Setelah semalam perlawanan persahabatan pasukan harimau malaya berjaya membenam myanmar 2-0 sempena kempen piala dunia 2014. Tetapi hari ini, perlawanan bola sepak Kelayakkan Olimpik 2012 di London bawah 23 akan berlansung malam ini, pukul 10.00 malam (waktu Malaysia), sekejap sahaja lagi 19 Jun 2011 antara Malaysia vs Lubnan. Perlawanan berlangsung di Stadium Camille Chamoun, Beirut, Lubnan.
Perlawanan pusingan kedua (2nd leg) akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Khamis, 23 Jun 2011.
Keputusan terkini Malaysia 0 – Lubnan 0 (tamat perlawanan untuk 1st leg)
Tonton secara live??
Anda semua boleh ditonton secara live di Astro Arena channel 801 bermula pukul 9.45 malam. Harap-harap lakukan yang terbaik disana, kelayakkan peringkat kedua sekarang ini harap-harap malaysia lebih aggressive.
Minit 1: Permainan dah mula!!Malaysia memakai Jersi kuning (semalam biru) manakala Lubnan berwarna merah. Disana pukul 5.00 petang.
Minit ke 11: Aduyaai, rembatan Wan Zack Haikal terkena tiang lah pulak. Grrr!!
Minit ke 23: Hantaran cantik dari Fandi gagal dimanfaatkan oleh Izzaq Faris sebaliknya bola melepasi palang. Aku pun tak berapa puncanya, tapi kata pengulas matahari yang silau petang dekat sana menyukarkan. Hurm..
Minit ke 35: Kalau dilihat, Lubnan kelihatan menguasai permainan dan banyak serangan-serangan yang dilakukan dan penjaga gol Malaysia, nasib baik ada Khairul Fahmi menyelamatkan keadaan, namun kedua-duanya masih buntu mencari gol.
Minit ke 45: Masih kosong-kosong. Perlawanan separuh masa pertama sudah tamat.Rehat kejap yer.
Video aksi perlawanan pada separuh masa pertama:
Minit ke 52: Izzaq faris.. terlepas peluang keemasan tadi. Ruginya. warrgghh
Minit ke 62: Sedikit keyakinan dalam persembahan Malaysia ketika ini, apabila wan zack haikal terlepas peluang dalam kotak penalti. Rugi, sangat rugi.
Minit ke83: Masih juga kosong-kosong. Minta maaf laptop aku ada masalah pulak tiba-tiba. Masing-masing menggandakan asakan, namun malaysia lagi banyak membuat serangan, tetapi itula penyudahnya agak tak berapa cantik. Rajin dah rajin, cuma masih lagi kurang kemas hantaran dan finishing tuh.
Minit ke 90: Tamat perlawanan untuk 1st leg kali ini. Diharap nanti dimalaysia 23 june kalau tak silap, kita sebagai tuan rumah dapat gunakan kelebihan untuk meledak gol. Hampa betul perlawanan malam tadi. Aduyai.
Analisa perlawanan :
Separuh masa pertama kalau kita lihat, rentak perlawanan memang slow sikit. Namun, malaysia pun hampir-hampir dibolosi disebabkan kealpaan dalam pertahanan malaysia. Tidak boleh memandang rendah pasukan lubnan ataupun mana-mana pasukan.
Aku menggangap games yang agak kelam kabut, mungkin lack of experience berbanding dengan skuad senior. Tetapi masih boleh banyak improve sebenarnya. Mahali pun macam tak berapa nak jadi. Entahla.
Pada babak separuh masa kedua, memang terdapat banyak peningkatan dalam serangan, namun ianya tetap mengecewakan apabila deretan peluang gagal disempurnakan dengan sebaik mungkin Hantaran kurang kemas, dan serangan kurang tajam. Keputusan seri tanpa jaringan mungkin memberikan sedikit harapan buat anak buah Ong Kim Swee untuk 2nd leg nanti di stadium bukit jalil. Erm..
Lain-lain keputusan kelayakan Olimpik Zon Asia (FULL Time)
=> China 0-1 Oman
=> Australia 3-0 Yaman
=> Jepun 3-1 Kuwait
=> Korea S 3-1 Jordan
=> Korea U 0-1 UAE
Bookmark website/blog ini Ctrl+D. Sekarang sudah bermula liputan….( dah tamat perlawanan).
credit video sokernet.com dan gambar malaya tiger facebook.
Faisal Abdullah says
Go-go Malaysia…Malaysia pasti menang lah..
tehr says
seri la pulak
ada peluang untuk kita nanti kat bukit jalil
malaysia boleh
sOoooour says
Malaysia menang!
kie says
semale malysia tewaskan lubnan 2-1…wah buleh gi london …syabas..utk team mlysia
stenlee says
malaysia boleh!..sya bangga dgn pencapayan harimau kita skg.banyak peningkatan.tpi walau bagaimana pun,masih jauh lagi perjalanan malaysia untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi!.apa yang penting,malaysia kena tumpukan perhatian 100% pada tugasan mereka yang seterusnya.kerana itu baru permulaan malaysia utk menempah nama di persada ASIA.corak permainan malaysia menentang lubnan semalam memang cukup baik dgn kelebihan di halaman sendiri adala faktor utama malaysia mampu menewaskan lubnan.good job malaysia!.kami semua rakyat malaysia sentiasa menyokong anda untuk memajukkan sukan bola sepak malaysia yang suda lama dalam mimpi semua rakyat malaysia untuk malaysia beraksi di ASIA.malaysia boleh 3x!!..majula sukan untuk negara!..