Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ulasan perlawanan malaysia vs Cambodia piala aff suzuki 20/11/2016

Ulasan perlawanan malaysia vs Cambodia piala aff suzuki 20/11/2016

Zik · Nov 20, 2016 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala suzuki 2016, keputusan undian piala suzuki 2016, malaysia kumpulan A piala suzuki 2016,

  • Malaysia vs Cambodia
  • Malaysia 3-2 Cambodia (HT 1-1)
  • Thuwanna Stadium, Yangon, Myanmar

Ahad, November 20, 2016

Ya, pasukan harimau malaysia menang tipis 3-2, akhirnya.  Kemboja perlu bekerja lagi untuk defensive tactic. Fuhh, kemenangan pertama dalam 1st game sejak 2008. Safee sali telah mencipta 2 peluang terhidang dan 1 jadi assist kepada amri yahya petang tadi.

Satu perlawanan yang tough game. Kemboja tidak ada pelan defensive yang cukup baik untuk menang game ni. Untuk secara overall, pasukan  mereka better and watchable secara tactical play. Namun Malaysia harus diberikan kredit kerana ada ego untuk kembali dan cuba menang ke atas pasukan ‘paling lemah’ menurut pilihan orang ramai.

OKS perlu setelkan isu formasi dan kestabilan dalam part defending as a unit. pemain leka dan terlalu mamai dengan linesman. Dengar wisel! Ia basic rule dalam bola sepak. Safee Sali dan Amri wajar diberikan Kredit. Keputusan yang baik namun bukan aksi yang memberangsangkan as a team. Kemboja jelas sudah meningkat naik. Perlu ada perubahan taktikal, dan selepas ini bertemu pasukan vietnam bukanlah lawan yang mudah beb.

Separuh masa pertama. 

Pada awal 5 minit , pasukan malaysia agak bermula dengan baik. Percubaan pertama sia sia jer. Sudah mula menampakkan permainan mula agak rancak tetapi, agak tak bagus dari segi serangan.

Kemboja di depan. 

Pasukan harimau malaya tersentak seketika apabila , penyerang profalik kemboja Chan Vathanaka. Menjaringkan gol pertama, Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dikejutkan seawal minit ke-8 menerusi gol kontroversi yang disumbangkan oleh Chan Vathanaka.

Berlaku kekeliruan yang menuju ke arah gol tersebut apabila pemain Malaysia berhenti mengejar susulan melihat penjaga garisan melayangkan bendera ofsaid namun pengadil mengarahkan perlawanan diteruskan sekaligus memudahkan Vathanaka yang tanpa dikawal menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Sebenarnya tak offsaid pun, sebabnya bola tuh yang pass ke belakang ialah pemain malaysia, dan masa pass tuh ada lagi belakang vathanaka. Cuma jadi keliru masa tuh, dah semua duk tak kejar bola tuh. Lagipun ref tak tiup pun lagi wisel. So game masih on lagi masa tuh.

Harimau malaya bangkit!! 

Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi gerakan solo pemain sayap Kedah, Syazwan Zainon yang berjaya menewaskan pertahanan Cambodia sebelum merembat deras ke gawang lawan. Hantaran lambung ke sebelah kiri dari siapa ya, davies agaknya, tepat kepada Syazwan, terus gelicik sikit, shoot lencong memang cantik beb, masuk terus dalam gawang!!

Skuad negara kemudiannya mendapat peluang menerusi penyerang Amri Yahyah namun rembatan lencongnya sedikit melewati tiang kanan gol. Sayang beb. Separuh masa kedua, banyak lagi percubaan dan penguasaan bola dari pasukan malaysia.

Separuh masa kedua. 

Memasuki babak kedua, Vathanaka kembali menghantui Malaysia pada minit ke-59 dengan gol kedua Cambodia. Semua ball wathing jer masa striker tengah gelicik bola, takda sapa yang memberikan challenge yang dekat. Haduii.. Pemain memakai jersi no.11 itu menewaskan dua pertahanan negara sebelum melepaskan rembatan kaki kiri untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Malaysia bangkit dari ketinggalan!! 

Minit ke 57 amri yahya terlepas peluang, sepakan melewati atas palang gol, gerakan dah cantik. Setting pun dah cantik, tapi kaki sepak tak betul dia punya kiraan dia kot. Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-69 menerusi Amri Yahyah yang membuat tolakan mudah hasil hantaran Hazwan Bakri.  Irfan Fazail hampir meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-72 namun percubaannya sekadar menggegar palang gol.

Jentera serangan diperkuatkan!!

Setelah datuk ong kim swee membuat beberapa pertukaran mengantikan  Darren Lok kepada Safee sali dan Hadin ahmad masuk ganti Irfan fazail yang dilihat macam takda function jer. Perlu mencari gol kemenangan dalam mencari 3 mata penting perlawanan pertama ini. Huhu. Skuad negara akhirnya berada di depan menerusi gol kedua Amri Yahyah pada minit ke-80. Fuhh memang cantik, gerakan dari safee sali dan memberi kepada amri yahya disudahkan dengan baik sekali.  Pemain berusia 35 tahun itu merembat rendah menewaskan penjaga gol Sou Yaty selepas menerima hantaran Safee Sali

.

amri yahya,  Gembira bukan main kepalang. Dah langgar dah kereta penaja tuh . Huhu.

Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawananan  sekaligus meletakkan Malaysia di persada Kumpulan B sementara menanti aksi di antara Myanmar menentang Vietnam yang akan berlangsung pada jam 7.30 malam.Sebentar sahaja lagi..

malaysia vs cambodia,

Line up yang bermain petang tadi.

malaysia vs cambodia,

Statistik permainan

malaysia vs cambodia,

Bola banyak bermain di kawasan yang ditandakan.

malaysia-vs-kemboja3jpg

Statistk perlawanan, 

Ball possesion banyak dipegang oleh malaysia, pecubaan malaysia 15 kali, kemboja 5 kali.

Selepas ini malaysia vs vietnam pada hari rabu 23/11/2016, jam 4:30 petang. Tunggu

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan perlawanan malaysia vs kemboja, ulasan penuh malaysia vs cambodia 20/11/2016, ulasan penuh perlawanan pertama piala suzuki malaysia vs cambodia 20.11.2016, video gol highlights malaysia 3-2 cambodia aff suzuki 2016

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.