Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengertian sabar.
Sabar berasal dari bahasa Arab dari akar SHABARA , hanya tidak yang berada dibelakang hurufnya kerana ia tidak berdiri sendiri. Shabara’ala, bererti bersabar atau tabah hati, shabara’an, bererti memohon atau mencegah, shabarabihi , bermaksud menanggung.
Sabar ada dua macam : Sabar atas sesuatu yang tidak disukai dan sabar atas sesuatu yang disukai. Kita kena percaya dengan sabar inilah yang mempertahankan keegoan dan tahap keimanan kita.
Kesabaran bersifat lahiriah, ada tiga:
- Pertama adalah Wajib ( fardhu ) terutamanya dalam menunaikan kewajiban dari Allah Ta’ala meskipun dalam keadaan syiddah iaitu dalam keadaan kesukaran dan bersusah payah, raahah ( hidup senang), afiat ( sihat dan sempurna ) dan bala’ ( malapetaka )
- Kedua adalah kesabaran dalam mencegah nafsu yang tidak diridhai Allah Ta’ala.
- Ketiga adalah kesabaran dalam ketabahan menjalankan kehidupan.
Cabang-cabang sabar.
Dalam cabaran menghadapi sabar dalam kehidupan seharian ada pelbagai jenis sabar yang perlu kita fahami konsepnya. SABAR ada sepuluh macam berserta dengan lawannya yang perlu kita tentangi dengan penuh keimanan.
- Sabar menahan selera perut iaitu merasa puas dengan makanan yang diterimanya, Lawannya: RAKUS. Oleh itu makan sebelum kenyang. Ataupun makan sekadar alas perut, ala kadar sahaja.
- Sabar menahan nafsu seksual iaitu kesucian jiwa, Lawannya: Syahwat.
- Sabar atas musibah, lawannya: Putus asa. Musibah yang ditimpa hari ini kadang-kadang ia betul-betul menguji keimanan kita. Apabila rakan kita ditimpa musibah, hendaklah ktia memberi semangat dan memberi pertolongan yang termampu agar terus tabah.
- Sabar atas kekayaan iaitu penguasaan diri, lawannya ; Penyalahgunaan. Hari ini, ramai yang tertewas dengan sogokan rasuah wang yang banyak demi sesuap nasi dan juga kerana ingin mengekalkan jawatan mereka sanggup ketepikan agama mereka.
- Sabar atas kekuatan yang dimilikinya iaitu berani, lawannya : takut.
- Sabar ketika marah iaitu bijaksana, lawannya : pemarah.
- Sabar ketika tertimpa bencana iaitu lapang dada, lawannya: gelisah.
- Sabar dalam menjaga rahsia, lawannya; membocorkan. Amanah dalam menjaga rahsia-rahsia yang perlu disimpan merupakan satu aspek kesabaran yang tinggi. Janganlah sebab kita berdendam, membocorkan rahsia/mengaibkan pihak-pihak tertentu atas dasar peribadi.
- Sabar atas pendapatan yang lebih yaitu zuhud (meninggalkan kesenangan duniawi, lawannya: Tamak. Ada yang sanggup meninggalkan kekayaan yang dimilikinya disedekahkan kepada badan-badan yang memerlukannya. Ia satu sifat terpuji. Namun hari ini berapa ramai sahaja yang sanggup membuatnya?
- Sabar dalam mengharapkan sesuatu iaitu dengan perlahan-lahan dan lawannya: kesembronoan.
Dibawah ini ada slide mengenai Keindahan sabar, iaitu membicarakan lebih lanjut tentang sabar yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Alhamdulillah, moga hendaknya kita berada dalam golongan-golongan orang yang sabar, namun sabar itu ada batasnya. Banyak-banyakkanlah kita berishtigfar, insyallah Allah akan sentiasa mendoakan hambanya agar dalam keadaan yang waras dan beriman.
Eizil says
Begitu banyak cabang sabar yang kita alami dan kehidupan, sedar ataupun tidak sedar. Terima kasih atas perkongsian artikel sebegini, memberi peringatan kepada aku yang seringkali alpa dengan perkara lain. Semoga sabar di dalam diri ini akan sentiasa terisi dalam apa jua cabang yang tersenarai.
Zik says
insyallah moga2 kita semua tergolong dalam golongan orang yang sabar…
eimsperfume says
bukan senang nak jadi penyabar,..
sebab itu lah “assabruminal iman” sabar memang satu sikap yang terpuji..
dnoBiz says
Dan memang susah untuk di terapkan terutama kalau Imna tak berapa nak kuat 😀
iza says
Salam…
Moga sabar sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidup kita…
Zik says
amin…. perjalanan yang Allah sentiasa uji hambanya…
Ali ridha says
kita ni tukar perkataan
Arab ke dalam bahaya melayu.
Zik says
as -sabru… sabar..
zulkbo says
salam..
alhamdulillah, perkongsian
yang berguna dunia akhirat..
banyak sangat lari dah dari
hidup ni cabang2 nya..??
Zik says
moga2 kita beroleh keberkatannya…
dnoBiz says
Thank Zik,
artikel ni memang kena dengan masanya,
baru tadi aku hilag sabar jap 😀
akubiomed says
Tak guna marah-marah bro nanti timbul kedut-kedut dimuka 🙂
azizan4444 says
aku pun selalu sabar nak lawan perasaan malas tu…artikel menarik ni bro…
Zik says
itu sudah bagus…
faizul says
Azam tahun baru juga untuk lebih sabar dlm simpan duit. Sebab nak beli rumah baru!
Zik says
rumah baru?? wah itu sudah bagus….
akubiomed says
Kagum melihat kesabaran cikgu melayan kerenah anak-anak tahun 1
tehr says
yang ni aku akan selalu sokong
cikgu2 tahun satu memang terbaik
memang sangat sabar
jangan ingat menjadi guru tahun 1 itu senang dan mudah
MR.Z says
sabar jangan tak sabar.. kalau tak sabar, takut nanti kita hilang kawalan.. macam2 boleh jadi..hehe
Zik says
hilang sabar.. syaitan yang mula merasuk diri….
intankuterpilih says
sabar adalah salah 1 sifat mahmudah. sifat mahmudah bermaksud budipekerti yg baik dan sifat terpuji… sedikit lirik lagu kumpulan hijjaz…
Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata
selalunya perkara yang baik tu lah yang susah kita nak ikuti… sama2lah kita muhasabah diri…
Zik says
insyallah… moga2 kita dalam golongan orang yang senantiasa sabar…
padin says
bersikap tenang dan bersabar ni baik, cuma kadang2 bila hilang kawalan, tu yang jadi kes macam2 tu, anak di simbah asid, aku sendiri masih belum boleh betul2 jaga tahap kesabaran..
Zik says
yang simbah asid tuh ..perbuatan yang giler!! kenapalah sifat sabarnya tersangat tipis…isk2.. mintak dijauhkan semua….
ST says
Sabo2, minyak naik jgn sampai naik minyak ya… hehe
Zik says
hehe… naik sheikh dibuatnya tuh…ok sabar2… semua…
Notakaki says
sabar itu separuh dari iman..
Latest Entry :
-> Sila Klik Sini
Zik says
kalau tak sabar tuh… hilang imannya… kan.. hurm..
MDHAFiZ.NET says
sesungguhnya allah suka akan org yg bersabar…
” berikanlah khabar gembira kpd org2 yg sabar… “
Zik says
insyallah ia adalah berita gembira buat orang yang sabar dengan dugaanNYA
Ladfe Amir says
tidak mudah untuk menguasai sabar. kerana itu, ianya melibatkan iman.
tidak mudah menguasai marah, kerana itu..sabar menjadi teman.
Tak ada sesiapa pun boleh mengatakan dirinya seorang penyabar. jika dia mampu bersabar dalam satu-satu perkara, Allah akan menguji kesabarannya dalam bentuk lain pula.
cthnya ada pada diri aku. Ada part tertentu, aku memang boleh sabar n cool aje. tp bila part anak2 meragam..memang aku hilang sabar. kesian gak kat diaorg kecik2 dah kena marah ngan ayahnya yg tak sabar.