Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Hoki / Video highlights Hoki MALAYSIA 8-1 BANGLADESH Piala Asia 26.5.2022

Video highlights Hoki MALAYSIA 8-1 BANGLADESH Piala Asia 26.5.2022

Zik · May 26, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia belasah bangladesh 8-1

Video highlights hoki Malaysia 8-1 Bangladesh

Kuala Lumpur: Skuad hoki senior negara mengekalkan rekod bersih pada saingan peringkat Kumpulan B, Piala Asia selepas membelasah Bangladesh 8-1 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Malaysian Tigers muncul juara Kumpulan B selepas turut meraih kemenangan 7-0 ke atas Oman pada perlawanan pertama dan mengatasi Korea Selatan 5-4 dalam perlawanan kedua.

Walaupun sudah mengesahkan tempat ke kelompok Super 4 yang membabitkan empat pasukan terbaik dengan format liga sepusingan selepas ini, anak buah Arul Selvaraj nyata tidak memberikan peluang kepada Bangladesh untuk melakar kemenangan buat kali pertama.

Malaysian Tigers dihadiahkan penalti stroke seawal minit ke-4 yang disudahkan dengan baik oleh Muhammad Razie Abd Rahim sebelum pakar pukulan sudut penalti negara itu menambah gol kedua minit ke-14.

Bagaimanapun Bangladesh yang dibimbing bekas pemain negara, Iman Gobinathan merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Ashraful Islam minit ke-21.

TAK BAGI PELUANG!!

Bintang skuad hoki negara, Faizal Saari kembali meletakkan Malaysia di kedudukan selesa apabila menjaringkan gol padang minit ke-24 sebelum Razie mencipta hatrik sekali gus gol keempat skuad negara hasil pukulan sudut penalti.

Bersambung babak kedua, Faizal yang juga pakar pukulan sudut penalti skuad negara, berjaya menambah gol kelima minit ke-31. Bangladesh cuba memperkemaskan rentak permainan selepas itu namun ia hanya bertahan selama 10 minit sebelum seorang lagi pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Najmi Farizal Jazlan menambah gol keenam minit ke-41.

Mendahului 6-1, skuad negara nyata tidak memberi belas ihsan kepada Bangladesh apabila Faizal menambah gol ketujuh hasil jaringan padang minit ke-46 sekali gus hatrik untuknya sebelum Mohamad Ashran Hamsani melengkapkan kemenangan bergaya Malaysian Tigers apabila menyumbang gol kelapan minit ke-60.

Untuk rekod, sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah naib juara pada 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.

Video highlights Penuh perlawanan hoki Malaysia 8-1 Bangladesh 26.5.2022

 

Share this on WhatsApp

Hoki, Sukan Video highlights Hoki MALAYSIA 8-1 BANGLADESH, Video highlights Hoki MALAYSIA 8-1 BANGLADESH Piala Asia 26.5.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.