
Tempe merupakan makanan tradisonal, yang popular di johor. Namun begitu, tak tahulah dinegeri lain? Mungkin ada yang kenal, mungkin juga ada yang tak pernah nampak apa benda tuh?? Tapi sekarang ini, tempe mustahil orang tak tahu apa benda agaknya.
Tembusi pasaran international.
Ya, banyak tempe sudah dipasarkan ke luar negara, ia tersenarai dalam 29 produk dalam bantuan oleh bank SME. Selain itu juga, permintaan yang tinggi dan bukan sahaja enak dimakan, tetapi kerana kandungan protein yang bagus untuk kesihatan. Yang menjadikan ia beza cuma dari segi pembungkusan yang kreatif dan kedap udara berbanding di malaysia, kalau di kampung-kampung pembungkusan daun pisang menjadi pilihan.
Cara-cara untuk membuat tempe:
Ikuti langkah dibawah ini,
- Biji kedelai (biji soya) yang telah dipilih/dibersihkan dari kotoran, dicuci dengan air sumur yang bersih selama 1 jam.
- Apabila sudah pasti ia bersih, kedelai ini direbus dalam air selama 2 jam.
- Kedelai kemudian direndam 12 jam di dalam air panas/hangat bekas air perebusan supaya kedelai mengembang.
- Selepas itu pula, kedelai direndam dalam air sejuk selama 12 jam.
- Setelah 24 jam direndam seperti pada step 3 dan 4 di atas, kedelai dicuci dan dikupas kulitnya.
- Setelah dikupas, kedelai direbus untuk membunuh bakteria yang kemungkinan akan membiak selama dalam proses perendaman.
- Kedelai diambil dari dandang, diletakkan di atas tampah dan diratakan tipis-tipis. Selanjutnya, kedelai dibiarkan dingin sampai permukaan keping kedelai kering dan airnya menetes habis.
- Sesudah itu, kedelai dicampur dengan laru (yis 2%) guna mempercepat/merangsang pertumbuhan jamur. Proses mencampur kedelai dengan yis memakan waktu sekitar 20 menit. Tahap peragian (fermentasi) proses menyalai/penapaian adalah tahap penentu keberkesanan dalam membuat tempe kedelai.
- Bila campuran bahan fermentasi kedelai sudah sebati, campuran tersebut dicetak pada loyang atau cetakan kayu dengan lapisan plastik atau daun yang akhirnya dipakai sebagai pembungkus. Sebelum itu, plastik dilubangi/ditusuk-tusuk. Tujuannya ialah untuk memberi udara supaya jamur yang tumbuh berwarna putih. Proses percetakan/pembungkus memakan waktu 3 jam. Daun yang biasanya buat pembungkus adalah daun pisang atau daun jati. Ada yang berpendapat rasa tempe yang dibungkus plastik menjadi “kureng” dan tempe lebih mudah busuk (dibandingkan dengan tempe yang dibungkus daun).
- Campuran kedelai yang telah dicetak dan diratakan permukaannya dihamparkan di atas rak dan kemudian ditutup selama 24 jam.
- Setelah 24 jam, tutup dibuka dan campuran kedelai didinginkan/diangin-anginkan selama 24 jam lagi. Setelah itu, campuran kedelai telah menjadi tempe siap jual.
- Untuk lebih tahan lama, tempe yang akan dihantar menjadi produk eksport dapat dibekukan dan dikirim ke luar negeri di dalam peti sejuk.

Ringkasan pembuatan tempe.
Atau anda ingin melihat pembuatan tempe melalui video version dari seberang indonesia:
Selamat mencuba!
Akan datang, khasiat dan resepi-resepi tempe.
Sumber hmktim.blog roslymultiply

makasi atas infonya,,,,,
furniture-jati recently posted..kursi tamu minimalis ducan
Pingback: khasiat tempe, dalam seharian. | Zikri Husaini
wah tempe!! i llikeeee!! makanan faveret aku neh, goreng ranggup cecah pulak dengan kicap sambal perghhhh telioq wehh!!
ranggup tuh memang sedap beb..lagi2 panas ….
seriously, mula-mula aku makan tempe tu macam tak best je…lepas beberapa kali makan, rasa sedap pulak…haha, sekarang boleh dikatakan setiap kali makan tengahati ataupun malam wajib ada tempe~

SyafzMagz recently posted..Senarai Sembilan Sekolah Berprestasi Tinggi
samalh aku masa kecik2… tak suka.. tapi bila dah besar.. makanan feveret lah pulak…
Ehem…. hujan2 neh makan tempe panas2 sedapnyer! Pastikan kena goreng betul2 tempe baru lazat dimakan. Hehehe
kalau tak.. rasanya memang lain macam… erk…
tempe adalah makanan rasmi keluarga saye.
*bangga.
haha.

