sedar, setiap saat amalan kita dihitung..kat kiri ngan kat kanan..esok kat akhirat timbang tara la mana satu yang berat..thanks zik!
tuh yang aku takut tuh..hari2 buat dosa… isk2.. apa nak jadi dgn aku nie..huhu
insyallah.. kita perjuangkan agama kita… pastinya umur panjang akan Allah beri kepada hambanya yang ingat kepadanya.
Thanks Zikr..yang aku faham la kan dari entri kamu ni, umur panjang adalah umur yang dimanfaatkan untuk tujuan ibadah, kalau asyik berjoli jek, itu namanya pendek umur la kan..hehe
Peringatan(tazkirah) yang baik kepada kita semua.Mudah-mudahan kita dapat beramal dengan apa yang telah dibaca.
selain beramal dpt memanjangkan umur,Berbaik sangka sesama manusia.Jangan Membinasakan Haiwan Yg Tk Berdosa Krn Ia Juga Adalah Ciptaan Allah.Dan Sentiasalah kita Membantu Kpd Mereka Yg Memerlukan Bantuan KITA,Tk Kira Dr Segi Apa Sekalipun Sama Ada Wangringgit@ Sbgnya.Terima Kasih Pd ZIK.Kerana Sudi Berkongsi Tip2,Panjang Umur.Dan Jangan Lupa Meminum Air Putih Dgn Secukupnya Setiap Hari.
terima kasih kembali..dan nota2 tambahan dari nilma…