3 jenis tahap puasa

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini kita menyambut bulan puasa 1431 Hijrah /2010 Masihi. Hari ini ingin membicarakan tentang tahap-tahap puasa.

Ada terdapat 3 jenis tahap puasa.

Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan:

  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.

Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata:

Sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin.

Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di tahap ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai tahap ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap yang ketiga ini?

Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:

  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Penutup.

Dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus, al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja? Sekadar peringatan untuk diriku ini.

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

56 Responses to 3 jenis tahap puasa

  1. syukur says:

    syukran banyak2 saya memang tengah cari bahan ni pun;>

  2. samdaddycool says:

    Dapat sempurnakan puasa cukup sebulan di tahap satu tu dah cukup baik.. berbanding ponteng puasa. tapi harap-harap dapat berada dalam kelompok yang kedua, tahan mulut, percakapan dan juga tambah amal ibadah.

  3. ibnujusup says:

    harap puase tahunni paling cemerlang.amin..

  4. Pingback: Martabat dan Tahap Puasa. | YoycullendotcoM

  5. suri says:

    eh, kebetulan sama jwpan dg bro mancai heee

  6. suri says:

    semoga puasa kita akan diterima olehNYA..

  7. mancai says:

    semoga puasa kita semua diterima.. amin

  8. ishak says:

    takut gak tengok kategori tu..tapi..sememangnya kita berharap pada allah lah..kategori tu kita kategorikan sebagai panduan

  9. pawaka19 says:

    wah tahap ke-3 tu bukan calang2..kene rajin baca kitab..inilah peluang nak dapat pahala yg byk

  10. RasaHatiku says:

    Assalamualaikum.
    Berusaha mendapatkan yang terbaik.
    Selamat menjalani ibadah posa.
    TQ

  11. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera.

    Artikel yg bagus. Teruskan ;-)

  12. Wan says:

    puasa bukan tahan lapar ja
    yg penting mendidik hati

  13. Salam Kenal dariku, artikel menarik :D Sekalian mau bilang Met Puasa bagi yang puasa. Met sejahtera bagi yang gak njalanin. Semoga selamat & damai dimuka Bumi. Amin :D

  14. Blinkky says:

    Benda baru yang saya belajar hari ini =)

  15. elmO blurb says:

    bile la bole start puasa ~

  16. papabear says:

    bukan mudah nak puasa yg betul2 puasa eh?

  17. zezebel says:

    Uhuk2….
    Rasanya saya dapat puasa tahap satu jer kot. Kat tempat saya tiada tempat nak pegi Tarawih.

  18. nash says:

    puasa yg tahap pertama xsukar nak buat…
    tapi puasa tahap ke-2 tue aku selalu abaikan..bahaya tuh..
    ehehehhe…jangan tengok bende2 yang menambah dosa buat kita sudahlah..:)

  19. hafidz says:

    Insya’allah sama-sama kita hayati agar dapar berpuasa dengan jayanya :D

  20. fawzan says:

    Tak dapat tahap 3..tahap 2 pun dah ok …

  21. Dila.13 says:

    Zik, terima kasih atas peringatan ni.. Sama-samalah kita cuba yang terbaik untuk dapatkan puasa peringkat tertinggi dalam bulan Ramadan. Kalau tak dapat pun, semoga puasa kita diterima oleh-Nya :)

  22. bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan yang suci, Alhamdulillah

  23. ST says:

    erm… harap aku dapat buat yg terbaekk la dlm bulan posa nih .. huhu

  24. azizan4444 says:

    perkongsian menarik bro..harap puasa kita diterima..

  25. zulkbo says:

    salam…
    puasa tahap ke3 tu
    mmg susah nak mencapainya
    entahlah..moga Allah memberkati
    puasa kita..wallahualam

  26. nizam says:

    ?(¯`’•.¸(¯`’•.¸*??*¸.•’´¯)¸.•’ ´¯)?
    ??(¯`’•.¸(¯`’•.¸**¸.•’´¯)¸.•’´ ¯)??
    —-==–Ramadan Mubarak—==—-
    ???? ????? ?? ?????!! … ????? ????
    (_¸.•’´(_¸.•’´*????*`’•.¸_)`’• .¸_)
    ?(_¸.•’´(_¸.•’´*??*`’•.¸_)`’•. ¸_)?
    Salam ramadan Al Mubarak..
    buat pembaca blog kami
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
    Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

  27. Mr.Z says:

    harap2 puasa kita diterima olehNya..
    puasa tahap ketiga paling tough.. :)

  28. etomyam says:

    aku ni tak pasti masuk kategori mana hehehe, tapi sentiasa harapkan yang terbaik daripada Allah SWT hehehe :D

  29. cuz says:

    fuh..mmg ssh nk dpat thap ketiga ni..perlukan masa untuk mempraktikkannya..akan di cuba gak la ni..hari first mgkin tahap 1 lagi..

  30. zackpantai says:

    harap2 puasa kita diterima, dan bagi yang tidak puasa tu, letakkan azam untuk berpuasa di tahun ini.

  31. sufian says:

    baru start tadi, macam byk tahan haus je..panas terik…tak pasti lagi kategori mana :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge