Ya, bulan puasa akan menjelma tidak lama lagi. Macam-macam idea dan fikiran yang melayang di otak ligat mencari idea untuk perniagaan di bulan ramadhan kali ini. Kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman menjual air balang waktu masa lepas graduate dulu sementara cari kerja tetap. Untung takdalah sampai ribu-ribu. Dapatlah ratus-ratus bahagi dua. Dapatlah duit sikit untuk belanja beli apa yang patut, beli baju raya, bagi orang tua sikit duit raya. Duit raya untuk anak-anak buah. Yerla masa tuh bujang lagi, takda kotmitmen yang serius macam sekarang, haha.
Perlu ada modal.
Ya, kalau kita nak business, kenalah ada modal. Masa tuh belum zaman gst lagi, so ada jimat banyak juga. Tak sampai dua ratus beli barang-barang wajib untuk menjual air balang di bulan ramadhan. Ikut anggaran kasar dalam rm 200.00 jugalah. Pada ketika itu, aku banyak outsource, diy dan pinjam kedai makanan pun ada juga. (Pinjam meja dan kerusi).
Asas barang-barang yang perlu ada.
Mestilah balang air. Waktu itu, kita cuma beli dua balang sahaja. Sebab itu sahaja modal yang ada ketika itu. Yerla, kalau nak beli banyak pun belum tentu orang akan beli sebab persaingan memang ramai ketika kita jual air. Waktu itu, kita kongsi dua orang sahaja dengan rakan yang kerja sendiri, menyawit, kerja kebum , jaga kedai dan macam-macam kerja dia buat. So, aku dan rakan partner business ada bincang strategi jual air ini, sambil brainstorm idea apa air kita nak jual nih. Kita punya plan, setiap hari akan tukar air menu yang nak jual. Ada satu air wajib yang akan kita jual. Air wajib masa tuh ialah Air Soya. Air sampingan tuh, bergantung kepada permintaan dan cuaca.
So asas barang yang basic punya jerla.
- Balang air (berapa ikut bajet korang ada)
- Senduk (dalam tiga kot, senduk untuk air, tuang air gula dan sebagainya).
- Plastik ( untuk bungkus air dan plastic lain-lain). Kalau beli air banyak, kena double plastiknya.
- Raw material (barang mentah, seperti air, gula, garam , perasa, dan resepi rahsia (kalau ada).
- Gas (kena ada juga untuk nak tahu untung bersih, jangan guna gas dapur rumah pulak, ) Kecuali kecemasan.
- Tools, Peralatan- macam meja, kerusi, payung niaga tuh ha. Kalau boleh yang ada mobility senang nak gerak, urus simpan dan bawa ke tempat niaga.
- Dan sebagainya… Ikut bajet korang, kalau ada yang lain boleh tambah diruangan komen.
Strategi jualan.
Banyak strategi kena atur, biasa kita tengok cuaca pagi tuh. Kita tak boleh nak expect , kena tengok berita rajin tengok ramalan cuaca. Kadang-kadang betul , kadang tak betul. Itu semua kita berserah kepada Allah. Biasa kalau hujan, air sejuk orang jarang nak beli, sebab sejuk. So disitu kita kena plan strategi, biasa kita jual air soya panas pulak, semua versi yang panas jugakla. Kalau tak kita akan menanggung kerugian yang agak banyak.
Biasa kalau tak laku sebab hujan, atau air yang tak femes kita jual itulah. Kadang-kadang bila air semua pesaing sama jer, pun tak jalan juga. Apa yang aku lakukan bila air tak laku. tidak membuangnya, sebaliknya bungkus semua elok-elok. On the way nak balik ke rumah, setiap mesjid atau surau aku akan letak air ini dalam beberapa bungkus, kira sedekah la. Amal jariah. The more you give, insyallah Allah akan bagi balik lebih yang kita beri itu.
Asas yang perlu tahu.
- Cara mohon tapak niaga
- Tips memilih lokasi bazar
- Peralatan dan kelengkapan
- Pengangkutan
- Masa berniaga
- Resepi jus.
