Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Video highlights Terengganu 4-0 Sabah liga super 29.8.2020

Video highlights Terengganu 4-0 Sabah liga super 29.8.2020

Zik · Aug 30, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

Pasukan terengganu boleh dikatakan kenduri gol pada perlawanan malam semalam. Semua memainkan peranan yang penting dalam perlawanan malam semalam.

Senarai Penjaring.

?? Dominique 12′
?? Sanjar Shaakhmedov 43′ 71′
?? Faris Ramli 81′

Pasukan Terenganu mendapatkan 3 mata berharga pada perlawanan malam ini. Kesungguhan yang ditampillkan oleh para pemain pada malam ini layak diberikan pujian! Saingan liga yang dilihat masih terbuka, diharapkan kita semakin mendapat keyakinan dari setiap perlawanan dan meningkatkan momentum untuk terus melangkah dengan lebih positif!

KUALA TERENGGANU: Tiada aksi persahabatan selain rehat terlalu lama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) adalah faktor utama skuad Sabah gagal menyaingi Terengganu FC (TFC) selepas kecundang 0-4 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Malah kekalahan terbesar musim ini menyaksikan skuad Tambadau perlu melakukan lebih banyak ‘kerja rumah’ sebelum bertemu Selangor pada aksi keenam Jumaat ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto menjelaskan kesilapan dilakukan anak buahnya yang terlalu memberi ruang kepada lawan turut mengundang kekalahan itu.

Namun jurulatih kelahiran Indonesia itu tidak mahu menyalahkan pemainnya 100 peratus, sebaliknya meminta anak buahnya menjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran berguna sebelum bertemu skuad Red Giants.

“Saya tidak boleh menyalahkan 100 peratus pemain kerana mereka juga sudah bekerja keras, lagipun pasukan tuan rumah bermain luar biasa dengan begitu berdisiplin di bahagian pertahanan dan efektif ketika menyerang.

“Namun begitu sebenarnya kami sudah merancang untuk menyekat penguasaan pasukan tuan rumah, tapi hanya pada 10 minit pertama perancangan kita berjaya, selebihnya selepas jaringan pertama lawan pemain sedikit goyah.

“Tapi memang kita akui sebelum liga bersambung semula, kita tidak mengadakan perlawanan persahabatan, malah ini adalah perlawanan pertama selepas lebih lima bulan berehat.

 

“Malah tiga daripada empat gol adalah kesilapan pemain sendiri sekali gus semangat pemain semakin menurun, tidak sabar, bermain corak hantaran jauh dan kerap kali hilang bola.

“Jadi kekalahan ini sudah tentu memberi pengajaran berguna kepada kami sebelum bertemu Selangor selepas ini dan sudah tentu saya lihat barisan pertahanan perlu diperbaiki lagi termasuk komunikasi antara pemain dan paling penting tidak melakukan kesilapan sendiri.

“Kita tahu setiap pasukan mempunyai kekuatannya yang tersendiri jika kita silap langkah lawan akan menggunakan peluang berkenaan,” katanya yang juga tidak mahu menyalahkan penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh sebaliknya yakin pemain itu akan bangkit mempamer prestasi terbaik.

Dominique Da Slyva yang seringkali melakukan trademark “Wakanda Forever” ketika meraikan gol, memakai topeng Black…

Dominique Da Slyva yang seringkali melakukan trademark “Wakanda Forever” ketika meraikan gol, memakai topeng Black Panthers bagi menghormati pemergian pelakon utama Black Panthers, Chadwick Boseman hari ini. Pemain ini menjaringkan 1 gol pada separuh masa pertama menentang Sabah.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan full video goal highlights 29 ogos 2020, terengganu 4-0 sabah 2020, video gol terengganu 4-0 sabah 29 ogos 2020, Video highlights Terengganu 4-0 Sabah liga super 29.8.2020

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.