Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Piala Cabaran / Tahniah Johor Darul Ta’zim II MARA Ke Perlawanan Akhir Challenge Cup 2019!!

Tahniah Johor Darul Ta’zim II MARA Ke Perlawanan Akhir Challenge Cup 2019!!

Zik · Sep 28, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala cabaran, challenge cup 2018,

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA CHALLENGE CUP 2019

JDT II [2-1] TFC II

(Nicolás Alberto Fernández 53’ / Rozaimi Abdul Rahman 66’)

(Dechi Marcel N’guessan 76’)

AGGREGATE PERLAWANAN.

*JDT II wins 4-2 on aggregate

Tahniah Johor Darul Ta’zim II yang layak ke perlawanan akhir Challenge Cup 2019!

CONGRATULATIONS JDT II!!! WE’RE IN THE CHALLENGE CUP FINAL!

JDT II mara ke final Piala Cabaran

PASIR GUDANG: Johor Darul Ta’zim II (JDT II) meranapkan gelaran juara bertahan Terengganu FC II (TFC II) selepas menewaskan pasukan itu 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, malam semalam.

Kemenangan itu membolehkan pasukan tuan rumah mara ke final dengan agregat 4-2 selepas menang 2-1 pada aksi pertama di Kuala Terengganu minggu lalu. So lepas ini akan lawan dengan Sarawak atau UKM fc . Kita tunggu keputusan perlawanan malam ini ok.

JDT II adalah skuad `feeder’ untuk pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala TFC II untuk Terengganu FC (TFC).

Dalam aksi malam tadi, pasukan JDT II nyaris membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi gerakan Nicolas Fernandez yang melorongkan bola kepada Mohamad Ghaddar namun bola rembatan leret pemain import dari Lubnan itu sempat dihalang Mohd Sharmiza Yusoff.

Sekali lagi Ghaddar terlepas peluang terhidang pada minit ke-30 apabila gagal menyudahkan bola umpanan Rozaimi Abd Rahman yang melencong masuk ke dalam kotak penalti.

TFC II yang sering diasak cuba mencuri peluang untuk mencipta jaringan bagi mengikat kedudukan agregat, namun bola sepakan percuma dari jarak 20 meter Ahmad Takhiyuddin Roslan pada minit ke-38 terkena benteng tuan rumah.

Malang buat Ghaddar yang terlepas peluang membantu tuan rumah mendahului dalam perlawanan itu apabila bola rembatan deras pada minit ke-41 singgah di palang gol ketika Mohd Sharmiza sudah tertewas.

Akhirnya penantian JDT II meleraikan kebuntuan jaringan hadir pada minit ke-53 selepas umpanan S Kumaahran membuka ruang buat Fernandez yang bertindak melencongkan bola ke penjuru kiri gawang menewaskan Mohd Sharmiza dan meletak kedudukan agregat 3-1 memihak tuan rumah.

JDT II menambah duka buat anak didik Tengku Hazman Raja Hassan selang lima kemudian apabila Rozaimi mudah menolak bola ke gawang terbuka selepas menerima bola lorongan Fernandez.

Pelawat bangkit merapatkan jurang menerusi jaringan Dechi Marcel untuk meletak kedudukan 2-1 pada minit ke-75 namun jaringan itu masih belum cukup untuk menidakkan kemenangan skuad kendalian Ervin Boban untuk layak ke final buat pertama kali dengan agregat 4-2.

credit  : Berita Harian

 

JADUAL PERLAWANAN CHALLENGE CUP 2019 PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEDUA

Perlawanan separuh akhir kedua Challenge Cup akan berlangsung pada hari Sabtu, dengan kedua-dua perlawanan disiarkan secara langsung di mycujoo.

Pasukan manakah akan bertemu di perlawanan akhir nanti?

Share this on WhatsApp

Piala Cabaran, Sukan jdt2 mara ke final piala cabaran 2019, keputusan jdt2 vs terengganu2 piala cabaran 27.9.2019, keputusan separuh akhir piala cabaran 2019, ulasan jdt2 vs terengganu2 piala cabaran separuh akhir kedua2 2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.