
Semangat kesukanan yang tinggi dan usaha tanpa henti membuahkan hasil. Biarpun ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama. Pasukan perak optimis untuk mengutip tiga mata penting di tempat sendiri.
Uitm yang mendahului pada babak pertama mendapat gol awal melalui sepakan penalti oleh pemain import uitm, Nana Poku pada minit ke 20. Selang 20 minit kemudian, Uitm tambah derita Perak apabila Nana Poku meledak gol kedua Uitm.
Namun perak tidak berputus asa pada minit ke 45+1 masa kecederaan perak berjaya mengurangkan defisit gol oleh Careca.
Separuh masa kedua, Perak Bangkit.
Ketinggalan satu gol memaksa pasukan perak menguatkan dibahagian jentera serangan demi serangan. Hasilnya pada minit ke 66 apabila Leandro Dos Santos dijatuhkan dalam kotak penalti.
De Paula tidak membuat kesilapan untuk menyamakan kedudukan pada minit 66.
11 minit kemudian rembatan leret Careca gagal diselamatkan penjaga gol UiTM , Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri untuk Perak FC meraih kemenangan. Tiga mata penuh buat pasukan Perak. Perak ditangga ke 8 dengan 8 mata, dan uitm ditangga tercorot dengan 1 mata.
Video highlights perlawanan pada malam semalam. Layan..
https://www.youtube.com/watch?v=tlsnWyuNVgw

tq zikrihusaini kerana sudi share link youtube saya..
Jika sudi..bolehlah tuan share youtube saya untk next game bola MSL
Terima kasih kembali. Takda hal bro