- Jenis-jenis jus
- Cara mohon tapak niaga – Nak mohon kena tengok tempat jugak, sekarang dah mula rasanya untuk bid atau sekarang korang dah boleh riki-riki (cari tempat) yang sesuai untuk jual air nih. Tengok kepadatan orang tuh ha.
- Tips memilih lokasi bazar. Biasa dah ada bazar yang jual nih. Korang kena ada duit untuk beli tapak. Kalau betul-betul serius jangan takut nak beli tapak ribu-ribu punya. Strategi kena betul-betul ampuh. Kalau kau dah ada nama dalam industri, memang orang akan cari lu punya gerai tak kira lu jual dekat bazar lain ke. Janji ada buat pengumuman dekat media sosial ke, ingat kuasa viral tuh ha..
Ada banyak lagi. Bersambung, malas.. Hehe. Aku baru keluarkan idea dalam 10% percent jer. Yang lain banyak lagi , dari segi cara nak buat air jus balang, tebu ke, air soya ke, air tembikai dan sebagainya, aku terpaksa hold dulu. Itu belum cerita nak kasi kita mesra dengan pelanggan, itu semua dari pengalaman yang baru sikit jer aku kongsikan. Belum cerita aku jual murtabak masa bulan puasa. Fuhhh. Beratur orang.Zaman tuh belum kira zaman viral macam media sosial lagi. Huhu..
So disini aku ada offer untuk korang beli ebook bisnes air balang ini. Semua ini sudah lengkap penerangan dia. Dari A sampai Z. Jangan nak lokek untuk keluarkan modal, ini berkaitan dengan $$$ kita. Kalau kita tak berani nak keluar modal sebab nak improve , so kita sampai di tahap itu jerla.
So, korang kena dapatkan ebook ini. Jom dapatkan segera sebelum jualan ditutup.


Antara bisnes bulan ramadhan yang laku keras….cuma takde ilmu confirm kelaut aa….dengan rahsia air balang tue rasanya inshaAllah bleh lepas untung punya…
Insyallah. yang penting kita berusaha untuk berjaya dalam bisnes air balang nih.. nampak macam senang , tapi kalau kita pandai uruskan . boleh dalam tangan 7k sebulan
bisnes buat air adalah bisnes yang best kerana untung yang besar dan kos penyediaan yang murah..
barang makanan perlu persediaan yang rapi..
kuat bagus kalau bisnes air nie
boleh pergi jauh kalau kita betul2 serius…
fokus jual air boleh buka restoren…
dah ada restoren jual air dan stall makanan sewakan sahaja..
pengen nyoba sih tapi belum sempat
ya nanti ada kelapangan biasa cuba ya mas..
Ramadan nak dekat ni.. Memang lumayan kalau buat bisnes air balang. Walaupun ramai orang buat tapi tetap juga ada yang beli.
Cuma itu la..
Kena ada panduan yang betul. Kalau ada panduan bukan masa ramadan je untung. Sepanjang tahun pun untung..
ya betul maksimumkan pendapatan.. sebaik mungkin ,
Bulan puasa dah dekat dah ni..
Peniaga bazar ramadhan dah standby ke? buat air pun laku di bulan puasa ni..
nampak macam belum ada yang prepare..
semoga laku keras bulan puasa ni
Insyallah kalau dipraktikkan ,
antara bisnes yang mudah tapi remeh bagi sesetengah orang.
so, kalau ada kemahuan, boleh cuba segera.
kalau betul2 ada plan yang cukup , insyallah boleh berjaya..
bisnes modal rendah tp laku keras sepanjang Ramadhan…
ya betul tuh.. modal tak besar mana pun.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan..
air balang ni antara benda wajib beli kalau singgah kat bazar ramadhan…
biasa mesti beli punya, at least satu bungkus… hehe
air balang ini memang bagus untuk dijadikan bisnes. Jap lagi ramadhan semoga kita semua dimudahkan dan dikuatkan ….
ya betul.. selamat mencuba dan selamat berniaga semua… all the best..
kiat bisnis dengan modal yang masih bisa terjangkau…..siip dapat dijadikan referensi..
ya udah.. bisa2 aja dong..