Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ulasan perlawanan malaysia u23 vs timor leste u23, 30/5/2015

Ulasan perlawanan malaysia u23 vs timor leste u23, 30/5/2015

Zik · May 31, 2015 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

keputusan malaysias u23 vs timor leste u23

Ramai yang sangat marah dengan keputusan perlawanan malam tadi, biarpun kita menang 1-0. Kerana pertemuan ini telah menyebabkan harimau muda “terluka”. Malaysia terlepas peluang untuk mencari gol yang lebih selesa. Cabaran dan laluan semakin sukar menanti skuad Bola Sepak B23 selepas ini. Kita selaku penyokong harus menyokong dan beri sokongan moral kepada pasukan harimau muda dengan positif. Keputusan penuh perlawanan adalah seperti berikut.

Malaysia 1-0 Timor leste

Jaringan :

G Savinndaran 11″

Ulasan ringkas.

Separuh masa pertama.

Harimau muda tampak garang, diawal 10 minit pertama, menguasai perlawanan. Banyak peluang terhidang terlepas begitu sahaja. Bila tengok game macam ini, aku yakin sepatutnya harimau muda boleh sumbat seberapa banyak yang mungkin dalam perlawanan pertama ini.

Minit ke 11, adalah gol pertama dari harimau muda, apabila dari gerakan yang lincah dari sebelah kiri dibawa oleh Nurii pemain dari (liga super perak) membuat hantaran lintang kepada pemain tengah (tak ingat nama) passing kepada G savindran dan terus menyepak masuk kencang ke gawang timor leste. Namun selepas itu minit ke 32 , ada beberapa insiden yang telah berlaku sebelum perlawanan ini berlangsung iaitu berkaitan dengan bookie. Sedikit sebanyak mengubah rentak permainan dan juga seorang pemain kita telah dilayangkan kad merah. Nazmi faiz mansur kerana meludah ke arah pemain timor leste. Itu satu kesalahan yang serius, memang patut kena kad merah. Dia selaku pemain liga super malaysia seharusnya lebih matang dan jangan rasa nak poyo sangat. Seharusnya dia perlu lebih bertenang atas apa keputusan pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad biarpun tidak menyebelahi kita.

Bengang aku, bila dah bermain dengan 10 orang, pasukan kita semakin kelam kabut jadinya. Namun begitu, kita kena rasa bertuah sebab lawan dengan timor leste. Kalau lah lawan dengan thailand, atau singapore, vietnam. Memang kena lauk lah jawabnya. Beberapa peluang tetap berjaya dibuat oleh skuad datuk ong kim swee, cuma dari segi finishing dan main masih dalam mementingkan sendiri. Perlu adanya team work. Betul bermain 10 orang pasukan harimau muda memang agak kelam kabut. Tapi pertahanan dan penjaga gol wajar dipuji. Banyak percubaan digagalkan.

Separuh masa kedua.

Datuk ong kim swee ada buat perubahan taktikal dalam minit ke 65 tukar dua pemain. Lebih kepada corak defensive. Pertahanan harimau muda benar-benar diuji acap kali. Tetapi pemain harimau muda ada juga membuat serangan, cuma dari segi support sangat lemah terutamanya dibahagian sebelah kanan.

Fandi othman selaku captain pun macam hilang arah juga. Amir saidin dan rakan-rakan lain banyak bekerja keras malam tadi. Ikutkan memang boleh sumbat gol lagi dalam separuh masa kedua biarpun kurang seorang. Cuma kita takda penyerang yang cukup kreatif , berpengalaman dan juga pemain yang lebih tenang.

10 minit terakhir sangat kritikal. Kita punya defend pun dah kaw jaga habis-habisan. Banyak sepakan percuma dapat dari timor leste dalam jarak yang merbahaya. Mujurlah penjaga gol kita lebih cepat dan tangkas menangkis segala percubaan merbahaya. Timor leste pun tak punyai penyerang yang lebih berbisa. Mereka main pun lagi kelam kabut.

Secara keseluruhannya, pemain harimau muda belum dapat rentak dan bermain dengan mood yang sebenar. Jika mahu juara, ini bukan corak permainan yang kita mahukan. Datuk ong kim swee pasti kena lakukan perubahan taktikal dan mengharapkan pemain kita lebih berdisiplin dan pertahanan harus berhati-hati.

Komen Datuk ong kim swee.

“Kita beraksi baik ketika bermain 11 pemain dan masih mampu mencipta beberapa peluang ketika beraksi 10 pemain. Tapi pada akhirnya, apabila 10 lawan 11, pasti usaha keras perlu dilakukan para pemain.

“Apa pun, saya tak kisah sangat kita hanya menang 1-0, selagi kita berjaya meraih tiga mata penuh. Itu yang lebih penting. Sudah tentu semalam Thailand dan Vietnam mencatat kemenangan besar 6-0 tetapi mereka tetap dapat tiga mata, bukannya enam mata.

“Terlalu awal untuk saya mengatakan mengenai perlawanan bertemu Vietnam. Biar kita cerita perlawanan malam ini terlebih dahulu.

“Tanpa Nazmi bertemu Vietnam, tiada masalah kerana tiada bintang dalam pasukan ini. Jika dia benar melakukan kesalahan dan digantung beberapa perlawanan, saya akan hantar dia pulang ke tanah air.”

Kedudukan terkini Kumpulan B:

  1. Vietnam 3 mata
  2. Thailand 3 mata
  3. Malaysia 3 mata
  4. Timor leste 0 mata
  5. Laos 0 mata
  6. Brunei 0 mata

Lepas nih malaysia akan bertemu dengan vietnam pada hari selasa ini. 2 haribulan jun 2015.

Share this on WhatsApp

Sukan keputusan penuh sukan sea kumpulan b 30.5.2015, malaysia u23 vs timor leste u23 30/5/2015, ulasan penuh malaysia b23 vs timor leste sukan sea 2015, ulasan penuh malaysia u23 vs timor leste u23 30.5.2015, ulasan perlawanan malaysia u23 vs timor leste u23 30/5/2015

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Uncle Zuan says

    May 31, 2015 at 6:56 pm

    dengar pagi tadi di berita yang ramai tak puas hati dengan sikap kurang pro nazmi. harap beliau lebih matang lepasni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.