Malaysia (1) vs (2) Vietnam
Jaringan:
Safiq rahim 14″ Penalti
Vo huy Toan 33″
Nguyen Van quyet 59″
Fuhhh, satu episod dah lepas dalam separuh akhir pertama. Ya pasukan harimau malaya tewas 1-2 kepada pasukan vietnam. Keyakinan kita untuk menumpaskan vietnam di gelanggang sendiri ternyata memakan diri. Ternyata kita bukan tandingan vietnam kerana permainan pantas vietnam punyai corak tersendiri games 1-2 yang menarik. Serta cepat menyempurnakan peluang yang ada dengan sebaiknya.
Ulasan perlawanan:
Pada awal 10 minit pertahanan malaysia diasak. Mujurlah khairul fahmi pantas menafikan percubaan yang dibuat dengan kadar segera. Penguasaan vietnam memang diakui.
Namun sekali sekala ada juga percubaan dari malaysia. Matyo yang cuba dribble bola tetapi dibengkes oleh pertahanan. Tapi tak dapat penalti pulak. Pada minit ke 13, malaysia dihadiahkan penalti apabila rembatan dari mahali kalau tak silap terkena tangan pertahanan vietnam. Safiq rahim dengan mudah menyempurnakan gol itu. Malaysia didepan 1-0.
Kealpaan pertahanan malaysia dihukum.
Malaysia bolos akhirnya akibat serangan pantas dari vietnam dimulakan dengan sepakan deras dari vu hoy kemudian bola muntah dari khairul fahmi lambat untuk mengambil bola itu vo huy tuan dengan pantas menerjah masuk bola ke gawang. Kelewatan pertahanan menjaga disebelah kiri yang tidak dijaga membawa padah akhirnya. Fuhhh 1-1 ketika itu. Walaupun pada awalnya malaysia didepan, tetapi gagal memanfaatkan peluang dan baiki ruang yang ada untuk kembalikan roh semangat mencari gol selesa.
Kerajinan vietnam membuat serangan pantas tanpa putus asa membawa confident dan morale yang tinggi untuk mencari gol penyamaan dan kelebihan.
Separuh masa kedua.
Penguasaan bola dari pasukan vietnam akhirnya membawa padah lagi buat skuad harimau malaya. Kelincahan dan menggunakan corak passing yang kemas dibahagian set sebelah kiri membawa padah dan dihukum sekali lagi. Nguyen van quyet membuat sepakan disudut yang sukar menewaskan khairul fahmi che mat. Pertahanan yang lewat membuat blocking iaitu zubir azmi dan muslim tertewas kedua-duanya. Vietnam didepan.
Safee sali dan mayto di kawal rapi, selain itu ada peluang, cuma kesilapan kecil komunikasi yang tak berapa ada dengan mudah tersalah passing bagi kepada lawan.
Banyak sangat kelemahan malaysia, dibahagian serangan. Terlalu lambat membuat keputusan, gary steven dimasukkan mengantikan hafiz kamal baru ada sedikit idea. Tetapi tetap gagal untuk mencari gol penyamaan. Keadaan tertekan, safiq rahim dilayangkan kad kuning kerana menghentak kepala pemain vietnam kerana terlalu emosi.
Pertahanan malaysia terus diasak. Banyak peluang vietnam hampir menjaringkan gol lagi, mahu 3-4 gol dah nak bolos. Memang sukar beb. Kucar-kacir pertahanan malaysia. Minit ke 80 adalah waktu genting. Pablo dollah salleh memasukkan Indra putra sebagai percaturan terakhir, menggantikan matyo ada banyak idea dalam serangan. Dengan keadaan tiba-tiba hujan sukar buat malaysia membuat comeback. Satu serangan akhir dari indra hampir gol, sepakan sudut, tandukkan sipi sikit lagi melewati tepi gol. Keeper dah tengok je tuh.
Masih ada 90 minit lagi untuk harimau malaya berjuang!!
Jangan terus menghukum dollah salleh, selepas perlawanan kedua nanti baru kita akan tahu apakah rombakan akan dilakukan oleh dollah salleh. Beliau kata ketiadaan amri yahya dan shukor adan memang agak lumpuh pertahanan dan serangan tumpul disebelah kanan.
Pada malam tadi penyokong diuji kekalahan di gelanggang sendiri. Bersabarla semua. Kita harus percaya kepada jurulatih dollah salleh.
Perlu diperbaiki dibahagian pertahanan. Strategi tak berapa menjadi dan morale pemain tak berapa umphhh malam tadi.
Harimau Malaya mampu bermain dengan baik. Cuma bimbang drama pemain Vietnam akan berlaku bila mereka bertandang dihalaman sendiri nanti. Kalau dapat pengadil yang peka mungkin pemain Harimau Malaya terselamat dari kad kuning atau kad merah.
ada lagi 90 minit.. jangan mudah putus asa harimau malaya