• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Sabar dan cabang-cabang sabar.

Sabar dan cabang-cabang sabar.

Zik · Jan 4, 2011 · 31 Comments

Share this on WhatsApp

sifat sabar, sabar, pengertian sabar, sabar dan konsepnya hari ini, cabaran sabar,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengertian sabar.

Sabar berasal dari bahasa Arab dari akar SHABARA , hanya tidak yang berada dibelakang hurufnya kerana ia tidak berdiri sendiri. Shabara’ala, bererti bersabar atau tabah hati, shabara’an, bererti memohon atau mencegah, shabarabihi , bermaksud menanggung.

Sabar ada dua macam : Sabar atas sesuatu yang tidak disukai dan sabar atas sesuatu yang disukai. Kita kena percaya dengan sabar inilah yang mempertahankan keegoan dan tahap keimanan kita.

Kesabaran bersifat lahiriah, ada tiga:

  • Pertama adalah Wajib ( fardhu ) terutamanya dalam menunaikan kewajiban dari Allah Ta’ala meskipun dalam keadaan syiddah iaitu dalam keadaan kesukaran dan bersusah payah, raahah ( hidup senang), afiat ( sihat dan sempurna ) dan bala’ ( malapetaka )
  • Kedua adalah kesabaran dalam mencegah nafsu yang tidak diridhai Allah Ta’ala.
  • Ketiga adalah kesabaran dalam ketabahan menjalankan kehidupan.

Cabang-cabang sabar.

Dalam cabaran menghadapi sabar dalam kehidupan seharian ada pelbagai jenis sabar yang perlu kita fahami konsepnya.  SABAR ada sepuluh macam berserta dengan lawannya yang perlu kita tentangi dengan penuh keimanan.

  1. Sabar menahan selera perut iaitu merasa puas dengan makanan yang diterimanya, Lawannya: RAKUS. Oleh itu makan sebelum kenyang. Ataupun makan sekadar alas perut, ala kadar sahaja.
  2. Sabar menahan nafsu seksual iaitu kesucian jiwa, Lawannya: Syahwat.
  3. Sabar atas musibah, lawannya: Putus asa. Musibah yang ditimpa hari ini kadang-kadang ia betul-betul menguji keimanan kita. Apabila rakan kita ditimpa musibah, hendaklah ktia memberi semangat dan memberi pertolongan yang termampu agar terus tabah.
  4. Sabar atas kekayaan iaitu penguasaan diri, lawannya ; Penyalahgunaan. Hari ini, ramai yang tertewas dengan sogokan rasuah wang yang banyak demi sesuap nasi dan juga kerana ingin mengekalkan jawatan mereka sanggup ketepikan agama mereka.
  5. Sabar atas kekuatan yang dimilikinya iaitu berani, lawannya : takut.
  6. Sabar ketika marah iaitu bijaksana, lawannya : pemarah.
  7. Sabar ketika tertimpa bencana iaitu lapang dada, lawannya: gelisah.
  8. Sabar dalam menjaga rahsia, lawannya; membocorkan. Amanah dalam menjaga rahsia-rahsia yang perlu disimpan merupakan satu aspek kesabaran yang tinggi. Janganlah sebab kita berdendam, membocorkan rahsia/mengaibkan pihak-pihak tertentu atas dasar peribadi.
  9. Sabar atas pendapatan yang lebih yaitu zuhud (meninggalkan kesenangan duniawi, lawannya: Tamak. Ada yang sanggup meninggalkan kekayaan yang dimilikinya disedekahkan kepada badan-badan yang memerlukannya. Ia satu sifat terpuji. Namun hari ini berapa ramai sahaja yang sanggup membuatnya?
  10. Sabar dalam mengharapkan sesuatu iaitu dengan perlahan-lahan dan lawannya: kesembronoan.

Dibawah ini ada slide mengenai Keindahan sabar, iaitu membicarakan lebih lanjut tentang sabar yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Keindahan Sabar

Alhamdulillah, moga hendaknya kita berada dalam golongan-golongan orang yang sabar, namun sabar itu ada batasnya. Banyak-banyakkanlah kita berishtigfar, insyallah Allah akan sentiasa mendoakan hambanya agar dalam keadaan yang waras dan beriman.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan 10 cabang sabar, 3 jenis sabar, cabang dalam sabar, jenis-jenis sabar, Kesabaran bersifat lahiriah, konsep sabar hari ini, pengertian sabar, perlunya kita bersabar, sabar, sabar dalam menempuh dugaan harian, sabar dalam syahwat

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Eizil says

    January 4, 2011 at 1:20 pm

    Begitu banyak cabang sabar yang kita alami dan kehidupan, sedar ataupun tidak sedar. Terima kasih atas perkongsian artikel sebegini, memberi peringatan kepada aku yang seringkali alpa dengan perkara lain. Semoga sabar di dalam diri ini akan sentiasa terisi dalam apa jua cabang yang tersenarai.

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:22 am

      insyallah moga2 kita semua tergolong dalam golongan orang yang sabar…

      Reply
  2. eimsperfume says

    January 4, 2011 at 2:28 pm

    bukan senang nak jadi penyabar,..

    sebab itu lah “assabruminal iman” sabar memang satu sikap yang terpuji..

    Reply
    • dnoBiz says

      January 4, 2011 at 7:15 pm

      Dan memang susah untuk di terapkan terutama kalau Imna tak berapa nak kuat πŸ˜€

      Reply
  3. iza says

    January 4, 2011 at 3:49 pm

    Salam…
    Moga sabar sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup kita…

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:23 am

      amin…. perjalanan yang Allah sentiasa uji hambanya…

      Reply
  4. Ali ridha says

    January 4, 2011 at 4:50 pm

    kita ni tukar perkataan
    Arab ke dalam bahaya melayu.

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:23 am

      as -sabru… sabar..

      Reply
  5. zulkbo says

    January 4, 2011 at 6:45 pm

    salam..
    alhamdulillah, perkongsian
    yang berguna dunia akhirat..
    banyak sangat lari dah dari
    hidup ni cabang2 nya..??

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:25 am

      moga2 kita beroleh keberkatannya…

      Reply
  6. dnoBiz says

    January 4, 2011 at 7:13 pm

    Thank Zik,
    artikel ni memang kena dengan masanya,
    baru tadi aku hilag sabar jap πŸ˜€

    Reply
    • akubiomed says

      January 4, 2011 at 9:03 pm

      Tak guna marah-marah bro nanti timbul kedut-kedut dimuka πŸ™‚

      Reply
  7. azizan4444 says

    January 4, 2011 at 7:48 pm

    aku pun selalu sabar nak lawan perasaan malas tu…artikel menarik ni bro…

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:26 am

      itu sudah bagus…

      Reply
  8. faizul says

    January 4, 2011 at 8:15 pm

    Azam tahun baru juga untuk lebih sabar dlm simpan duit. Sebab nak beli rumah baru!

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:26 am

      rumah baru?? wah itu sudah bagus….

      Reply
  9. akubiomed says

    January 4, 2011 at 9:02 pm

    Kagum melihat kesabaran cikgu melayan kerenah anak-anak tahun 1

    Reply
    • tehr says

      January 5, 2011 at 12:03 am

      yang ni aku akan selalu sokong
      cikgu2 tahun satu memang terbaik
      memang sangat sabar

      jangan ingat menjadi guru tahun 1 itu senang dan mudah

      Reply
  10. MR.Z says

    January 4, 2011 at 10:59 pm

    sabar jangan tak sabar.. kalau tak sabar, takut nanti kita hilang kawalan.. macam2 boleh jadi..hehe

    Reply
    • Zik says

      January 5, 2011 at 2:29 am

      hilang sabar.. syaitan yang mula merasuk diri….

      Reply
  11. intankuterpilih says

    January 5, 2011 at 9:43 am

    sabar adalah salah 1 sifat mahmudah. sifat mahmudah bermaksud budipekerti yg baik dan sifat terpuji… sedikit lirik lagu kumpulan hijjaz…

    Sifat Sabar sedikit berbeza
    Ujian yang menimpa sakit dirasa
    Tapi dapat ditahan perasaannya
    Hanya bermain di dalam sahaja
    Di luar tidak nampak terang nyata

    selalunya perkara yang baik tu lah yang susah kita nak ikuti… sama2lah kita muhasabah diri…

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2011 at 1:29 pm

      insyallah… moga2 kita dalam golongan orang yang senantiasa sabar…

      Reply
  12. padin says

    January 5, 2011 at 10:40 am

    bersikap tenang dan bersabar ni baik, cuma kadang2 bila hilang kawalan, tu yang jadi kes macam2 tu, anak di simbah asid, aku sendiri masih belum boleh betul2 jaga tahap kesabaran..

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2011 at 1:35 pm

      yang simbah asid tuh ..perbuatan yang giler!! kenapalah sifat sabarnya tersangat tipis…isk2.. mintak dijauhkan semua….

      Reply
  13. ST says

    January 5, 2011 at 12:45 pm

    Sabo2, minyak naik jgn sampai naik minyak ya… hehe

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2011 at 1:35 pm

      hehe… naik sheikh dibuatnya tuh…ok sabar2… semua…

      Reply
  14. Notakaki says

    January 5, 2011 at 5:25 pm

    sabar itu separuh dari iman..

    Latest Entry :
    -> Sila Klik Sini

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2011 at 1:36 pm

      kalau tak sabar tuh… hilang imannya… kan.. hurm..

      Reply
  15. MDHAFiZ.NET says

    January 6, 2011 at 9:18 am

    sesungguhnya allah suka akan org yg bersabar…
    ” berikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar… “

    Reply
    • Zik says

      January 6, 2011 at 1:42 pm

      insyallah ia adalah berita gembira buat orang yang sabar dengan dugaanNYA

      Reply
  16. Ladfe Amir says

    January 9, 2011 at 3:33 am

    tidak mudah untuk menguasai sabar. kerana itu, ianya melibatkan iman.
    tidak mudah menguasai marah, kerana itu..sabar menjadi teman.

    Tak ada sesiapa pun boleh mengatakan dirinya seorang penyabar. jika dia mampu bersabar dalam satu-satu perkara, Allah akan menguji kesabarannya dalam bentuk lain pula.

    cthnya ada pada diri aku. Ada part tertentu, aku memang boleh sabar n cool aje. tp bila part anak2 meragam..memang aku hilang sabar. kesian gak kat diaorg kecik2 dah kena marah ngan ayahnya yg tak sabar.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss