Hud yang baru dari kelas mengaji bersama ustaz hashim, bapak maryam. Dia baru start berjinak-jinak. Hud cuba berubah pada awalnya ada sebab tuh. Mungkin sebab maryam. Tapi lama kelamaan dia ada dapat kemanisan iman disitu.
Kojak kawannya pun terkejut beruk perubahan hud nih. Dia beranggapan hud ada niat lain sebenarnya pergi kesurau tuh. Melihatkan perangai pelik hud yang kadang-kala jadi angau tak tentu pasal. Mak dia pun perasan, tapi mak dia tak marah malah beri sokongan kepada hud sebab senang mak dia nak pergi surau ada orang temankan dia.
So minggu ini kita baru lihat perubahan hud yang drastik. Dah tak macam dulu, kalau sebelum ini dia suka lepak-lepak main gitar sekarang ada jugak, cuma kurangla. Tapi bila masuk waktu sembahyang dia akan cepat-cepat pergi surau. Magrib dan isyak dia banyak luangkan masa disurau. Ini satu contoh yang baik buat kita semua terutamanya diri sendiri. Sekarang pun aku dah tak berapa nak rajin.sibuk dengan kerja je, urusan duniawi yang semakin mencabar.
Hud yang semakin lama semakin seronok belajar sama ustaz hashim. Dia pun ada ajak kojak slow-slow mahu sama-sama pergi ke surau belajar ilmu agama. Tapi belum dapat hidayah lagi, sabor pelan-pelan kayuh.
Apepun 3 orang rakan yang duk gila buat kegiatan curi motor dipekan semakin berleluasa. Ada satu hari kantoi, tapi nasib baik diaorang sempat lari. Hud ada bukti, tapi dia merahsiakan sahaja perbuatan mereka itu.
Pada suatu hari selepas kuliah subuh, ustaz hashim ada menjemput hud kerumahnya bersarapan bersama. Hud yang segan terpaksa menerima pelawaan ustaz. Sambil tuh dapat tengok si maryam. Bila time nak balik maryam ada memanggil hud untuk beritahu sesuatu… Bersambung…
Leave a Reply