cik azeya recently posted..Siapa nak suruh aku review blog beliau Tapi dengan satu syarat -
hehe bagusnya…
Aku bab2 tempe ni cuma goreng jer…yg len2 tu kureng sikit…:)
yas recently posted..Cerita sedih mangsa tanah runtuh
goreng tuh dah senang sikit kan kerjanya…hehe
masa yg diambil agak lamer jugak..
berhari2 jugak tue..
ya memang betul… take a time to do this tempe… hasilnya memuaskan… huhu
tempe buat goreng bagus gak…bubu ikan bilis..cili gorang2 sama bawang merah dan putih sedap gak tuh makan bersama nasi putih
terus buat aku rindu nak makan tempe..ish2…
btw ko orang jawa ke zik..hehe

fendidahada recently posted..Facebook dan Kehidupan
jowo totok…
tempe goreng..mmg sgt sedap..
tp org kata..kalo wat tempe ni ikut org juga kan..kalo ati x tenang atau sumthing wrong sumwhere…tempe tu xkan menjadi..kiranya ada pntang larang gak la
erk.. lebih kurang jer dia punya pantang larang, kalau kita masak apa2 resepi…
tempe ni feberet aku. tempe goreng cicah ngan sambal kicap, best sampai menjilat jari.
yeah betul tuh….
wah,nizam tak makan tempe…hehehe..

tak tahu kenapa…
nizam recently posted..Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Malaysia
rugi2..kena belajar makan tempe nih..hehe
Pingback: Cara pembuatan tempe secara tradisional « news@yoys
Terus terang saya ini pengemar tempe.
akubiomed recently posted..Masih adakah hari esok untuk aku
tempe sana mahal tak>>
aku pernah gak makan sekali dua

aku reti makan budu je
tehr recently posted..Gelanggang Perlawanan Akhir Piala FA Kelantan Terengganu
Bud pernah juga makan..tapi kena ada lawannya….
saya jarang makan tempe. Kalau makan pun sekali sekala je baru dapat makan. mungkin kat tempat saya tak berapa popular sangat kot tempe ni..
kat kelate ker??
anak-anak kecil saya memanggil tempe


ini dengan gelaran sayur sponge bob..
zulkbo recently posted..Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat 21- Mei -2011 – Video Dan Gambar
pelik namanya… takpe janji sedap dimakan..
salam..


aduh wak..
kegemaran ku nih..
zulkbo recently posted..Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat 21- Mei -2011 – Video Dan Gambar
Besarnya tempe dia buat. Macam roti dah main potong macam tu. Puas makan. Hehe.
itu belum dipotong lagi…
tempe ni kalau masak sambal goreng ikan bilis mau 3 pinggang aku makan, hoho
mijie recently posted..Hasil yang tak seberapa
itu feveret aku jugak tuh bro mijie..
Kat pasar malam subang ada org jual, tapi jai memang x pernah beli dan makan pun.. sedap ke?
decrewz recently posted..Bandwidth Limit Exceeded Kerana Temuduga MEdSI 2011
sedap bro… cubalah bro… huhu
Tempe popular di kawasan ramai penduduk keturunan Jawa termasuk di Selangor.
p/s: Mak saya orang Jawa Perak dan saya suka makan tempe
muhammad fakhruddin recently posted..Bagaimana A Fuadi Menulis
itu sudah bagus2… boleh speak jawa tak nie??
alright.. jap lagi kawe try buat tempe sendiri

Ismail N recently posted..Old Town White Coffee
dah siap belum?? hehe
owh..gini cranya membuat tempe..hehe..sy tak berapa suka tempe sbb rsa dia agak pelik kalau org tak pandai buat/masak..
adele recently posted..New Page- Gallery of Outstanding Photos
sah memang bukan keturunan jawa… keh2
oo, begitu rupanya cara tempe dihasilkan. Mekaseh berkongsi maklumat.
amirulfaiz recently posted..Pemampat Penghawa Dingin Air-cond compressor
terima kasih kembali…
pheewww tempe, nice2..
macam mudah je
syahrilhafiz recently posted..Blogspot Untuk Siapa
mudah kalau bahan dan barang dah sedia ada….
grrrr…..makanan feveret aku hahahahaa
irwanmiswan recently posted..aku dan alat muzik ku- aku budak nasyid>>oh tak percaya
tempe mbah… hehe