Tahniah-tahniah, buat the blues army team!!.
Perlawanan yang sengit pada malam tadi. Setelah debaran keputusan perlawanan diantara sime darby bertemu kelantan di pentas final piala fa sudahpun berakhir(milik pasukan kelantan FA).
Keputusan penuh :
CHELSEA [1] BAYERN MUNICH [1] ,
Jaringan ( thomas muller 43′,drogba 88′)
57% Ball possision 43%
Chelsea menang penalti 4-3.
Chelsea akhirnya menjadi juara UEFA Champions League (Liga Juara-Juara Eropah) bagi tahun 2012 setelah mengalahkan Bayern Munich di Allienz Arena, menerusi penentuan sepakan penalti, 4-3. Kalau dilihat secara mata kasar, perlawanan tampak memang dikuasai oleh Bayern Munich namun Bayern gagal menyempurnakan peluang yang ada. Peluang penalti pun tak gol!! Aku pun dah mengantuk tengok epik games malam tadi. Tertunggu-tunggu aku bila nak gol daa???
Bayern Munich mendahului 1 gol, 10 minit terakhir.
Pada waktu itu, penyokong The blues terdiam seketika!!! Ketika Thomas Muller meledakkan gol pendahuluan untuk Bayern pada minit 83. Tak tahulah masa nih, macam masih kabur-kabur jer harapan chelsea.
Tandukkan thomas muller yang melantun-lantun mengelirukan peter chec membuat perhitungan.
Chelsea bangkit di minit-minit terakhir!!
Nasib baikllah didie drogba menjadi penyelamat sebelum habis masa (lagi 2 minit) mengejutkan Bayern menerusi tandukan Didier Drogba pada minit 88. Sehinggalah wisel penamat masa permainan dibunyikan kedudukan terikat 1-1 untuk dibawa ke masa tambahan.
Jaringan hasil dari tandukan didie drogba menyamakan kedudukan 1-1!!!
Masa tambahan. (didie drogba punca!)
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Peluang terbaik untuk Bayern hadir apabila memperoleh sepakan penalti, namun sepakan Arjen Robben diselamatkan oleh Petr Cech. (Tengok video penalty gol arjen robben di sokernet.com) tapi aku tengok macam tak kasar dan kena pun!! Takpelah, janji tak gol dan keputusan pengadil aku kena hormati. Ini membuktikan peter cech memang cool!! Masa tambahan tamat. Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti.
Tak gollah pulak arjen robben bukan calang-calang player, (the orange team, aku minat jugak dia nih).
Penentuan melalui sepakan penalti.
Serius, kalau dah sampai penalti, debaran memang terasa. Kalau dah jadi penonton pun dah nervous, apatah lagi pemain!! Sepakan pertama oleh Philip Lahm masuk. Seterusnya Mata mengambil sepakan pertama untuk Chelsea namun percubaannya diselamatkan Neuer. Mario Gomez menyempurnakan sepakan penalti kedua. David Luiz merapatkan jurang dengan menewaskan Neuer. Neuer sendiri mengambil sepakan ketiga dan berjaya kalahkan Cech untuk 3-1.
Didie drogba dan peter cech, wira CHELSEA~!!
Lampard meletakkan kedudukan 3-2 dan sepakan Ivica Olic berjaya diselamatkan. Ashley Cole menyamakan kedudukan, 3-3. Sepakan Schweinsteiger gagal disempurnakan dan beliau gagal. Didier Drogba menjaringkan penalti keempat untuk Chelsea dilihat sebagai penentuan, dan Chelsea menang 4-3.
Saat manis ketika menjulang piala !!!
Suka duka perjuangan chelsea !!!
Buat fans lain jangan putus asa!!
Time nih aku baru perasan si torres.
Wahhhh EURO 2012 pulak.
Ok bro, tamat sudah saingan liga -liga utama Eropah. Kebanyakan juara dimiliki pasukan baru bukan juara bertahan. Buat sementara ini, kita tutup cerita EPL, LA LIGA, BUDNDESLIGA. kita buka cite musim baru. Next, Euro 3 minggu dari sekarang!!!Semoga berjaya buat semua pasukan yang bertanding. Buat Kaki Bola. Sila buat persiapan secukupnya ” Berjaga Malam, tak cukup tido”. Aku tak tengok la kot. Final jerla, itupun tengok tarikh jugak.
Jom tengok video goal penentuan penalti:
Bagitahu, kalau video tak boleh bukak.
Jemput baca entri lelaki kacak yang sempoi, tanda sokongan ada kepada the blues team!! Berapa like fb diperlukan untuk pasukan the blues team anda???
akubiomed says
Tandukan Drogba bak peluru menerjam gawang gol Bayern Munich semalam. Petr Cech menyelamatkan sepakan penalti Arjen Robben.
suri says
bangga pasauka dia menang tu heee
puteramalam says
tahniah pasukan chelsea menjadi juara,,,,
tehr says
dah lama mengidam
dapat juga akhirnya
tahniah kepada semua peminat the blues
Jebeng Otai™ says
tahniah chelsea.. 🙂
sjiehan says
hahahaha
puas hati aku chelsea menanggg!!!
oyeah!!
tengkorak emas says
tahniah buat chelsea, drogba dgn cech memg wirala,
olic xmasuk haha..(dia nila yg memusnahkan harapan MU dulu..)
suri says
tahniah pd yang menag yg kalah jgn bersedih
ejoncb says
Biru..biru.. hehehe..Kira Drogba mcm hero lah game ni ye..hahaha.. tak sempat tgk sampai abes, dh mengntuk ttdo terus..huhu
Razlan says
Chelsea memang the best
titan says
banyak kali aku ulang tengok penalti tu. haha..
Fadzmie says
Masa tengok penalti shootout tu memang berdebar habis. Bila dah menang, serius rasa nak menangis. Haha.
ProfHariz says
Bagi aku. peter cech memang keeper terbaik !
ProfHariz says
Game chelsea aku tak minat sangat. Position manjang nak defence je. Bayern banyak peluang sia-siakan
farisBlogger says
bayern aku kalah…sedih woiii……..
FarisBlogger says
sedih bayern kalah