Petua merahkan bibir yang hitam,

 

madu, honey, madu untuk merahkan bibir,

Madu salah satu petua untuk memerahkan bibir.

Bibir yang merah memberi satu penampilan yang berkeyakinan dan menyerikan suasana bekerja, persekitaran baik lelaki mahupun perempuan, ataupun untuk kebahagian hubungan suami isteri.

Kenapa bibir hitam nie?

Dinantara punca utama Bibir hitam diakibatkan kerana menjadi perokok aktif dan kurang vitamin yang secukupnya. Ia bukan disebabkan Justine bieber nak datang malaysia bulan nie. Selain itu juga, disebabkan cuaca yang tidak menentu, terlalu panas.

Seperti halnya kulit di sekujur tubuh, keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, iaitu hormon yang dapat membantu proses perbaikan dan penggantian kulit (regenerasi). Semakin bertambah usia, apalagi jika sudah memasuki usia menopause, kadar estrogen menurun mendadak sehingga proses regenerasi lemah bahkan lama-kelamaan akan terhenti sama sekali. Tanpa regenerasi, maka kulit tidak akan melindungi dan melembabkan sendiri, sehingga berangsur-ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir akan tampak kering dan hitam.

Ok kita terus kepada petua untuk memerahkan bibir yang hitam untuk menjadi merah.

Petua1.

Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur. Insyallah ia berkesan.

Petua 2.

Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. Bila masa pulak semut tuh nak naik, mungkin kita tidur kot??

Petua 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda. Dah lepas tuh jangan makan apa-apa ketika masa ini, kalau tak kesannya kureng lah kan.

Petua 4.

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Tuh dia

Petua 5.

Hampir sama seperti petua ke4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari dirumah. Kemudia hasilnya bibir akan nampak merah dan sedikit jingga.

Peringatan.

  • Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran .
  • Jika anda merokok, lagi bagus berhenti.
  • (Wanita) Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik berada di bibir.
  • Lipstik jangan sampai dibawa tidur, sebolehnya dibersihkan dengan baik. Ini penting untuk mensterilkan bibir dari bahan kimia lipstik.
  • Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
  • Gunakan pelembab bibir yang mengandung tabir surya untuk siang hari. Untuk menjaga kelembapannya, alirkan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam.
  • Sebolehnya pakai lip balm setiap hari. Kalau nak keluar, digalakkan pakai. Sebab tak mahu panas matahari tu kena bibir yang cantik tuh. Nanti mula lah nak kering and pecah2. (Ehem2x) Lelaki pon boleh pakai lip balm okay? bukan perempuan sahaja.

Petua lain-lain.

Makan asam boi, hehe. Gunakan gamat dan alurkan dibibir pun boleh juga.

Sekiranya anda mempunyai petua-petua yang lain untuk dikongsikan bersama-sama, kongsikan bersama-sama kami.

Jeng-jeng inilah hasilnya.

bibir merah, lembu, lembu bibir merah, gincu , gincu merah

p/s: Sebolehnya Gunakan bibir mu yang cantik dan seksi itu ke arah kebaikan seperti sentiasalah ucap kata-kata yang elok, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain. Banyakkan berzikir. Subhanallah.

Sumber petua nenek, mamacantik, petuawebs, petua.org,

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. ira says

    sy ada penah try letakkan toothpaste kat bibir and memang berkesan. tapi kan pastu bibir sy jadi berbau. sy dah tak tau nak ikhtiar apa dah. so any suggestion?

  2. faizz says

    saya sekarang ni sudah berhenti menghisap rokok …. Dah lama la jugak …. Maseh jugak hitam …. Jadi saya mahu bertanya , apa yg perlu dilakukan …. Terima kasih …. Saya sahabat sesama islam .

  3. lipan says

    bibir aku hitam psl sapu minyak kelapa dara. memula bibir kering, nmpk bukan kering biasa, tp mcm ada ngn kesan alergi/sengatan serangga pn ada. dh sapu lip balm segala, pernah try aloe vera sekali, tak gak hilang2, last2 sapu minyak kelapa dara tu jgk la yg bkesan membuang kekeringan. mslhnya bila bnda tu timbulkan bibir hitam plk…aiseh. mekasih utk tips ini

  4. remzinah says

    Assalamualaikum, bibir sy mmg itam, dlu cikgu sy ade gak tanye kat sy..awk nie isap rokok ke..smp skrg x ilang2 lg..nak try petua madu dan ubat gigi..he

  5. says

    Masa kecil-kecil dahulu suka menunjuk-nujuk kepada kawan kesan bibir merah kerana memakan Asam Boi. Rupanya apabila sudah besar sudah alert dengan bahaya warna yang digunakan boleh memberi kepada kesihatan.

    Kandang kala Air Sirap yang kita minum menyebab lidah dan bibir merah, berhati-hatilah

  6. says

    *Dulu adik pada kak ipar ada masalah ni sejak lahir. Tapi sekarang dia sangat cantik dan bibir dia tak hitam dah.

    *Mungkin dia gunakan petua-petua yang zik bagi ni ^_^
    Mrs.Ayie recently posted..AntaraMy Profile

  7. says

    As salam..
    Amboi..amboi..merahnya mak ngah!!!
    Bagus petua ni tp petua letakkan ubat gigi di bibir hanya berkesan sekejap sahaja, dah pernah cuba dulu…
    Pernah jgk tumbuk inai dan letakkan di bibir…

    p/s: Tahniah menang contest anjung streamyx..
    iza recently posted..Ku Tinggalkan DikauMy Profile

  8. says

    Bibir merah ? … emm … yerr betul aku pun suka nengok wanita yang bibir merah ‘ori’ punya … dan petua2 ni nak try juga mana tahu menjadi kat aku … kekekeke … tapi tak nak jadi cam gambar lembu tu … terover seksi betul bibirnya … hahahaha

  9. says

    penah cuba yg pakai madu,ubat gigi ngan halia. tp tang halia tu..chii just potong halus2..pastu dok gosok2..mmg merah,,sebab panas..ahaha..xde la sampai buh telur n makan…

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge