Keutamaan menjadi Imam dalam sembahyang (lebih afdhal)

imam, keutamaan imam dalam sembahyang, siapa lebih layak menjadi imam,

Tugas menjadi imam bukan suatu yang mudah. Beberapa aspek yang harus dijaga dan dinilai. Untuk menjadikan solat berjamaah itu lebih sempurna diperturunkan sedikit panduan untuk para imam antaranya:

  • Jangan menjadi imam jika para makmum kurang senang terhadapnya atau tidak bersetuju kepadanya.
  • Bila menjadi imam hendaklah berikhlas kepada Allah Taala sebagai seorang menunaikan amanah.
  • Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah dia memeriksa saf-saf supaya rapat.
  • Imam hendaklah mengangkat suara ketika melafazkan takbiratul ihram dan juga apabila menyebut takbir-takbir perpindahan rukun fi’li kepada rukun lain.

Secara ringkas susunan dibawah adalah yang lebih diutamakan menjadi imam. Jika terdapat beberapa orang yang layak menjadi imam, maka orang yang mempunyai ciri-ciri berikut hendaklah diutamakan.

  1. Yang lebih fakih (tahu hukum hakam) mengenai solat. Jika ada persamaan hendaklah didahulukan.
  2. Yang lebih Qari (yang pandai membaca Al-Quran). Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  3. Yang lebih warak dikalangan mereka. Jika ada persamaan, hendaklah didahulukan.
  4. Yang dahulu menunaikan haji. Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  5. Yang lebih dahulu masuk islam. (Lebih lama memeluk islam).
  6. Yang berbangsa arab. Mungkin dari segi keturunan.
  7. Anak orang soleh, atau anak alim.
  8. Yang masyhur dengan kebajikan.
  9. Yang lebih bersih pakaiannya.
  10. Yang lebih bersih badannya.
  11. Yang lebih baik kepandaiannya.
  12. Yang lebih baik suaranya.
  13. Yang lebih elok paras rupanya.
  14. Jangan tolak menolak menjadi imam.

Ketahuilah tertib ini hanyalah menjadi panduan untuk memilih siapakah yang lebih layak dipilih untuk menjadi imam ratib, atau imam semasa.

Jika sesuatu masjid atau tempat itu sudah ada imam ratib, maka imam ratib itulah yang lebih layak mengimami solat solat walaupun ketika itu ada orang yang lebih alim, seperti pelajar-pelajar agama, tahfiz, ustaz-ustaz yang mengajar kelas agama atau kelas fardhu ain dan sebagainya datang ketempat itu.

Namun begitu, jika imam ratib sudah mempersilakan seseorang yang lebih utama dari dirinya menurut ciri-ciri yang telah disebutkan diatas tadi, makan bolehlah orang itu mengimami solat disitu.

Nota tambahan: Juga perlu kita ketahui, hanya sultan sahaja yang jika ia menziarahi kemana sahaja kawasan jajahannya, maka dia lebih layak menjadi imam walaupun ada imam ratib disitu.

Hadis riwayat muslim: 289-291

Dari abi saedal hadari berkata: (Bersabda, Rasulullah S.A.W)

Jika mereka bertiga, hendaklah seorang daripada mereka tampil menjadi imam. Orang yang lebih berhak menjadi imam itu ialah yang terpandai dalam bacaan al-qur’an.

Kita harus bersedia untuk menjadi imam. Sekurang-kurangnya jadi imam untuk keluarga kita sendiri. Ayuh, tingkatkan lagi ilmu dalam bidang imam dan makmum ini.

