

INNALILLAH, Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din 76 tahun, telah kembali ke rahmatullah setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikan selepas mengalami serangan jantung di Carlifornia lewat hari ini. Kita sebagai orang islam merasa amat sedih dengan perginya ulamak tersohor yamg disegani lagi dihormati. Perjuangannya hendaklah diteruskan.
Sebelum ini, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat.
Arwah meninggal dunia pada hari jumaat pukul 10.10 pagi waktu malaysia
Beberapa jam sebelum itu, pihak hospital telah mengesahkan keadaan Datuk Dr Haron Din kritikal dan telah meminta seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS berkenaan hadir secepat mungkin ke ICU terbabit.
Beliau pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) berikutan masalah jantung yang beliau hadapi.
Negara kehilangan sebutir permata yang berharga.
Sedekah Al fatihah buat arwah tok guru ustaz Haron Din.
Mencari redha Allah.
Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan
Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.
Thank you for subscribing.
Something went wrong.
al fatihah