Dikala kita sedang kesempitan dalam zaman pemerintahan ds najib. Terkejut dengan pelaksanaan gst 6 % dilihat menipiskan dompet aku ini. Perkara negatif mungkin akan timbul, tetapi kita harap ianya tidak berlaku dan tidak berpanjangan. Apepun , disini ingin berkongsi video yang mana seorang you-tuber dennis buat experiment saja dia jatuhkan wallet di ditengah jalan ketika dia berjalan-jalan. So dia nak tengok apa repons orang disekelilingnya.Sehinggalah dia jumpa seorang yang cacat kakinya. Dia sangka kan pemuda negro ini ambil duitnya dan menggunakan credit card dia. Tapi tengok macam dirancang jer nih. Biasalah orang barat nih, propa jer lebih. Huhu. Layan jerla
Memang susah nak jumpa orang yang jujur. Tapi sekarang ini, buat-buat jujur, buat buat tak salah apa tindakannya dibuat tak mahu pulak bertanggungjawab, seperti di negara lain jepun, korea, bila ada sesuatu yang berlaku, letak jawatan lah.
Kita jangan bagi contoh orang lainlah, diri sendiri jer dah cukup. Dalam satu hari berapa kali kita menipu. Erkkk…
adarain says
dompet negro lagi tebal dari dompet mat saleh. susah nak jumpa orang jujur macam dia. tak taulah nampak propa ke apa janji layan . hehe
suri says
nak cari jujur susahkan..tapi hanya kita sahaja yang tahu kita jenis ornag yang macam mana heee…
Hafizul says
Ohhh macam pedas jer artikel ni..hahaha.. Sehari.. Susah nak jumpa kejujuran… Kadang2 fikir pun ada betul gak..jujur pun salah.. tak jujur pun salah.. buat2 jujur lagi la…
titan says
ya.
memang susah sebenarnya nak jumpa.
bila dah jumpa..kekadang tak perasan pun sebenarnya orangnya kat depan mata. hoho..
Azwan says
Untuk sesuatu yang tak jujur itu terjadi, yang pertama perlu ada ialah motivasi. Apakah motivasi seseorang itu untuk melakukan satu kesalahan? Kesempitan hidupnya, tekanan psikologinya, ataupun unsur paksaan/ugutan luar. Kemudian, elemen kedua ialah peluang. Peluang untuk dia melakukan kesalahan. Terjumpa dompet di jalan, ditawarkan rasuah, diberi amanah. Elemen yang ketiga memainkan peranan penting, iaitu pertimbangan. Walaupun ada elemen pertama dan kedua, selagi pertimbangannya masih wajar dan berpaksi nilai yang baik, kesalahan tadi dapat dielakkan.