Galaxy Tab bakal saingi iPad

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Sumber picture disini

Apple Ipad vs Galaxy Tab!

Nampaknya setelah komputer Apple Ipad, Iphone 4, yang baru sahaja dilancarkan tahun ini, kini terpaksa berdepan dengan pesaing terbaru dari Samsung Elektronik (Korea Selatan) , Galaxy tab yang dikatakan mempunyai fungsi dan saiz yang sedikit berbeza.

Eksekutif Telekom Eropah Samsung, Thomas Richter pada pameran kepenggunaan elektronik terbesar di dunia baru-baru ini, pada 2 septembar 2010, anjuran Pertunjukan Radio Berlin (IFA) di sini menyatakan, gajet tersebut menawarkan kemudahan sidang video bergerak dan perbualan video selain fungsi Bluetooth, Wi – Fi dan rangkaian telefon pintar 3G.

Apa fungsinya/kelebihan gadget ini?

Menurutnya Thomas Richter, komputer keping nipis itu seberat 380 gram dan dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada skrin telefon pintar iPhone tetapi kira-kira satu pertiga lebih kecil berbanding skrin iPad.

Preview Galaxy Tab.

Galaxy Tab didatangkan dengan sistem operasi Android 2.2 keluaran syarikat Google Inc. yang boleh membaca kod Protokol Alih Hiperteks 5 (HTML5) dan memainkan Adobe Flash Player tidak seperti iPad.

Gajet berkenaan akan membolehkan pengguna melayari Internet dan membuka e-mel sama seperti sebuah komputer biasa. Komputer keping Samsung Galaxy ini direka khas untuk membolehkan pengguna memaksimumkan pengalaman dalam talian mereka di mana sahaja mereka berada.

http://onlygizmos.com/content/2010/09/Samsung_GalaxyTab2.jpg

Cantik gambar dia. Fuh!!

Spec Samsung Galaxy Tab.

Paparan screen - 7” TFT capacitive touchscreen 16M colors
- 1024 x 600 pixels
Fungsi Screen (paparan) - TouchWiz UI
- Multi-touch
- Accelerometer sensor
- Proximity sensor
- Swype text input
Camera Kamera depan untuk video calling (3G)
Memory Mendukung/support microSD
Operating System Teknologi Android
Connectivity, interaksi - 3G (HSDPA), GPRS & EDGE
- Wi-Fi 802.11 b/g/n
- Bluetooth
- USB port
- 3.5 mm audio jack
Multimedia Players yang boleh support - Video: MP4/DivX/WMV/H.264/H.263
- Audio: MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC
Extras/Fungsi tambahan - Social networking integration
- Doc editor
- In-built Google products (Gmail, YouTube, Google Talk etc.)
- Adobe Flash support
Batteri Standard Li-Ion battery
Warna Hitam dan  warna Grey
Berapa di pasaran Akan release pada  Quarters ke 4 2010

[*] berdasarkan spec dan kemunginan ia berubah mengikut keadaan kepada final/latest version.

Berapa harganya?

Harga komputer itu akan bergantung kepada pembekal telekomunikasi dan ia bakal dipasarkan di Eropah pada bulan depan sebelum dijual di Amerika Syarikat (AS) serta Asia pada musim luruh ini. Kita tunggu dan lihat bagaimana harganya nanti ya!

Namun kemungkinan besar, gadget ini masih tak boleh digunakan 100% seperti Apple Ipad, di Malaysia rasanya sebab teknologi di malaysia pun masih lagi ditahap yang agak kureng, sekadar pendapat sahaja.

Sumber disini dan sini.

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Teknologi dan IT and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

40 Responses to Galaxy Tab bakal saingi iPad

  1. salwa says:

    salam.boleh guna tak printer canon. bagaimana nk install? cam na kt nak langgan talian internet dan berapa sebulan?

  2. salwa says:

    Adakah tab ni boleh digunakan untuk print?

  3. Sabahan Boy says:

    Harga ipad terkini berapa ya? agak2 saudara Zik berapa harga pasaran android ni? dan bila dijangka berada dalam pasaran?

    Tq :blush:

  4. suri says:

    dunia semakin moden.. manusia jer yang byk dah rosak akhlaknya.. :blush:

  5. botak says:

    alamak ade barang baru ni..baru ingt nak kumpul duit nak membeli ipad..dah ade pulak pesaingnya..pening kepala lank memilih mcm ni

  6. menarik… rasanya tahun depan kot masuk pasaran malaysia

  7. hyprobulksms says:

    Semua orang mampu angkat gadget ni, budak sekolah rendah pun mampu. Tiada halangan… ringan jer, kotak pensil lagi berat… angkat la.. silakan hehe.. :tongue:

  8. hafizmd says:

    adeh…senak jer mate aku tgk benda2 camni.. :biggrin:

  9. madlut says:

    syarikat malaysia bila nak bersaing eh? hehe

  10. actually bagi aku, ipad ke galaxy tab ke tak berbaloi untuk dibeli sebab kelebihan dia satu je berbanding laptop dan netbook iaitu touchscreen..jadi nak beli benda ni kena fikir dua tiga kali gak..

  11. Ali ridha says:

    harga Galaxy Tab ni murah lgi
    dari ipad.biase le nk bersaing.
    kena la aku kumpul duit dari skrng.

  12. syahrilhafiz says:

    kena ankat jugak nih..haha
    tak sanggup2…

  13. hyprobulksms says:

    Fuh!, kalau dah masuk Malaysia saya nak angkat la.. boleh bina kredibility ni.

  14. Ismail N says:

    Kalau bab2 men copy idea org, Samsung ni mmg pandai. Sure jual dgn harga lebih murah nih.. :D

  15. zezebel says:

    Ingat tadi ada galaxy tab ni free. Hehehehehe….
    Bila lah nak masuk Malaysia ni. kalau boleh guna untuk blog dan dibawah RM1k ni berbaloi juga beli. Hehehehehe….

  16. acapz says:

    harapn la aku nk beli bro. hahaa. papepon teknologi smkin berkmbng. jeles2 :P

  17. Dila.13 says:

    Baru-baru ni baru saya tahu apa tu iPad.. tak berminat sangat dengan gadget-gadget yang besar gedabak ni. saya minat yang kecil molek macam iPod Shuffle aje. hehehe..

  18. etomyam says:

    boleh la start kumpul duit dari sekarang ni hehe

  19. tehr says:

    agak la…
    kalau kumpul duit dari nuffnang… berapa tahunkah untuk dapat membelinya?
    hehehe

  20. bh says:

    macam2 la tech sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge