Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / AFF / THAILAND IKAT INDONESIA 1-1 PIALA AFF 29.12.2022

THAILAND IKAT INDONESIA 1-1 PIALA AFF 29.12.2022

Zik · Dec 29, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

indonesisa vs thailand

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

INDONESIA 1-1 THAILAND

Jaringan oleh ::
  • Mark Klok 50′ (p); Sarach Yooyen 79′

Gelora Bung Karno- harapan buat skuad garuda untuk mengutip tiga mata penuh untuk tewaskan pasukan Thailand tidak tecapai apabila Thailand berjaya menyamakan kedudukan 1-1.  Juara bertahan, Thailand hampir pasti menjuarai Kumpulan A saingan Piala AFF 2022 apabila terikat 1-1 dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, hari ini.

Ibarat ulangan final edisi 2020, aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan pilihan itu yang menyaksikan babak pertama berakhir tanpa jaringan dengan Indonesia mensia-siakan beberapa peluang untuk mencipta jaringan. Keeper thailand dah tertewas, bola tak berapa kencang shoot pun slow tak tetap sasaran.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN A :

  1. THAILAND 7 MATA
  2. INDONESIA 7 MATA
  3. CAMBODIA 6 MATA
  4. PHILIPPINES 3 MATA
  5. BRUNEI 0 MATA

Indonesia di depan minit ke 50. Hasil penalti Marc klok.  Indonesia yang juga naib juara edisi 2020 berada di depan pada minit ke-50 menerusi sepakan penalti Marc Klok selepas bola terkena tangan kapten Thailand, Theerathon Bunmathan.

Thailand kekal di kedudukan teratas kumpulan, berkongsi tujuh mata dengan Indonesia yang menghuni tangga kedua. Bagai jatuh ditimpa tangga, pasukan Thailand semakin tempang apabila minit ke 62 , pemain thailand Sanrawat Dechmitr (bekas pemain kedah, liga super) membengkes pemain indonesia, Saddil Ramdani (pemain import Sabah). Keadaan semakin tertekan buat Thailand, tetapi pasukan Thailand lebih rileks macam pasukan vietnam semalam biarpun kurang sorang tetapi diaorang main kotor , banyak berlakon.

Apabila keadaan pemain kurang sorang Thailand, tuan rumah yang dilihat lebih banyak menyerang bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan penyamaan Sarach Yooyen pada minit ke-79, dia dah agak penjaga gol agak ke depan dia shoot sekali kena defend indonesia dan deflection , masuk ke gawang indonesia. 1-1 . Sekali gus kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

INDONESIA VS FILIPINA, THAILAND VS KEMBOJA. 

Kedua-dua pasukan akan beraksi pada aksi terakhir kumpulan Isnin ini dengan Indonesia dijadualkan menentang Filipina di Manila, manakala Thailand pula dijangka mudah membaham Kemboja di Bangkok. Terdahulu, perlawanan itu didakwa dicemari dengan insiden balingan objek oleh penyokong Indonesia ke arah bas pasukan Thailand semasa tiba di stadium.

[videopress 356kkeT6]

Share this on WhatsApp

AFF, Sukan THAILAND IKAT INDONESIA 1-1 PIALA AFF 29.12.2022, ulasan indonesia vs thailand piala aff 29.12.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.