• Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
You are here: Home / Archives for video gol highlights terengganu vs selangor 11.3.2020

Video gol highlights Terengganu 3-3 Selangor liga super 11.3.2020

March 12, 2020 by Zik Leave a Comment

liga super ,

Terengganu nyaris gigit jari , namun gol penalti pada masa kecederaan buat terengganu disempurnakan oleh Lee Tuck menghampakan penyokong selangor dan menenangkan penyokong terengganu. Ini bermakna ada 2 pasukan yang masih memegang rekod tanpa kalah buat setakat ini iaitu pasukan jdt dan selangor.

Keputusan penuh :

TERENGGANU 3-3 SELANGOR

  • .39′ Ifedayo,
  • 43’Rahmat Makasuf,
  • 52’Khyril Muhymeen,
  • 64’Sanjar Shaakmedov,
  • 70’Brendan Gan,
  • 90+4′ Lee Tuck (p)

Skuad Penyu terlebih dahulu menguji kubu The Red Giants pada minit pertama menerusi tandukan penyerang berbisanya, Dominique Da Sylva yang hanya sedikit tersasar.

Lapan minit berselang, skuad kendalian Nafuzi Zain sekali lagi mencemaskan benteng pelawat apabila rembatan Da Sylva dari sebelah kanan pintu gol hasil larian solonya berjaya dihalang penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Pelawat yang kerap diasak mula menunjukkan belangnya apabila tandukan pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin pada minit ke-14 hasil hantaran Sandro Da Silva nyaris memerangkap penjaga gol, Muhammad Ilham Amirullah Razali.

Pada minit ke-18, Da Sylva harus menyalahkan diri sendiri apabila peluang terbuka yang dimilikinya di dalam kotak penalti dipersiakan.

Ketika Selangor dilihat kerap diasak, penyerang berbisanya, Ifedayo Olusegun ‘mengunci mulut’ 17,200 peminat setia TFC apabila bijak menyambar bola menggunakan kepala yang sebelum itu ditanduk Safuwan hasil sepakan sudut Sandro untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-38.

Tersentak jaringan pendahuluan itu, tuan rumah memperkemaskan asakan dan hasilnya pada minit ke-42, pemain yang baharu dimasukkan lima minit sebelum itu, Rahmat Makasuf melepasi perangkap ofsaid sebelum berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas menerima hantaran Faris Ramli.

Selangor yang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah tidak menunggu lama apabila sekali lagi mendahului pada minit ke-51 menerusi tolakan mudah bekas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri selepas menerima hantaran Sandro. [Read more…]

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

 

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Jenis butter yang sesuai untuk digunakan!
  • PEMBAYARAN BPN 2.0 PADA 21 jANUARI 2021, semak di bpn.hasil.gov.my
  • TELEGRAM BOTS YANG ANDA BOLEH CUBA, YANG KE 5 PALING BEST!!
  • Cara mohon i-sinar kwsp kategori2
  • Semakan Pengeluaran i-sinar kwsp akaun1 4 januari 2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Magazine Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kekeluargaan

Senyum, tanda ketabahan.

Senyuman orang tua kita yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Cukup bahag…

Sukan

Vietnam juara piala aff suzuki cup 2018, malaysia naib juara tahniah !!

KEPUTUSAN PENUH : MALAYSIA 0-1 VIETNAM Jaringan oleh : Nguyen Anh Duc 6′ A…

Piala FA Sukan

Live streaming kelantan united vs terengganu piala fa 16.4.2019

  Bak kata irfan bakti, fokus piala fa. So mungkin kekalahan 0-3 keatas pas…