Pergghhh misi hidup mati dalam pertembungan group B bertemu singapura bukan sesuatu yang mudah. Apepun perlawanan malam tadi nampak penguasaan dari pasukan malaysia. Tahniah buat pasukan malaysia melangkah ke separuh akhir piala aff suzuki bertemu vietnam 7 haribulan disember 2014.
Keputusan penuh :
Malaysia (3) vs (1) Singapura
Jaringan :
Safee sali 61″
Khairul Amri 81″
Safiq Rahim 90″ penalti
Indra putra muhyidin 94″
Ulasan penuh.
Dalam babak pertama.
Belum ada percubaan, tapi penguasaan bola dari malaysia. Tiada serangan bahaya dari kedua-dua pasukan. Banyak percubaan merbahaya dari safee sali, matyo yang agak tak konsisten. Tapi serangan demi serangan malaysia belum membuahkan hasil. Dari segi kekasaran(foul) memang malaysia yang banyak main teruk. Amri kena kad kuning. Tackle dari belakang, memang teruk lah kekasaran dia lakukan.
Dalam pada itu , shukor adan pun kena kad kuning kerana melambat-lambatkan sepakan. Banyak koleksi kad malaysia dapat malam nih. Gary steven robbat pun sama. Nasib baik cepat-cepat dollah salleh ganti kepada hafiz kamal. Gary pun sama main kasarla.
Separuh masa pertama memang takda jaringan, tapi satu-satunya percubaan safee sali terkena tiang gol betul-betul rugi dowh. Itu peluang yang sepatutnya gol dalam masa yang sangat genting.
Separuh masa kedua! Kebangkitan harimau malaya!!!
Malaysia terus mengasak, hinggalah minit ke 61,safee sali yang hebat dikritik kerana isu merokok dan yang lain-lain. Membuktikan dia masih berbisa!! Bermula dari sebelah kanan, safee sali membuat hantaran tinggi ke amri, dan amri mengelicik dan bagi semula kepada safee sali yang tidak dijaga terus membuat step dan shoot kencang deras meluru kearah pintu gol singapura. Malaysia didepan ketika itu. Gembira dollah salleh ketika itu.
Biasalah bila team malaysia dah leading, defend mulalah leka. Singapura yang tersentak dengan ketinggalan satu gol berusaha keras mencari gol penyamaan buat singapura perlukan seri sahaja untuk layak ke separuh akhir. Beberapa pertukaran dibuat oleh jurulatih singapura dari german itu. Lebih kepada menyerang. Pemain pun muda-muda. Aku tak berapa nak kenal.
Banyak percubaan berjaya dinafikan oleh khairul fahmi che mat. Ikutkan memang banyak attacking. Faris ramlan lincah, mujur tersasar. Khairul amri pun sama. Shoot dari luar kotak penalti.
Kapten singapura, shahril ishak pun bekerja keras dibahagian midfield agak kurang menjadi. Dia dah lakukan yang terbaik wok. Cuma support kurang, lambat kedepan.
Gol penyamaan singapura bikin cemas!!
Dalam duk kalut nak bertahan, muslim ahmad nih buat hal. Adake dia bengkes itu macam. Dah free kick buat singapura. Sepakan dari jarak 25 meter kotak penalti memang feveret pasukan singapura. Cantik sepakan itu, khairul fahmi berjaya menepis, tapi silap pertahanan mana tak seorang pun marking khairul fahmi yang dah tunggu depan gol. Apa lagi bola muntahla, terus dia sauk shoot masuk pintu gol singapura. 1-1 ketika itu. Sangat tertekan malaysia. Gamat suasana stadium singapura. Kembali ceria semua penonton!!!
10 minit aksi comeback malaysia.
Ya, malaysia tidak putus asa membuat serangan balas, main pun dah kacau bilau, aggressive gila. Matyo punya bengang, nasib baik, ditenteramkan oleh bekas rakan sepasukan jdt harris harrun peluk je terus. Time peluk, terharu aku, memang betul-betul satu persahabatan yang baik.
Satu percubaan lintang, amri yahya dijatuhkan. Sikit jer lagi, pemain pertahan hafiz sujat mengasari amri yahya dihadapan ref memang mengundang padah. Kalau tak bengkes, tak kena pun bola tuh untuk masuk ke gawang. Tapi tackle tetap tackle. Penalti buat malaysia. Fuhhhhh, disempurnakan oleh chopot, safiq rahim. Dan gollllllllll. Malaysia didepan 2-1.
Gol lagi sebijik dari pemain senior indra.
Dalam duk kalut dimasa-masa yang,sangat genting ini, malaysia kena attack. Dapat pulak corner. Keadaan sangat bahaya, keeper singapura hassan naik terus depan gol malaysia. Nak cari gol penyamaan.
Fuhhh berjaya ditampan oleh mahali jasuli , clear ball , bagi pada siapa ntah dan terus counter attack. Keeper tak sempat nak patah balik. Indra putra dengan pemain senior banyak pengalaman, terus mengelicik dan shoot dari jauh dan gooooooollllll ketiga buat malaysia.
Dengan kemenangan ini, malaysia naik melonjak ditangga kedua dan akan bertemu dengan vietnam juara kumpulan A pada 7 haribulan disember 2014 stadium shah Alam selangor. Separuh akhir pertama. Fuhhh, harapnya kita dapat banyak gol dirumah sendiri nanti.
Tahniah buat malaysia kerana telah berjaya melangkah ke semi final. Permulaan perlawanan yang hampir kecundang dengan myanmar berakhir seri. Perlawanan kedua, tewas tipis kepada thailand. Dan perlawanan akhir kumpulan menang 3-1 keatas singapura. Pasukan kita harus terus maju kehadapan. Jauh lagi perjalanan buat pasukan harimau malaya!!!
kakipromo says
tahniah Malaysa menang. paling best tengok komen2 orang di facebook hehe