Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Intipati revised budget 2016 di picc 28.1.2016

Intipati revised budget 2016 di picc 28.1.2016

Zik · Jan 28, 2016 · 10 Comments

Share this on WhatsApp

najib dan zahid hamidi, najib, zahid hamidi,Beberapa  perkara yang telah kerajaan umumkan sebentar tadi oleh YAB DAtuk Seri Najib tun Razak di PICC. Untuk info anda, berikut adalah 11 langkah penstukturan dan pengubahsuaian #BajetUntukRakyat.

  1. Kerajaan telah setuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016 sehingga Dis 2017. Namun begitu, caruman majikan kekal seperti biasa.
  2. Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2 ribu kepada pmbayar cukai individu berpendapatan RM8 ribu sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015. Walaupun Kerajan akan hilang hasil sebanyak RM350j namun ianya dpt beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475, manfaatkan 2 juta pembayar cukai dinegara kita.
  3. Bagi mengurangkan kos keperluan harian, kerajaan akan ,meliberalisasikan AP bagi prod pertanian yang terpilih termasuk biji kopi mentah, dan daging.

  • FAMA akn buka pasar belian terus hasil pertanian MyFarm Outlet yang jual barang makanan pada harga jualan 5-20% lebih rendah dari harga pasaran.
  • KPDNKK akan kenalpasti lebih banyak kedai2 jualan harga berpatutn seperti hypermarket. Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkn daripada 640 kepada 1 ribu .
  • KPDNKK akan tingkatkan penguatkuasaan dan akan mengambil tindakan ke atas peniaga tidak beretika yang ambil kesempatan kaut keuntungan berlipat ganda.
  • Untuk terus bela pesawah, kerajaan akan  menyediakan tambahan tunai RM50 bg setiap 1 tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi
  • Program MyBeras diperkenal. Setiap keluarga miskin tegar yg berdaftar akan dibekal dengan 20kg beras setiap bulan untuk kurangkan bebanan hidup.

4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah berharga hingga RM300k terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

  • Bagi Projek Perumahan Rakyat berharga RM35k, Kerajaan menerusi BSN & Bank Rakyat tawar pakej pembiayaan pada kadar 4% manfaatkan lebih 10k pemilik rumah.

5. Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakn untuk tingkatkan kompetensi & kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan kerja.

6 Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan & pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.

7. Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan iaitu kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing.
-Kerajaan laksana Prograh Penggajian & Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah

8. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan & perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.

9. Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek & program mndahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi & kandungan import rendah.

10. Institusi kewangan pembangunan & dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6b dlm sediakn pembiayaan kepada  PKS & sykt permulaan

11- Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan & golongan pekerja, akn dipantau EPU.

itu sahaja yang dapat disampaikan seringkas yang mungkin. So apa kata anda mengenai revised budget 2016 ini???

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Politik budget 2016, intipati revised budget 2016, penyusunan semula budget 2016, potongan kwsp dikurangkan 3%, revised budget 2016, ucapan penuh revised budget 2016

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. anah says

    January 28, 2016 at 4:15 pm

    tak tahu nak komen apa, sebab harapan kami adalah pak jib letak jawatan sebenarnya yg sehingga kini dia tak faham

    Reply
    • cik tom says

      January 29, 2016 at 8:54 pm

      bukan tak faham tue sis..buat2 tak faham..pe nak jadi la dgn malaysia skang ni…

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    January 28, 2016 at 4:15 pm

    tak tahula nak komen apa, yg pasti tppa dah lulus

    Reply
  3. akubiomed says

    January 28, 2016 at 5:21 pm

    Banyak sangat perkara besar berlaku didalam minggu sudah. Masih ada masa untuk melihat keberkesanan apa yang digariskan.

    Reply
    • Zik says

      February 1, 2016 at 7:02 pm

      kebanyakannya repeat jer… cuma yang nampak ketara ialah 3% dalam kswp .. itupun nampak lebih menguntungkan pihak kerajaan

      Reply
  4. si bongkok says

    January 29, 2016 at 8:53 pm

    No 1 sampai 4 WAJIB mereka2 tue buat sebab nak cuba ambil hati mereka2 macam pn raihanah… Ini pon belum jamni depa selamat PRU akan datang… sediakan pop corn dengan kacang putih sambil silang panggung…byk lagi ANGPAU akan diberikan… πŸ˜€ –

    Yang saya marah ada patut yang no 7 – bagi PATI PERMIT KERJA YANG SAH….ini negara sapa punya heh…ooo lupa PATI penting lebih2 lagi dah sign TPPA kan…

    point no 8-11 benda yang diulang2 jek dari bajet2 sebelum ini..ayat jek kasik nampak baru… πŸ™‚

    Reply
    • zik says

      February 1, 2016 at 2:29 pm

      Bencana baru buat malaysia apabila dah sign TPPA nih

      Reply
  5. cik tom says

    January 29, 2016 at 8:58 pm

    ciktom tak faham kenapa nak bagi permit sah pada PATI masuk dalam bajet untuk rakyat…kwsp pun dah turun 3%..rasanya tu langkah nak bagi aliran duit masuk lagi banyak..alih2 penyelesaiannya tetap terkena pada rakyat…

    thn lps gst ckp byk menyumbang pendapatan negara..tapi tengok ekonomi makin teruk ada la..

    Reply
    • si bongkok says

      January 30, 2016 at 11:28 pm

      Takkan sampai nak masuk DUIT anak tirikan kita2 warganegara malaysia nie… πŸ™‚

      GST sumbang pada ekonomi? Bukan GST sumbat bayar hutang heh…ops! πŸ˜€

      Jangan risau…sebab pak menteri kan cakap….Malaysia masih aman…. πŸ™‚

      Reply
      • Zik says

        January 31, 2016 at 8:41 pm

        Sebab undi2x… gst pulak duit tuh jugak nak bayar gaji kakitangan awam… pening jadi menteri

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.