Sumber buku: Panduan Solat berjemaah, Serta Panduan Imam dan Makmum. (Ustaz Khaidir Bin Husin) Muka surat 233-234.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to Keutamaan menjadi Imam dalam sembahyang (lebih afdhal)

  1. esempoi says:

    insaf lak rasanya

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. suri says:

    solat tak der imam kurg pahala
    suri recently posted..Di Sebalik HeaderMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. lengkap betul isi post ni. sama macam ustaz ajar masa skolah dlu. nak pilih imam bukan sebarang pilih. ada kriteria yang kena lihat. tapi sayang x semua orang sedar pasal ni

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. Miss Yati says:

    Bukan semua orang yang yakin apabila diminta jadi imam. Keyakinan boleh dibina dengan ilmu dan latihan :)

    *Nak dapat latihan tu kenalah rajin ke masjid.
    Miss Yati recently posted..Menjahit kasih sayang: Inner BawalMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. ohcikgu says:

    risau tengok budak tingkatan 5. suruh jadi imam atau bilal pun takut-takut. aduh…camana nak kahwin nih..
    ohcikgu recently posted..Top 10 Jaringan Gol Terbaik dari pemain MalaysiaMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. dnoBiz says:

    musim sekarang ni ramai yang baru balik dari mengerjakan haji dan kebanyakan surau dan masjid yang aku pergi akan jadikan Mereka yang baru balik hajik ni sebagai Imam selama 40 hari….
    Ambil berkat…
    dnoBiz recently posted..Aksi Ranjang – Perlukah Aksi ranjang diterjemahkan secara lakonan dalam filem ???My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. razlan says:

    Kurang arif dan yakin tentang jadi imam ne,tapi sebagai seorang islam ,kenala bersedia jadi walaupun ilmu seciput emas jer,tawakal
    razlan recently posted..Set Lengkap Contoh Resume Dan Surat IringanMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. LiFe KaMi says:

    InsyaAllah kalau kita selalu mendekati diri pada Allah SWT,kita boleh menjadi imam yang terbaik, selalukan berjemaah di rumah dan masjid..
    LiFe KaMi recently posted..Kisah LiFe KaMiMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  9. Pacifista says:

    tak berani nak offer diri jadi imam kecuali dengan keluarga.tak cukup sempurna lagi iman ni.huhu…
    Pacifista recently posted..Contest Gadget Impian: Like, +1, Tweet, Tolonglah…My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. wah terimakasih banyak atas artikelnya gan sangat bermanfaat.
    http://makassarapple.web.id/ recently posted..Tentang KamiMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  11. tehr says:

    kena berlatih dengan keluarga dulu
    dah tu nanti tak la takut2 bila disuruh jadi imam kat masjid/surau
    tehr recently posted..Tips Tinggalkan Anak Dalam KeretaMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. Juan says:

    kekadang ada juga yg suruh jadi imam, x yakin bukan pasal apa, pasal jarang sangat jadik imam, tu la pasal, ehehhe
    Juan recently posted..Projek Hari JumaatMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  13. Masalah orang kita apabila sudah bertahun-tahun tapi fobia untuk jadi imam.

    Bak kata sesetengah ustaz ‘amalan kita jangan hanya setakat apa yang kita belajar semasa tadika, perlu diupgrade dari semasa ke semasa ilmu dan kualitinya’
    muhammad fakhruddin recently posted..Tentang Intelektual: Intelektual Anti Sosial?My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  14. Topik yang menarik. Selalunya bila nak mula solat, masing-masing akan menolak untuk menjadi imam.

    Tak yakin denga diri sendiri itu salah satu sebabnya. Ataupun dalam kelompok yang mahu solat berjemaah tadi, ada orang lain yang gayanya lebih layak menjadi imam. Tapi bila diminta menjadi imam, dia pun turut menolak…
    Fahmi Raazali recently posted..Dunia Ideal Kau Dan AkuMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  15. wandisini says:

    tolak menolak ni yang banyak berlaku
    wandisini recently posted..Projek BantalMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  16. afiqhaj says:

    susah jadi imam ni.kene konfident.n paling penting.kene jadi imam yang baik dalam keluarga.cukup susah.kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.MUHASABAH

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge