Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Video gol highlights Kuala Lumpur 4-0 JDT 13.7.2019

Video gol highlights Kuala Lumpur 4-0 JDT 13.7.2019

Zik · Jul 14, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

liga super ,

KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur (KL) tewas 0-4 kepada kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini, malam semalam.

KEPUTUSAN PENUH : JDT 4-0 KUALA LUMPUR

Jaringan oleh :

  • Gonzalo Cabrera 14′
  • Diogo Luís Santo 28′,70′ 
  • Nazmi Faiz 61′)

 

 

Keputusan itu bagaimanapun tidak menutup peluang skuad ibu kota untuk terus kekal dalam saingan liga sama musim depan selepas dua lagi pasukan tercorot, PKNP dan FC FELDA United terikat 1-1 di Manjung, malam tadi.

KL kini tiada pilihan lain kecuali memastikan kemenangan pada aksi terakhir menentang Perak, 21 Julai ini minggu hadapan. Bukan mudah untuk pasukan KL menang keatas pasukan PERAK.

Bagaimanapun keputusan menentang JDT itu adalah kekalahan keenam skuad ibu kota sejak kali terakhir mengecap kemenangan ketika menumpaskan PKNP FC 4-1 26 Mei lalu.

Ulasan perlawanan. 

Terdahulu, ketika tuan rumah cuba memburu jaringan pembukaan, JDT lebih bernasib baik meraih gol pertama menerusi Gonzalo Cabrera pada minit ke-15.

Walaupun masih mampu mengatur serangan, tuah nyata tidak memihak kepada tuan rumah. Namun pada minit ke-28, berpunca daripada kesilapan benteng tuan rumah melakukan perangkap offsaid untuk membuka peluang kepada Diogo Santo menambah gol kedua skuad Harimau Selatan.

Pada minit ke-54, bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani mempersiakan peluang terbuka selepas rembatan menuju tepat kepada penjaga gol lawan, Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Seterusnya, JDT lebih menguasai permainan dan hasilnya giliran Naz Faiz Mansor melakar nama selaku penjaring pada minit ke-61 sekali gus meletakkan tuan rumah makin tertekan.

Selepas sembilan minit, Diogo membuktikan nilainya cukup berharga buat JDT apabila menambah akaun jaringan peribadinya untuk meletakkan kedudukan 4-0.

Pada minit ke-80, Guilherme De Paula terus dihimpit kecewa kali ini tampanannya dalam kotak penalti melambung tinggi sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

Share this on WhatsApp

Uncategorized gol kl vs jdt 13 julai 2019, keputusan jdt 4-0 kuala lumpur 13.7.2019, ulasan kuala lumpur vs jdt 13.7.2019, youtube gol kuala lumpur 0-4 jdt 13.7.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.