• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Ulasan dan video gol highlights pahang 7 vs 4yadanardon 29/4/2015

Ulasan dan video gol highlights pahang 7 vs 4yadanardon 29/4/2015

Zik · Apr 30, 2015 · 5 Comments

Share this on WhatsApp

image

Keputusan perlawanan kempen piala afc 2015. Pahang vs yadanardon dari myanmar menepati ramalan. Chief zainal abidin boleh tarik nafas lega untuk perlawanan seterusnya sekurang-kurangnya seri jika mahu mara. Skuad tok gajah mengikuti langkah jdt apabila kelmarin jdt kutip 3 mata menang tipis 1-0 keatas east bengal.
Keputusan penuh pahang 7-4 yadanardon.

Jaringan:

  • Dickson Nwakaeme 6″, 32, 48″
  • Matias conti 18″
  • Djedje Maximim Djawa 45″
  • Devandran Savindran 48″, 87″
  • Hliang bobo 58″,68″
  • Hafiz Kamal 86″
  • Win Naing Soe 91″

Ulasan ringkas.

Permainan dikuasai oleh pahang, cuma dari segi pertahanan masing-masing agak longgar. Setiap percubaan serangan disempurnakan dengan baik. Cuma gol bolos dari pahang, mungkin zesh rehman tidak dapat support dan juga pemain dari kelab yanadarbon hidup sebelah kanan, menyukarkan untuk defend.

Manakala penjaga gol yanadarbon dilihat lebih banyak buat kesilapan kecil mengakibatkan banyak bolos gol malam tadi. Ada juga kesilapan pertahanan. Dickson nwakaeme memang terbaik malam tadi. Skill individu memang patut dipuji. Bayangkan dua tiga orang dia lepas macam tuh je, banyak bagi assist dia nih tak lokek.Assist bagi matias conti, dua assist kepada savidran dan 3 gol hatrik yang cantik dari orang besi nih. Serius, pemain ini boleh jadi buruan dimata asia.

Gandingan menjadi bro!!

Gandingan pemain penyerang (Dickson & Conti) dengan pemain sayap (Alex, Gopi & Saarvindran) semakin serasi. Kebanyakan gol yang terhasil daripada gandingan dari pemain-pemain ini. Bahagian tengah yang dikemudi oleh Hafiz Kamal dan Azam Azih pada malam ini kelihatan lebih tenang dan fokus. Hantaran cantik dari Azam Azih kepada Saarvindran menghasilkan gol yang menarik. Hafiz Kamal juga bijak menyudahkan peluang dihadapan gawang lawan.

Apa yang perlu dibaiki buat skuad tok gajah??

Kelemahan pasukan Pahang di bahagian pertahanan agak ketara pada malam ini.  Walaupun menjaringkan 7 gol, namun bagitu pasukan Pahang melepaskan sebanyak 4 gol kepada pihak lawan. (aku anggap mungkin bila dah gol, kena gst , so kena bagi balik yadanarbon gol satu, hehe) Disiplin pasukan Pahang dalam bertahan perlu dipertingkatkan lagi supaya kesilapan ini tidak membawa kepada kekalahan pasukan Pahang. Jangan buat leweh lagi lah .. Huh banyak kali pahang buat macam nih.

Taktikal dan momentum malam ini perlu dikekalkan untuk memberi  motivasi kepada para pemain untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2015. Biarpun semakin agak selesa, tidak boleh memandang rendah untuk perlawanan terakhir menentang global fc nanti. Harapnya menang lah, takkan nak seri semata-mata. Mungkin chief zainal abidin kena susun balik pemain yang dibahagian defend tuh kena perbaiki. Poyeng pun bagus maa, tak pasti kenapa dia tak main. Mungkin injured.

Kedudukan terkini Kumpulan G:

  1. South China 15 mata
  2. Pahang 7 mata
  3. Global fc 4 mata
  4. Yadanarbon 3 mata

South china dah confirm, cuma global fc mungkin ada peluang untuk mara dengan syarat kena menang besar keatas pahang last game. Erkk susah tuh.

Jom kita layan tengok video goal highlights malam tadi woo.

Agak penat penat baut pasukan pahang, lepas nih nak main liga super pulak..

Share this on WhatsApp

Sukan full video pahang vs yadanardon 29.4.2015, keputusan pahang vs yadanardon 29/4/2015, keputusan terkini pahang vs yadanardon 29 april 2015, video gol pahang 7-4 yadanardon piala afc 29.4.2015, youtube gol pahang vs yadanardon 7-4 29.4.2015

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. ishak says

    April 30, 2015 at 2:09 pm

    minat betul zik dengan bola ye…huhu

    Reply
    • zik says

      April 30, 2015 at 2:27 pm

      minat tuh ya jugakla ,cuma .. aku itu jer yang boleh update pakai handphone… kalau pakai computer senang sikit nak cari bahan.. untuk create artikel yang lain… huhu

      Reply
  2. hafidzramli says

    April 30, 2015 at 3:47 pm

    Salam Hormat.
    Tahniah kepada pasukan Pahang.
    Memang pesta gol~
    😀

    Reply
  3. zool says

    May 2, 2015 at 2:10 pm

    Dickson memang handal .. body dan skill dia terbaek…

    Reply
    • Zik says

      May 3, 2015 at 10:34 am

      bakal jadi rebutan coach2 diluar sana..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss