Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan!

Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan!

Zik · Sep 13, 2010 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

http://masammanis.files.wordpress.com/2008/04/tengku-muhd-faris1.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu perkhabaran yang bagus untuk kerajaan negeri Kelantan dimana apabila sultan kelantan yang sudah hampir setahun lebih gering dan tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri kelantan.

Tengku Faris telah selamat ditabalkan sebagai sultan kelantan.

Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di Negeri Kelantan pada 13 haribulan  september 2010, pagi tadi.

Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata mengikut peruntukan Perkara 23A, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika selepas siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.

“Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya hari ini berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

“Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah,” katanya pada sidang media di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru sahaja dibuat hari ini.

Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua ahlinya iaitu Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A’Ishah Putri.

Lafaz Sumpah oleh Sultan kelantan yang baru.

“Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Pemangku Raja Kelantan waris, menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra berkuatkuasa pada hari ini 4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan dengan 13 September 2010.

“Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi.,” katanya.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, kerabat negeri, kepimpinan dan pegawai negeri.

Share this on WhatsApp

Pengumuman anak sultan kelantan ditabal sultan perak, kelantan ada sultan kelantan yang baru, putera kelantan ditabal sultan, Sah Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan, tengku faris, tengku faris jadi sultan kelantan, tengku muhd faris ditabal sebagai sultan, utube pertabalan sultan kelantan, youtube pertabalan sultan kelantan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. zulkbo says

    September 13, 2010 at 11:10 pm

    Daulat Tuanku..
    semoga rakyat Kelantan
    semua mendapat rahmat
    dengan kehadiran seorang
    sultan yang warak..amin

    Reply
    • myFirdaus says

      September 21, 2010 at 8:31 am

      btol bro… mmg tengku faris seorg yg amat2 berjiwa rakyat & rendah diri… insya allah, allah akan bersama pihak yg benar

      Reply
  2. Zam Alkangsari says

    September 14, 2010 at 5:52 am

    Daulat Tuanku…
    Semoga Tuanku dapat terus menjadi pemimpin sebenar dalam mentadbir perjalanan rakyat, bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

    Reply
  3. myFirdaus says

    September 21, 2010 at 8:30 am

    masalah skrg ni, bekas sultan kelantan dh failkan petisyen bantahan psal pemasyhuran anak dye as Sultan Kelantan yg baru… aku rase, mmg ade komplot laa disebalik semua ni… Nak2 si isteri dye & akak dye (tengku merjan)…. geram aku tgok dua org tuh… :angry:

    Reply

Leave a Reply to myFirdaus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.