Beberapa perkara yang telah kerajaan umumkan sebentar tadi oleh YAB DAtuk Seri Najib tun Razak di PICC. Untuk info anda, berikut adalah 11 langkah penstukturan dan pengubahsuaian #BajetUntukRakyat.
- Kerajaan telah setuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016 sehingga Dis 2017. Namun begitu, caruman majikan kekal seperti biasa.
- Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2 ribu kepada pmbayar cukai individu berpendapatan RM8 ribu sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. Walaupun Kerajan akan hilang hasil sebanyak RM350j namun ianya dpt beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2 juta pembayar cukai dinegara kita.
- Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan akan ,meliberalisasikan AP bagi prod pertanian yang terpilih termasuk biji kopi mentah, dan daging.
- FAMA akn buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang jual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga pasaran.
- KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai2 jualan harga berpatutn seperti hypermarket. Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkn daripada 640 kepada 1 ribu .
- KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda.
- Untuk terus bela pesawah, kerajaan akan menyediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi
- Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yg berdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan untuk kurangkan bebanan hidup.
4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
- Bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35k, Kerajaan menerusi BSN & Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4% manfaatkan lebih 10k pemilik rumah.
5. Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakn untuk tingkatkan kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan kerja.
6 Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
7. Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan iaitu kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing.
-Kerajaan laksana Prograh Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah
8. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
9. Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek & program mndahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi & kandungan import rendah.
10. Institusi kewangan pembangunan & dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6b dlm sediakn pembiayaan kepada PKS & sykt permulaan
11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akn dipantau EPU.
itu sahaja yang dapat disampaikan seringkas yang mungkin. So apa kata anda mengenai revised budget 2016 ini???
anah says
tak tahu nak komen apa, sebab harapan kami adalah pak jib letak jawatan sebenarnya yg sehingga kini dia tak faham
cik tom says
bukan tak faham tue sis..buat2 tak faham..pe nak jadi la dgn malaysia skang ni…
Raihanah Ahmad says
tak tahula nak komen apa, yg pasti tppa dah lulus
akubiomed says
Banyak sangat perkara besar berlaku didalam minggu sudah. Masih ada masa untuk melihat keberkesanan apa yang digariskan.
Zik says
kebanyakannya repeat jer… cuma yang nampak ketara ialah 3% dalam kswp .. itupun nampak lebih menguntungkan pihak kerajaan
si bongkok says
No 1 sampai 4 WAJIB mereka2 tue buat sebab nak cuba ambil hati mereka2 macam pn raihanah… Ini pon belum jamni depa selamat PRU akan datang… sediakan pop corn dengan kacang putih sambil silang panggung…byk lagi ANGPAU akan diberikan… π –
Yang saya marah ada patut yang no 7 – bagi PATI PERMIT KERJA YANG SAH….ini negara sapa punya heh…ooo lupa PATI penting lebih2 lagi dah sign TPPA kan…
point no 8-11 benda yang diulang2 jek dari bajet2 sebelum ini..ayat jek kasik nampak baru… π
zik says
Bencana baru buat malaysia apabila dah sign TPPA nih
cik tom says
ciktom tak faham kenapa nak bagi permit sah pada PATI masuk dalam bajet untuk rakyat…kwsp pun dah turun 3%..rasanya tu langkah nak bagi aliran duit masuk lagi banyak..alih2 penyelesaiannya tetap terkena pada rakyat…
thn lps gst ckp byk menyumbang pendapatan negara..tapi tengok ekonomi makin teruk ada la..
si bongkok says
Takkan sampai nak masuk DUIT anak tirikan kita2 warganegara malaysia nie… π
GST sumbang pada ekonomi? Bukan GST sumbat bayar hutang heh…ops! π
Jangan risau…sebab pak menteri kan cakap….Malaysia masih aman…. π
Zik says
Sebab undi2x… gst pulak duit tuh jugak nak bayar gaji kakitangan awam… pening jadi menteri