Tahniah buat pasukan yang mara ke final.Pentas final perlawanan yang sangat epik petang tadi di stadium Kungshan China. Bukan senang buat pasukan yang mantap pun terkandas juga. Uzbekistan diperingkat kumpulan A, tangga kedua, game pertama tewas dengan qatar 0-2, yang game kedua menang 1-0 vs China dan ketiga menang lawan dengan pasukan Oman 1-0 juga. Diperingkat suku akhir, Uzbekistan berdepan dengan penyandang juara, iaitu pasukan jepun, tetapi pasukan uzbekistan membelasah pasukan jepun 4-0 bhai dalam saingan suku akhir, diseparuh akhir uzbekistan menewaskan korea selatan 1-0.
Final barulah menang tipis dengan pasukan vietnam.
Begitu juga perjalanan pemenang tempat kedua, vietnam. Pada mulanya di kumpulan A agak tak konsisten apabila tewas dengan pasukan korea selatan, 1-2. Perlawanan kedua pasukan vietnam membuat kejutan apabila menewaskan australia 1-0. Perlawanan yang ketiga vietnam sekadar seri dengan pasukan syria 0-0, tetapi layak ke suku akhir sebab markah pun 4, tiada kongsi mata ke apa. Australia yang last game kalah dengan korea selatan, game pertama je menang dengan syria 3-1.
Di suku akhir pasukan vietnam bertemu dengan pasukan iraq. Memang sengit , 2-2 sampai masa tamat. Mengheret ke masa tambahan , boleh pulak 2 gol dihasilkan 1 gol dari vietnam 1 gol dari iraq . Memang terpaksa membawa ke penentuan sepakan penalti. Vietnam menang dengan 5-3.
Separuh akhir pulak, hampir sama skripnya dengan pasukan iraq, tetapi bertemu dengan pasukan qatar bukanlah team yang senang , tapi sepanjang 90 minit berakhir dengan 2-2. Sebelum berputih mata, vietnam sempat menjaringkan gol penyamaan minit ke 88. Mengheret ke masa tambahan, tiada gol dihasilkan. Membawa ke sepakan penentuan penalti. Vietnam menang sekali lagi dengan 4-3.
Sedikit analysis vietnam vs Uzbekistan.
Kali permainan agak berbeza sebab padang sudah dilitupi dengan salji. Gilerlah sejuk tak sejuklah. Namun, permainan tetap diteruskan jugak. Sebab tak boleh nak tundalah. Itu cuaca dah musim sejuk nak buat macam mana. Separuh masa kedua, berehat agak panjang , sebab nak buang salji tuh amik masa, pakai truck. Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan seimbang, tetapi uzbekistan lebih banyak mengatur serangan.
Uzbekistan gol awal.
Uzbekistan menjaringkan gol pertama pada seawal minit ke 8 apabila Ashurmatov R menjaringkan gol yang cantik untunk uzbekistan. Hasil dari sepakan sudut ke tengah dan gol itu memang susah nak ambil , sebab tandukkan melencong ke kanan sukar untuk keeper vietnam menampan bola itu. Biarpun ketinggalan, vietnam tidak berputus asa mencari gol penyamaan. Biarpun pertahanan kental, tetapi asakan demi asakan pastianya akan membuahkan hasil. 2 kad kuning dapat dari uzbekistan disebabkan serangan yang pantas , mereka terkpaksa bengkes pemain vietnam.
Vietnam menyamakan kedudukan.
Akhirnya vietnam menyamakan kedudukan pada minit ke 41, apabila mendapat sepakan percuma, bola mati. Luar kotak penalti dalam 21 meter gitulah lebih kurang menewaskan penjaga gol uzbekistan. Fuhh memang cantik, tak boleh nak ambil punya bola tuh.
Separuh masa kedua.
Pemain uzbekistan semua tukar baju biru. First half pakai baju putih, yerla dahla ada salji , mungkin coach fikir tak nampak nih. Tiada sebarang gol berjaya dihasilkan, dahla berehat panjang, sebab nak buat salji dekat padang dah tebal sangat. Nasib baik separuh masa kedua, salji dah tak turun banyak macam first half. Serangan demi serangan, tidak berjaya menghasilkan gol.
Mengehet ke masa tambahan, kalaulah tidak gol dalam masa tambahan , aku rasa vietnam ada kelebihan untuk penentuan sepakan penalti. Sebab dioarang dah bersedia untuk sepakan penalti. Namun apakan daya apabila minit ke 116, pemain Sidikov J. digantikan dengan Sidorov A, telah menghasilkan satu gol untuk uzbekistan pada minit ke 199. Yang mana apabila UZB mendapat sepakan sudut, apabila sepakan diambil sodorov dengan cepat menampan bola masuk ke gawang vietnam. Seterusnya menghancurkan impian pasukan vietnam untuk ke sepakan penalti lagi berapa minit jer.
Apepun tahniah buat pasukan vietnam yang merupakan pasukan tunggal dari asia tenggara berjaya melangkah ke final buat pertama kalinya. Ianya satu sejarah baru , dan kita harap pasukan malaysia juga dapat belajar sesuatu untuk baiki corak permainan dan terus mengekalkan kecemerlangan pasukan kita ini.
Tahniah sekali lagi buat Vietnam dan juga juara piala afc u23 china 2018, UZBEKISTAN!!!
Video gol highlights vietnam 1-2 Uzbekistan.
Sekian dari meja sukan, zikrihusaini.com
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply