Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / Video gol highlights Terengganu 2-3 Kedah piala malaysia 13.9.2019

Video gol highlights Terengganu 2-3 Kedah piala malaysia 13.9.2019

Zik · Sep 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Nampaknya pasukan terengganu dirundung malang lagi. Biarpun masih di tempat kedua dalam kumpulan A, namun dua kali kekalahan pasukan terengganu berturut-turut mengundang resah skuad  penyu. Apakah yang sudah terjadi.

Kedah layak ke suku akhir, TFC kena tunggu

KUALA TERENGGANU: Kedah layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-2 pada aksi kelima peringkat Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Manakala TFC yang mengumpul sembilan mata, satu mata di belakang Kedah terpaksa menunggu hingga perlawanan terakhir menentang PKNS pada 17 September ini sebelum mengesahkan kelayakan.

Kedah yang tewas 2-0 di tangan TFC pada aksi pusingan pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar, bermula garang apabila meledak gol pembukaan pada minit ketiga menerusi ayam tambatannya, Jonathan Bauman.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad kendalian Nafuzi Zain menggandakan asakan untuk memburu jaringan, namun tandukan Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-13 dapat dibaca penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim.

Pemain sayap TFC kelahiran Pendang, Kedah, Mohamad Nabil Ahmad Latpi hampir mencetak namanya sebagai penjaring, tetapi rembatan kencangnya dari luar kotak penalti terkena palang.

Debaran lebih 10,000 peminat setia skuad Penyu akhirnya terlerai apabila pengadil, Zulkifli Ahmad menghadiahkan penalti kepada TFC selepas Renan Alves mengasari Lee Tuck dan pemain berdarah campuran England-Malaysia itu menyempurnakan sepakan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Bagaimanapun jaringan itu tidak bertahan lama apabila pemain import Helang Merah kelahiran Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt berjaya memanfaatkan peluang terhidang dalam kotak penalti pada minit ke-36 dengan merembat masuk hantaran Farhan Roslan untuk mendahului 2-1.

Skuad Penyu sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi pemain gantian, Malik Mat Ariff yang menampan bola sepakan percuma Tuck.

Ketika permainan berbaki empat minit, Baddrol Bakhtiar meledak gol kemenangan Kedah.

TFC terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila pertahanannya, Hafizal Mohamad dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-88.

KEPUTUSAN PENUH :
Terengganu FC 2 -3 Kedah FA

 

Jaringan oleh :
(Lee Tuck (P) 33′ Abdul Malik Mat Ariff 60′)
(Jonatan Bauman 4′ Edgar Bernhardt 37′ Baddrol Bakhtiar 86′)

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan Video gol highlights Terengganu 2-3 Kedah piala malaysia 13.9.2019, youtube gol terengganu 2-3 kedah piala malaysia 13 september 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.