Berita sukan terkini.
Keputusan Penuh Malaysia 2 VS Myanmar 0.
Dijaringkan oleh :
- Amirulhadi Zainal m-28
- Baddrol Bakhtiar m-55
Walaupun keadaan cuaca yang agak tidak berapa elok sebenarnya kerana keadaan di stadium Sultan Muhammad IV yang hujan di negeri kelantan sejak dari petang tadi katanya. Tidak memberi itu satu alasan buat skuad harimau malaya untuk meneruskan rekod tanpa kalah sejak dari kejuaraan piala suzuki aff 2011.
Percaturan dari K Rajagopal menurunkan pemain-pemain pilihannya pada malam ini dilihat tepat dan walaupun tiada tunggak utama iatu pemain kesayangannya seperti safee sali/idlan talaha yang dibelenggu kecederaan, namun malaysia tetap mampu menundukkan pasukan myanmar. Namun begitu kita harus percaya bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku.
Gol pertama pada minit ke 28, hasil gandingan dari hantaran dari badrul pada asalnya yang tak berapa nak menjadi sebenarnya, tetapi clear yang ingin dibuat oleh pemain defend myanmar membawa padah, ini terus memberi peluang kepada hadi untuk membuat pressure dan bola itu ke amirul hadi zainal (tidak dijaga) digunakan sebaiknya untuk membuat penyudah dengan menewaskan penjaga gol myanmar. Malaysia 1-0 Myanmar. Kedudukan kekal sehingga ke separuh masa pertama tamat.
Manakala pada mint ke 53, Badrol bakhtiar menyudahkan gol hasil dari hantaran abdul hadi pada asalnya, namun clearance yang dibuat oleh pemain myanmar tidak kemas dan bola itu ke badrul bakhtiar yang dah tunggu lama dekat sebelah kanan gol. Bola itu disepak dalam keadaan volley. Kencang disitu, keeper vietnam gigit jari nak ambil bola macam itu. Kedudukan terkini malaysia 2 myanmar 0.
Kedudukan kekal sehingga habis pelawanan masa tamat. Macam agak buntu, tetapi dia punya rentak malaysia banyak menguasai permainan. Peluang pun ada banyak juga, tetapi mungkin juga disebabkan keadaan padang yang tak berapa nak sedap, lecak. Menyukarkan untuk bermain dengan dalam semangat 90-100% all out. Tahniah diucapkan oleh pemain skuad harimau malaya dan kekalkan prestasi. Kita tunggu lawan vietnam nanti, liverpool dan chelsea.
Gol highlight :layan.
Gol minit ke 27: Amirul Hadi Zainal.
Gol ke2 minit ke 53 oleh Baddrol Bakhtiar
Syabas diucapkan sekali lagi buat harimau malaya., pihak penganjurdan tidak lupa juga kepada kepada para penonton yang sudi hadir memberi sokongan di Stadium Sultan Mohd IV.
Credit video dari sokernet.com
Tahniah harimau malaya… bangga jadi rakyat Malaysia… π
bosan sikit sbb padang basah tp pemain malaysia bagussss
Alhamdulillah… π
tahniah..tahniah kepada team malaysia!
mungkin juga sebab hujan
stadium tak penuh
apa pun tahniah kepada harimau malaya
tahniah Malaysia, gembiranyee lagi
Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memenangi perlawanan ini..:)
Tanniah kepada skuad Malaysia. Apalah nasib Aidil Zafuan yang cedera. Harap tidak serius
yess.. malaysia bertambah terror..
saye sokong myanmar. aha.
tahniah pasukan malaysia. aku sentiasa menyokong mu.hehehe
Tahniah Malaysia, anda patut menang.
TAHNIAH kelantan!!!
Berbaloi2… hehehe