Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / 15 Tips berbelanja secara bijak

15 Tips berbelanja secara bijak

Zik · Nov 18, 2015 · 34 Comments

Share this on WhatsApp

budgeting, belanja, perbelanjaan,Bertemu lagi dalam rancangan bijak wang yang dah lama tak ke udara dalam zikrihusaini.com. Dulu memang ada bincangkan mengenai tips kawal perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Tetapi adakah anda benar-benar mempraktikkanya?? Sekadar bertanya jer.

Sebelum tuh juga, korang kena ingat mengenai 6 tips ketika membeli belah itupun salah satu tips yang telah aku kongsikan lima tahun yang lepas. Lama jugak tuh.

Kenapa perlu berbelanja dengan bijak?? 

Ini bertujuan menggalakkan rakyat yang berbelanja bagi merancakkan kegiatan ekonomi yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara. Sudah tentulah ramai pengguna yang mengambil kesempatan ini untuk berbelanja dan menikmati tawaran-tawaran harga yang menarik daripada setiap peniaga. Tambahan pula dengan keadaan sekarang kita generasi yang terpaksa menempuh dengan GST sedikit mencabar.

Bagaimanapun, dalam keseronokkan kita berbelanja, pengguna perlu ingat akan kemampuan masing-masing dan perlulah bertindak sebagai pengguna yang bijak dalam pasaran. Berikut dinyatakan beberapa panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja;

Jom kita tengok apakah 15 tips mudah ini.

  1. Sentiasa menyediakan (list) senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya. Kalau tak follow, memang dah lari budget lah jawabnya. Huhu
  2. Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
  3. Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli. Kena rajin buat perbandingan, mungkin masa membeli belah kita akan banyak terbuang. Tetapi ini ialah hasilnya kita yang akan tentukan melalui resitnya nanti tuh ha.
  4. Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli. Bawak duit cukup-cukup jer. Elakkan bawak budak-budak nih kang nak beli jajanlah, beli mainanlah. Tak salah, tetapi sediakan budget untuk anak-anak dalam list jajan.
  5. Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
  6. Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
  7. Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda. Handphone pun dah ada kakulater sekarang nih. Jangan bawak kakulator scientific sudah.
  8. Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
  9. Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
  10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan. Bila ada time diskaun itulah yang paling sesuai untuk kita membeli belah.
  11. Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai. Semua tuh on cost, kena ambil kira. Melainkan kita nih peniaga, memang setiap hari pergi ke pasar membeli barang basah, dapur untuk kegunaan harian.
  12. Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap “branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia.
  13. Jangan terpengaruh dengan iklan. Biasa yang terpengaruh nih budak-budak jer. Kita selaku mak bapak kena mainkan peranan juga. Sukar untuk mendidik anak-anak nih.
  14. Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang. Bukan tak boleh, boleh bagi barang yang kita ras urgent boleh beli. Tetapi sebolehnya jangan cari penyakit. huhu
  15. Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya. Itu semua kita sudah sedia maklum.

So itulah dia 15 tips mudah panduan apabila berbelanja yang boleh kita ambil kira.

Share this on WhatsApp

Ekonomi bagaimana menjadi pengguna yang bijak bestari, cara berbelanja dengan bijak, cara mengawal perbelanjaan harian kita, tips belanja, tips bijak berbelajnja, tips jadi pengguna bijak, tips kewangan, tips pengguna bijak

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. musadun says

    November 19, 2015 at 12:46 am

    kalau reti bajet.. tak mustahil pertengahan bulan, masih berduit..

    Reply
    • zik says

      November 20, 2015 at 5:47 pm

      yer mungkin kalau kita benar2 buat budget plan…

      Reply
  2. mrhanafi says

    November 19, 2015 at 6:33 am

    yang penting berbelanja ikut keperluan dan bukannya kehendak..

    Reply
    • zik says

      November 20, 2015 at 5:44 pm

      keperluan tuh penting… kalau tak nanti pergi beli barang lain yang kurang penting.. dah lari budget ..

      Reply
      • mrhanafi says

        November 21, 2015 at 6:50 am

        cara paling selamat..bawa sekali senarai barang dan ikut satu persatu

        Reply
  3. Sani says

    November 19, 2015 at 7:21 am

    Zaman gawat dan gst ni memang kena pandai dan bijak berbelanja. Kalau tidak akan berlaku banyak ketirisan pada poket kita..

    Reply
    • zik says

      November 20, 2015 at 5:19 pm

      mahu tak mahu kita kena audit perbelanjaan kita… huhu

      Reply
  4. akubiomed says

    November 19, 2015 at 3:02 pm

    Zaman sekarang bukan sahaja perlu merancang perbelanjaan dan juga perlu menambahkan pendapatan dengan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.

    Reply
    • zik says

      November 20, 2015 at 5:18 pm

      setuju… kena pelbagailkan pendapatan lagi… online boleh, offline pun ok jugak

      Reply
  5. suri says

    November 20, 2015 at 1:44 pm

    kalaulah kita pandai kawal budget kita seorang bijak pada masa hadapan

    Reply
    • Zik says

      November 20, 2015 at 7:12 pm

      boleh jadi setanding warren buffet

      Reply
  6. si bongkok says

    November 20, 2015 at 3:36 pm

    Betul laa tue kita kena kawal perbelanjaan…kalo tak alamatnya samaa laa macam nasib MASDO dalam citer do re mi tue…

    Hari2 makan tulang jekk…boleh gak buat sup…. πŸ˜€

    Reply
    • zik says

      November 20, 2015 at 5:17 pm

      tulang sup korban ada lagi.,hehe

      Reply
  7. Noriza Rahman says

    November 20, 2015 at 8:10 pm

    Sekarang ni buat sales apa pun tutup ja mata sebab bukan keperluan pun.Baik simpan duit dari boros berbelanja

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 11:43 am

      sekarang banyak benda yang lagi penting… tak macam dulu.. macam terlebih2 duit pulak..hehe

      Reply
  8. Admin says

    November 21, 2015 at 12:03 am

    kalau tak rancang nanti berbelanja sesuka hati la jawabnya πŸ™‚

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 11:44 am

      setuju… sebab tuh kena plan awal2

      Reply
  9. bukharimalek says

    November 21, 2015 at 10:55 am

    no 2 dengan no 6 tu sangat win. hahahha
    no 14 tu sangat setuju.. tak payah pakai kad kredit.. hutang2 ni susah hidup

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 11:59 am

      kad kredit boleh jadi menguntungkan kalau kita betul2 pandai guna dan tepat pada masanya… jadi parah bila kita guna tanpa fikir panjang..

      Reply
  10. Sani says

    November 21, 2015 at 6:39 pm

    Belanja jangan ikut nafsu sangat. Kalau nak pergi shopping makan dulu, barulah kita tak ghairah sangat untuk berbelanja.

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 11:59 am

      setuju tuh bro.. hehe

      Reply
  11. Uncle Zuan says

    November 22, 2015 at 12:31 pm

    hehe saya selalu kalah bab ni, tapi kalah sebab suka beli model mainan je. lain2 boleh kawal πŸ™‚

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 12:01 pm

      kalau ada budget untuk beli model mainan nih takda masalah sebenarnya.. hehe

      Reply
  12. Delima Madu says

    November 23, 2015 at 2:31 am

    Sejak ada cukai GST ni, segala perbelanjaan kena pantau dan beli barang yang perlu sahaja. Kena jimat supaya tiada kebocoran wang..boleh pening kepala kalau duit xde πŸ™‚

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 12:02 pm

      pening kepala campur , kepala ligat fikir alternatif pendapatan yang lain

      Reply
  13. suri says

    November 24, 2015 at 1:14 pm

    sekarang banyak kena catu mulai detik ini kena pandai berjimat cermat huhu..

    Reply
    • zik says

      November 25, 2015 at 12:44 pm

      zaman jimat cermat… nak kena pandai uruskan wang.. huhu

      Reply
  14. Media Sensasi says

    November 24, 2015 at 5:24 pm

    Selalunye perempuan la yang over shopping.. jangan marah ye

    Reply
  15. Wan Zawawi says

    November 25, 2015 at 12:27 am

    Terbaik 15 tips untuk berbelanja secara bijak ni, sambil berbelanja kita kena la ada sedikti simpanan untuk kegunaan pada kemudian hari dan waktu kecemasan

    Reply
    • mrhanafi says

      November 26, 2015 at 6:39 am

      kalau nak simpan duit perlukan bajet yang lebih agresif

      Reply
  16. kimmie says

    November 26, 2015 at 7:54 am

    sebelum berbelanja memang perlu buat list barang apa yg perlu dibeli. kalau pergi je tanpa ada list, memang akan terbabas, barang yg tidak perlu pun dibeli. Menyesal dikemudian hari sudah tidak berguna lagi πŸ™‚

    Reply
  17. titan says

    November 26, 2015 at 9:01 am

    ya, bijak-bijak la berbelanja.

    dan juga bijak-bijak menyimpan dan berjimat.

    Reply
  18. Azeri says

    September 1, 2016 at 11:18 am

    Saya pernah terbaca satu lagi tip untuk berbelanja. Dah tak ingat blog mana. Dia bagi tau sebelum berbelanja, isi perut dulu. Jangan biarkan perut anak, isteri kita lapar ketika nak membeli belah. Biasalah kalau dah lapar kan…

    Reply
    • Zik says

      February 3, 2019 at 12:42 pm

      memang ada bro.. sebab semua tuh nafsu..haha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.