Maka dengan ini tamatlah sudah kempen Asia tour di malaysia setelah bertemu dengan arsenal dan liverpool. Agak terkilan dengan gol kontroversi Drogba sebentar tadi.
Keputusan Penuh Malaysia 0-1 Chelsea.
Jaringan Didie Drogba minit ke 80′
Gol kontroversi,Drogba sepatutnya tak gol!!!
Ini yang nak ditekankan terlebih dahulu. Sebenarnya bola itu diatas line. Sapa-sapa yang tengok (rujuk video yang akan diupload kemudian). Bola itu memang atas line maa. Apepun, mungkin linesman terlewat sedikit nak lari atau tak tahu nak cakap apa sebab tertidor ker apa.
Tapi mungkin pandangan dari tepi tuh, linesman nampak macam masuk. Keputusan adalah muktamad Kita harus terima dengan redha!!.
Keseluruhan perlawanan:
Memang malysia agak diasak hebat dari serangan yang bertubi tubi, seawal minit ke 2 pun hampir-hampir, namun penjaga gol yang cekap menyelamatkan keadaan.
Selain dari melihat chelsea bermain tidak ditahap optimum. Serangan yang mereka lakukan pun masih macam tak berapa nak menjadi sebenarnya. John terry, anelka, john mikel masih tidak dapat rentak pasukan yang mantap. Komunikasi mereka pun tak berapa nak ngam.
Apepun pujian buat penjaga gol Mohd Farizal Marias yang telah berjaya mempertahankan pintu gawang dari terus dibedil. Banyak percubaan yang merbahaya dari Chelsea sebenarnya, nasib baik semua serangan berjaya dipatahkan, kecuali sepakan percuma dari drogba yang kontroversi. Farizal yang pantas mengtahui gerak geri lawan, menyukarkan penyerang berbisa untuk membuat serangan seperti john mikel, terry torres, anelka dan yang lain-lain.
Malaysia terlepas 2 beberapa peluang keemasan.
Peluang yang hampir dapat oleh Thamil Arasu (kalau tak silap, salah tolong betulkan)pada minit-minit terakhir itu merupakan peluang yang jarang dpat, hantaran through pass yang kemas seharusnya memanfaatkan peluang itu. Cuma agak kelam kabut, atau agak gugup sepakan itu tersasar ke kiri.
Peluang keemasan!!
Apa yang perlu kita lihat dan belajar, dalam permainan kali ini, passing yang pantas, tekanan dari Chelsea yang agressif dan juga cara untuk clerance yang baik harus ada berjaya dipamerkan.
Highlight Separuh masa pertama:
Highlightseparuh masa kedua dan gol drogba(akan diupload kalau ada)
Walaupun begitu syabas diucapkan buat skuad kendalian Ong kim swee dan pemain senior dan juga pemain bawah 23. Gunakan pengalaman ini untuk menentang jepun bulan sembilan ini nanti.Kita focus kepada perlawanan hari sabtu ini menentang Singapura.
Majulah sukan untuk negara.
credit gol video to sokernet.com
Tidak kisah jaringan Drogbar yang penting skuad pilihan Malaysia bermain dengan baik. Tanniah kepada pertahana berjaya mengekang pergerakkan Chelsea. Jentera penyerang boleh tahan menyengat tetapi kita terpaksa menerima Chelsea mempunyai kelebihan fizikal berbanding Malaysia.
aku yakin kalu cmni la malaysia maen..xde masalah lawan jepun,syria ape sume nnt..
sayang tak dapat seri tapi memang ok la malaysia main malam ni
defend kental..
serangan jer masih lagi tumpul… agak gugup disitu..
defend sudah dapat belajar dari kesilapan… bangga juga walaupun kalah..
satu pencapaian yang membanggakan…
serius x gol do. haha. siot je linesman. yakin je gol.hahaha
linesman tidor…. huhu , ataupun dia terlambat … kalau ikut rules bola dah masuk 3/4 line pun belum dikira gol… huhu
aku yakin goal, sebab kick dia tu kuat kot sampai bola lantun keluar balik. btw perlawanan kali ni agak tak best bagi aku
banyak def bosan…
boo…xgol..2 la sbb aku xsokong chelsea..booo
pengadil 2 dia tgah tgok frank lampard yg hensem 2.ekeke~
boleh jadi… huhu
mujur 1 saja..hehehe kalau banyak lagi..maluuu maluu
sepatutnya seri…
kalau aku main..aku tackle torress, anelka, drogba..sampai diorang tension dengan aku. yang keeper baju putih tu pun aku nak tackle gak. haha..
semua nk ditackle..huhu
kalah ke menang, sy tetap sokong Harimau Malaya!!
teruskan menyokong pasukan kita….
dah nasib kita kalah… tapi ok gak tu.. kalah bermaruah.. x malu sangat nanti π
boleh seri tuh….
Rasanya, Chelsea sgt kepanasan. Mana nak jaga peluh mereka dgn nak sepak bola… huhuhuhu
Baru main dlm 10minit peluh dah berjurai2… hehehe
biasalah kalau dah main bola…. tapi bab peluh tuh mungkin juga…
ok la main..