Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Wany Hasrita bintang paling popular ke 31 2017 !!

Wany Hasrita bintang paling popular ke 31 2017 !!

Zik · Oct 8, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

anugerah bintang popular berita harian 2017/18, abph 31,

TaHNIAH KEPADA WANY HASRITA yang dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2017 edisi 31. Menewaskan pencabar terdekat nama-nama besar di , Neelofa, Khai Bahar, Fattah Amin, Fazura, dan ZUl Ariffin semua ramai fans tuh.

PUTRAJAYA: Imej bersih dan bebas kontroversi, selain mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan menjadi antara faktor tarikan yang menjulang penyanyi, Wany Hasrita sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, sebentar tadi.

wany hasrita,

Pelantun lagu rintihan rindi ini Meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan 2,052,997, Wany, 25, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya, Khai Bahar, selain menghampakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Yang turut memberikan saingan bagi gelaran tertinggi pada acara kemuncak yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Emma Maembong dan Siti Nordiana. 

Kemenangan itu melayakkan Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 berserta trofi.

Terdahulu, Wany mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular, menghampakan pemenang edisi lalu, Siti Nordiana yang memberikan saingan sengit untuk membuktikan pengaruhnya di mata peminat.

Sementara itu, Khai tetap cemerlang apabila mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular, selain Fattah yang kembali diangkat peminat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, mengetepikan pencabar terdekatnya, Syafiq Kyle.

Bintang Tombiruo: Penunggu Rimba, Zul Ariffin pula mempertahankan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular,meninggalkan pencabarnya, Syamsul Yusof yang turut meraih undian selesa bagi kategori itu.

ABPBH 31 juga menyaksikan Neelofa buat kali kelima mengungguli trofi Pengacara TV Popular, menewaskan Mira Filzah dan Sherry Alhadad.

Neelofa juga menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori online, Artis Sensasi Popular.

Kegembiraan mereka turut dikongsi bersama Zizan Razak yang mempertahankan trofi Artis Komedi Popular, menghampakan Jep dan Mark Adam yang memberi saingan sengit bagi kategori itu.

Andai pada edisi lalu, Nur Fazura melangkah bergaya dengan trofi Pelakon Filem Wanita Popular, namun kali ini dia terpaksa akur dengan keampuhan Emma Maembong yang mengungguli kategori itu.

Isteri kepada Fattah itu bagaimanapun, tidak pulang hampa apabila mengetepikan pemenang tahun lalu, Janna Nick untuk membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Fazura turut menjadi pilihan peminat dalam kategori online apabila diangkat sebagai Pasangan Serasi Drama bersama suaminya, selain meraih trofi Pasangan Serasi Filem di samping gandingannya dalam J Revolusi, Zul Ariffin.

Sementara itu, Alif Satar yang menerima empat pencalonan dalam kategori utama ABPBH 31 menebus kekecewaannya tahun lalu apabila memenangi trofi Artis Versatil Popular.

Bapa kepada dua cahaya mata itu menghampakan pencabar terdekatnya, Azira Shafinaz dan Mira Filzah untuk kategori terbabit.

Yang turut cemerlang adalah Fendy Bakry yang memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular, manakala Farah Nabilah pula mara selesa sebagai Artis Baharu Wanita Popular dengan menghampakan Hannah Delisha.

Gandingan mantap Syamel dan Ernie Zakri pula menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, manakala penyampai Hot FM, Haziq mencipta kejutan apabila merampas trofi Penyampai Radio Popular daripada pemenang edisi lalu, Radin.

Untuk kategori online, dua bintang kanak-kanak menguasai kemenangan menerusi kejayaan Arif Jiwa sebagai Instafamous Cilik Popular, manakala Fatimah Omar Mukhlis (@theFamily.UK) meraih trofi Personaliti Media Sosial Popular.

Meskipun sudah dua dekad meninggalkan industri hiburan, keberkesanan dan kehebatannya beraksi di skrin televisyen serta layar lebar yang masih terpahat dalam ingatan ramai melayakkan bintang veteran, Noor Kumalasari untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Bintang yang pernah diangkat sebagai Model Of The Year 1978 itu melakar nama menerusi deretan filem hebat antaranya Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Bayangan Maut, selain turut dikenali sebagai penyanyi.

Noor, 62, yang digelar sebagai Bintang Air Mata pernah merakamkan 10 album solo dan popular menerusi lagu antaranya Mata, Lagu Dari Kamar, Hati Seorang Kekasih serta Pulang Di Hari Raya membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000 dan trofi.

SENARAI PEMENANG ABPBH 31

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Wany Hasrita

Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry

Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Alif Satar

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Fattah Amin & Nur Fazura

Gandingan Serasi Filem Popular: Zul Ariffin & Nur Fazura

Artis Sensasi Popular: Neelofa

Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa

Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis

Mengenai wany hasrita sebelum ABPBH 2017.

 

• Wany Hasrita mahu berjalan sendirian di karpet merah ABPBH 31

• Anggap kurang manis untuk hadir bersama lelaki selagi belum berkahwin

• Lebih jadi tumpuan andai muncul sendirian

• Pilih gaun sederhana serikan malam kemuncak

 Jika selebriti lain memilih ‘pasangan’ apabila menghadiri malam kemuncak anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, sebaliknya penyanyi cantik berusia 26 ini lebih selesa berjalan seorang diri.

Bagi Wany Hasrita, bukan sesuatu yang pelik apabila berjalan sendirian pada mana-mana acara anugerah yang dihadiri. Tahun lalu, dirinya turut memilih untuk berjalan sendirian pada acara karpet merah.

“Saya tidak kekok pun berjalan seorang diri. Oleh kerana saya belum berpasangan dan berkahwin, jadi lebih sesuai saya muncul bersendirian.

WANY Hasrita memilih untuk muncul sendirian pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31. – Foto Aziah Azmee

“Selagi belum disunting, saya rasa tidak manis berpasangan dengan lelaki bagi menghadiri mana-mana anugerah. Biarpun sekadar teman sesama artis, tetapi saya tidak selesa,” katanya.

Lagi pun, gadis kelahiran Cheras, Kuala Lumpur, itu berkata dia tidak mahu berkongsi tumpuan.

“Jika saya berjalan seorang diri, tumpuan terus ke arah saya dan tidak berkongsi dengan sesiapa. Ia lebih baik untuk mempromosikan dan menonjolkan diri,” katanya.

Bekas penuntut jurusan perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam itu berkata, dia memilih gaya sederhana dan ringkas untuk malam kemuncak ABPBH edisi ke-31.

“Saya memilih rekaan Altelia Amani untuk melaram pada malam kemuncak ABPBH. Saya suka rekaan yang mengikut kesesuaian badan.

WANY Hasrita memilih gaya sederhana dan ringkas untuk malam kemuncak ABPBH edisi ke-31. – Foto Aziah Azmee
WANY Hasrita memilih rekaan Altelia Amani untuk melaram pada malam kemuncak ABPBH. – Foto Aziah Azmee

“Gaun berwarna hitam menggunakan fabrik renda Perancis yang dibawa khas dari Itali. Rekaannya ringkas, tetapi masih mengikut tema Infiniti seperti yang ditetapkan. Renda yang dipilih menyerlahkan gaun hitam ini.

“Harganya, biarlah rahsia,” katanya sambil ketawa.

Pada ABPBH kali ini, Wany atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Tajul.

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment ajl 2017 senarai penuh lagu final ajl 2017, senarai penuh pemenang abpbh 2017, siapa juara bintang paling popular 31 2017, wany hasrita bintang paling popular 2017

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.