Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahun ini kita menyambut bulan puasa 1431 Hijrah /2010 Masihi. Hari ini ingin membicarakan tentang tahap-tahap puasa.
Ada terdapat 3 jenis tahap puasa.
Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan:
- Puasa al-umum,
- Puasa al-khusus
- Puasa khusus al-khusus.
Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.
Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya. [Read more…] about 3 jenis tahap puasa