• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Keutamaan menjadi Imam dalam sembahyang (lebih afdhal)

Keutamaan menjadi Imam dalam sembahyang (lebih afdhal)

Zik · Dec 2, 2011 · 20 Comments

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

imam, keutamaan imam dalam sembahyang, siapa lebih layak menjadi imam,

Tugas menjadi imam bukan suatu yang mudah. Beberapa aspek yang harus dijaga dan dinilai. Untuk menjadikan solat berjamaah itu lebih sempurna diperturunkan sedikit panduan untuk para imam antaranya:

  • Jangan menjadi imam jika para makmum kurang senang terhadapnya atau tidak bersetuju kepadanya.
  • Bila menjadi imam hendaklah berikhlas kepada Allah Taala sebagai seorang menunaikan amanah.
  • Sebelum mengangkat takbiratul ihram hendaklah dia memeriksa saf-saf supaya rapat.
  • Imam hendaklah mengangkat suara ketika melafazkan takbiratul ihram dan juga apabila menyebut takbir-takbir perpindahan rukun fi’li kepada rukun lain.

Secara ringkas susunan dibawah adalah yang lebih diutamakan menjadi imam. Jika terdapat beberapa orang yang layak menjadi imam, maka orang yang mempunyai ciri-ciri berikut hendaklah diutamakan.

  1. Yang lebih fakih (tahu hukum hakam) mengenai solat. Jika ada persamaan hendaklah didahulukan.
  2. Yang lebih Qari (yang pandai membaca Al-Quran). Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  3. Yang lebih warak dikalangan mereka. Jika ada persamaan, hendaklah didahulukan.
  4. Yang dahulu menunaikan haji. Jika ada persamaan, hendaklah diutamakan.
  5. Yang lebih dahulu masuk islam. (Lebih lama memeluk islam).
  6. Yang berbangsa arab. Mungkin dari segi keturunan.
  7. Anak orang soleh, atau anak alim.
  8. Yang masyhur dengan kebajikan.
  9. Yang lebih bersih pakaiannya.
  10. Yang lebih bersih badannya.
  11. Yang lebih baik kepandaiannya.
  12. Yang lebih baik suaranya.
  13. Yang lebih elok paras rupanya.
  14. Jangan tolak menolak menjadi imam.

Ketahuilah tertib ini hanyalah menjadi panduan untuk memilih siapakah yang lebih layak dipilih untuk menjadi imam ratib, atau imam semasa.

Jika sesuatu masjid atau tempat itu sudah ada imam ratib, maka imam ratib itulah yang lebih layak mengimami solat solat walaupun ketika itu ada orang yang lebih alim, seperti pelajar-pelajar agama, tahfiz, ustaz-ustaz yang mengajar kelas agama atau kelas fardhu ain dan sebagainya datang ketempat itu.

Namun begitu, jika imam ratib sudah mempersilakan seseorang yang lebih utama dari dirinya menurut ciri-ciri yang telah disebutkan diatas tadi, makan bolehlah orang itu mengimami solat disitu.

Nota tambahan: Juga perlu kita ketahui, hanya sultan sahaja yang jika ia menziarahi kemana sahaja kawasan jajahannya, maka dia lebih layak menjadi imam walaupun ada imam ratib disitu.

Hadis riwayat muslim: 289-291

Dari abi saedal hadari berkata: (Bersabda, Rasulullah S.A.W)

Jika mereka bertiga, hendaklah seorang daripada mereka tampil menjadi imam. Orang yang lebih berhak menjadi imam itu ialah yang terpandai dalam bacaan al-qur’an.

Kita harus bersedia untuk menjadi imam. Sekurang-kurangnya jadi imam untuk keluarga kita sendiri. Ayuh, tingkatkan lagi ilmu dalam bidang imam dan makmum ini.

Sumber buku: Panduan Solat berjemaah, Serta Panduan Imam dan Makmum. (Ustaz Khaidir Bin Husin) Muka surat 233-234.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan aspek imam yang perlu ada, ciri-ciri imam yang harus diambil kira, imam, keutamaan imam dalam sembahyang, siapa lebih afdhal menjadi imam, siapa lebih layak menjadi imam, susunan siapa yang lebih layak menjadi imam

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. afiqhaj says

    December 2, 2011 at 10:06 am

    susah jadi imam ni.kene konfident.n paling penting.kene jadi imam yang baik dalam keluarga.cukup susah.kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.MUHASABAH

    Reply
  2. wandisini says

    December 2, 2011 at 10:09 am

    tolak menolak ni yang banyak berlaku

    Reply
  3. Fahmi Raazali says

    December 2, 2011 at 2:53 pm

    Topik yang menarik. Selalunya bila nak mula solat, masing-masing akan menolak untuk menjadi imam.

    Tak yakin denga diri sendiri itu salah satu sebabnya. Ataupun dalam kelompok yang mahu solat berjemaah tadi, ada orang lain yang gayanya lebih layak menjadi imam. Tapi bila diminta menjadi imam, dia pun turut menolak…

    Reply
  4. muhammad fakhruddin says

    December 2, 2011 at 3:08 pm

    Masalah orang kita apabila sudah bertahun-tahun tapi fobia untuk jadi imam.

    Bak kata sesetengah ustaz ‘amalan kita jangan hanya setakat apa yang kita belajar semasa tadika, perlu diupgrade dari semasa ke semasa ilmu dan kualitinya’

    Reply
  5. Juan says

    December 2, 2011 at 3:29 pm

    kekadang ada juga yg suruh jadi imam, x yakin bukan pasal apa, pasal jarang sangat jadik imam, tu la pasal, ehehhe

    Reply
    • Pacifista says

      December 3, 2011 at 3:47 am

      sama la kita.biar yang lebih arif yang jadi imam.diri ni terlalu jauh untuk mengimamkan orang…

      Reply
  6. tehr says

    December 2, 2011 at 6:11 pm

    kena berlatih dengan keluarga dulu
    dah tu nanti tak la takut2 bila disuruh jadi imam kat masjid/surau

    Reply
    • Pacifista says

      December 3, 2011 at 3:48 am

      kekadang anak murid mintak aku jadi imam pun aku rasa takut2 sebab diorang belajar bidang agama yang jauh lebih arif dari aku…

      Reply
  7. http://makassarapple.web.id/ says

    December 2, 2011 at 11:46 pm

    wah terimakasih banyak atas artikelnya gan sangat bermanfaat.

    Reply
  8. Pacifista says

    December 3, 2011 at 3:37 am

    tak berani nak offer diri jadi imam kecuali dengan keluarga.tak cukup sempurna lagi iman ni.huhu…

    Reply
  9. LiFe KaMi says

    December 3, 2011 at 4:13 am

    InsyaAllah kalau kita selalu mendekati diri pada Allah SWT,kita boleh menjadi imam yang terbaik, selalukan berjemaah di rumah dan masjid..

    Reply
  10. razlan says

    December 3, 2011 at 8:18 am

    Kurang arif dan yakin tentang jadi imam ne,tapi sebagai seorang islam ,kenala bersedia jadi walaupun ilmu seciput emas jer,tawakal

    Reply
  11. dnoBiz says

    December 3, 2011 at 2:51 pm

    musim sekarang ni ramai yang baru balik dari mengerjakan haji dan kebanyakan surau dan masjid yang aku pergi akan jadikan Mereka yang baru balik hajik ni sebagai Imam selama 40 hari….
    Ambil berkat…

    Reply
  12. ohcikgu says

    December 3, 2011 at 6:42 pm

    risau tengok budak tingkatan 5. suruh jadi imam atau bilal pun takut-takut. aduh…camana nak kahwin nih..

    Reply
  13. Miss Yati says

    December 3, 2011 at 9:44 pm

    Bukan semua orang yang yakin apabila diminta jadi imam. Keyakinan boleh dibina dengan ilmu dan latihan 🙂

    *Nak dapat latihan tu kenalah rajin ke masjid.

    Reply
  14. mahir komputer secara santai says

    December 4, 2011 at 2:24 am

    lengkap betul isi post ni. sama macam ustaz ajar masa skolah dlu. nak pilih imam bukan sebarang pilih. ada kriteria yang kena lihat. tapi sayang x semua orang sedar pasal ni

    Reply
  15. suri says

    December 4, 2011 at 5:00 am

    solat tak der imam kurg pahala

    Reply
  16. esempoi says

    December 5, 2011 at 11:14 pm

    insaf lak rasanya

    Reply
  17. cahaya says

    November 26, 2012 at 7:10 pm

    Assalamualaikum. Benarkah ada yg mengatakan antara ciri2 menjadi imam lihat isteri siapa yg paling cantik? Mohon penjelasan.

    Reply
    • Zik says

      December 3, 2012 at 1:11 am

      w’salam… tak perlu rasanya.. saya tak pernah dengar..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini JDT VS KEDAH PIALA SUMBANGSIH 5.3.2021
  • Live streaming JDT VS KEDAH piala sumbangsih 5.3.2021
  • Rasul Dan Nabi Dikalangan Malaikat
  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kekeluargaan Kerohanian/Keagamaan

Lirik lagu kun anta, mp3

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Jom layan lagu kun anta, dari penyanyi asal d…

Kerohanian/Keagamaan

Adab-adab bersedekah

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Sedekah Pemangkin Kesejahteraan. Sedekah meru…

Kerohanian/Keagamaan

Panduan solat gerhana bulan,matahari.

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Mukadimah. Para ulama’ bersepakat bahaw…

%d bloggers like this: