Zikir munajat tanda ingatan hambanya kepada penciptanya Allah, memohon ampun dosa-dosa yang telah dilakukan ketika waktu tenang, hening malam dan terasa hati ini dekat kepada penciptaNya. Apa yang ingin disampaikan ialah mengenai berzikirlah selagi tidak sibuk dengan urusan duniawi.
Bila waktu yang sesuai?
Zikir munajat atau zikir harian ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Selalunya kita baca? semasa qiamullail. Baca sorang2 pun boleh, tapi kalau baca ramai-ramai dapat merasai kekuatannya dan rasa seronok.
Menganggap kecil dan meremehkan pekerjaan berzikrullah ini bermakna samalah menganggap kecil dan meremehkan Al Quran dan hadis dan kalau memperlekeh serta menolak pekerjaan berzikir ini samalah jua memperlekeh dan menolak Al Quran. Jadi apa rasionalnya kita memperjuangkan Islam pada satu sudut dan menolak seruan Al Quran pada sudut yang positif.
Allah berfirman yang maksudnya:
“Zikrullah itu adalah pekerjaan yang agong (AKBAR)” .surah Al ankabut, ayat 45.
Sudah jelas Allah meletakkan pekerjaan zikir kepada Allah itu adalah pekerjaan yang Akbar. Bermaksud Allah mengangkat darjat pekerjaan zikrullah ini menyamai sifatnya yang Akbar, kerana orang yang berzikir itu tak selain dari mengAKBARkan zat Allah Taala. Jadi orang yang mengajak kepada zikrullah sebenarnya mengajak orang kepada perjuangan yang akbar dan orang yang mengerjakan zikrullah itu pula adalah sebenarnya mengerjakan kerja yang Akbar.
Allah berfirman yang maksudnya:
“Maka ingatlah aku (dengan berzikir kepada ku) nescaya aku akan mengingati kamu”. (Al Baqarah: 152)
Firman Allah lagi:
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka ingatilah Allah dalam keadaan kamu berdiri, duduk dan ketika kamu berbaring”. (An Nisa’: 103).
Berzikirlah kita selepas sembahyang, apa salahnya kita beri masa untuk menenangkan fikiran, berzikir , berfikir, menyelesali apa yang telah kita lakukan sepanjang hari ini. Apakah ianya memberi manfaat kepada diri sendiri dan rakan-rakan? Masih belum terlambat untuk aku dan kita semua lakukannya.
Sumber blog tibbiqulub
insya allah
sama2lah kita ambil faedah daripadanya
insyallah.. moga2 ia memberi satu keinsafan.. buat kita semuanya..
salam jumaat..
lembutkan hati dengan berzikir.. hati akan rasa lapang 🙂
Lapang sikit hati ini mendengar alunan zikir dan istighfar sambil surf internet.
nice entri dihari jumaat
amin 2x moga ia memberi keberkatan..
Di kampung kerap ada majlis tahlil dan majlis doa selamat. Kalau ada keramaian dan dekat bukan bulan puasa ada sahaja aktiviti ini. Sampai tidak menang tuan rumah dengan kehadiran jiran tetangga.
Cuma agak menyedihkan aktiviti ini agak kurang berlaku di bandar
dibandar2 jarang ada …. ada tapi tak semua tempat…
Terima kasih atas perkongsian ni Zik 🙂
terima kasih kembali…
basahi bibirmu dengan zikrullah..
tanda kita ingat kepada penciptaNya..
Hati terasa tenang, dengan zikrullah.
ketenangan yang hanya ada pada diri masing2..
thanks zik atas perkongsian bermanfaat..untuk aku sebagai manusia yang selalu alpa dan jarang berzikir..lepas solat je yang salu dok amal..tu pun sekejap2
berusaha untuk ke arah… kebaikan itupun sudah cukup bagus.. apatah lagi mengajak rakan2 bersama-sama mencari ketenangan yang abadi…
jika dulu memang aku selalu berzikir
selepas solat sahaja….kini bila seorang
diri tanpa buat apa.berzikir la aku menunggu
bas atau masuk ke kelas.
itu sudah bagus… syukur2…
Alhamdulillah….zikir memang sangat menenangkan jiwa….=)
dosa2 terampun…
Zikir dapat menenangkan jiwa…tatkala marah,berzikirlah.akan ada keajaiban.
salah satu cara untuk hilangkan kemarahan…
zikir…ringkas dan mudah tapi susah nak diucap kalau tak biasa amalkan. harapnya kita sama2 ringan2kan mulut dan hati untuk berzikir. amin
amalan yang paling mudah dan ringkas…
Salam Zik.
Terima kasih kerena berkongsi Zikir yang ada….
terima kasih kembali… diantara zikir yang paling mudah…
terima kasih atas perkongsian
perkongsian yang mudah… cuma menjadi susah, untuk diamalkan bagi yang jarang lakukan…
sama-samalah kita amalkan zikir
Insyallah selagi diberi kesempatan dan kesihatan…